Kesuraman ialah,
Apabila semua orang telah pergi selepas majlis,
Meninggalkan sepi di sini.
Kesuraman ialah,
Apabila berkumpul dan mampu ketawa,
Dan kemudian masing-masing bersembunyi di suatu sudut untuk mengesat air mata.
Kesuraman ialah,
Apabila melintasi bilik air,
Dan terdengar suara esak-esak menyebut nama ayah.
Kesuraman ialah,
Apabila berjalan di ruang mana pun di dalam rumah,
Terbayang ayah datang dengan wajah tersenyum.
Kesuraman ialah,
Apabila mengesat air mata orang lain,
Sambil menahan lelehan air mata sendiri.
Kesuraman ialah,
Apabila bertanya kepada yang kecil,
Dia menggeleng tidak ingat ayah.
Kesuraman ialah,
Apabila diminta mengambil pakaian untuk jenazah,
Dan terduduk sendirian tersedu melihat baju ayah dalam almari.
Kesuraman ialah,
Apabila mencium dahi ayah,
Yang dirasakan hanyalah kulit sejuk yang berwajah seperti ayah.
Kesuraman ialah,
Apabila melihat emak tertidur,
Dengan air mata berlinangan.
Kesuraman ialah,
Apabila merindui,
Tetapi kepala tidak mahu mengingat-ingat lagi.
Thursday, 1 July 2010
Wednesday, 9 June 2010
Hikayat Peluncur Dirgantara
Saya dah agak, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Kali ini, integration masalah ini lebih panjang, iaitu saya mengetahui soalannya, cuma pengiraannya begitu kompleks sehinggakan saya seringkali menemui jalan buntu di tengah perjalanan. Integration salah, salah masuk nilai, terlupa equation, tertinggal nilai constant dan macam-macam lagi. Akhirnya, saya terasa seperti sebuah komet yang terperangkap di angkasa selama beratus-ratus tahun. Sungguh jauh dan sunyi.
Entah apalah ni, komet segala.
Saya masih terkejut dengan perubahan. Adakalanya, kita akan beria-ia berkata yang kita okay sahaja apabila sesuatu berlaku namun akhirnya kita akan tersedar...yang kita masih berpusing dan bermain tarik tali dengan hakikat, enggan melepaskannya. Jadi, itulah yang berlaku.
Saya berasa aneh mengapa saya banyak melatah baru-baru ini. Sama ada terlalu banyak perubahan atau saya sendiri yang terkejut menerima perubahan. Tidak dinafikan jika kedua-duanya berlaku serentak.
Ditambah lagi dengan suasana yang lain daripada yang biasa. Suasana yang lapang tetapi hakikatnya menghimpit dan suasana yang ramai tetapi hakikatnya menghilang. Persediaan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada suasana lama melambatkan proses mengucapkan selamat datang kepada dunia baru. Lalu persediaan tidak cukup.
Atau satu lagi. Cemburu dengan perubahan. Cemburu? Malas nak ulas.
Dunia
Pada suatu hari, saya berjalan kaki ke universiti. Jalannya jauh juga, perlu melalui kejiranan yang jauh, menunggu di sebelah tiang lampu isyarat untuk melintas jalan, merentasi kuil dan stesen minyak, melalui beberapa buah kilang, menyusuri tempat parking kereta sebelum berjalan di kaki lima yang jauh. Dalam perjalanan itu, seketul batu kecil termasuk ke dalam kasut saya lalu saya berhenti untuk mengeluarkannya. Sekejap sahaja.
Hentian yang sekejap untuk mengeluarkan batu itu adalah dunia dibandingkan dengan perjalanan hidup manusia yang sebenar. Ini hanyalah contoh kerana nisbah sebenarnya lebih besar.
Sudah tentu, perumpamaan yang Allah dan Rasul-Nya beri jauh lebih mendalam dan bernilai seperti hadis ini,
"Apa urusanku dengan dunia dan apa urusan dunia denganku? Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, perumpamaanku dan perumpamaan dunia ialah seperti musafir yang berjalan di hari yang panas, lalu ia berteduh di bawah pohon selama beberapa waktu pada siang hari. Ia beristirahat, lalu meninggalkan pohon tersebut."(riwayat at-Tirmidzi)
Di sinilah saya belajar untuk BENAR-BENAR berkata, "Cukuplah bagiku Allah." Ketika inilah saya begitu menghargai ad-Dhuha. Dunia pasti berubah dan meninggalkanmu, cukuplah bagimu Allah sebagai sebaik-baik pelindung, yang melapangkan dada dan tidak pernah meninggalkanmu (surah ad-dhuha & al-insyirah).
Komet pun ada ramai pemerhati yang menunggu saban malam. Namun, komet hanya ikut destinasi Tuhan.
Tuesday, 8 June 2010
Jom ke JOM!
.
Anda akan menyambung pengajian ke UK atau Ireland?
Anda bakal terbang dalam masa terdekat?
Anda risau akan apa bekalan anda untuk ke sana?
Jom ke 'J.O.M.' pada 26-28 July 2010!!
Anda akan menyambung pengajian ke UK atau Ireland?
Anda bakal terbang dalam masa terdekat?
Anda risau akan apa bekalan anda untuk ke sana?
Jom ke 'J.O.M.' pada 26-28 July 2010!!
"Ever wondered what it's like to spend the next couple of years abroad on your own? You're not alone. Because we are here to help!Now we know for a fact that as future undergraduates of top universities in the UK and Ireland, most of you may have your own concerns about all sorts of things - your studies, the gloomy weather, the front row seats at Old Trafford, Boxing Day shopping along the famous Oxford Street, halal food, accommodation, and what will you face as a Muslim. That's why we are bringing you JOM! 2010 to answer most, if not all of your questions!
READ MORE
Wednesday, 2 June 2010
Patah Hati Tanpa Bercinta
.
Ini pendek sahaja.
Saya berasa susah hati apabila mengenang wajah yang tidak tersenyum apabila melihat saya. Adakah itu tanda menghormati dan menjaga diri atau satu pandangan jelek, hina dan sinis? Rasulullah s.a.w. juga memandang wajah seseorang apabila bercakap. Wajah baginda tidak lekang daripada senyum.
Dia ni.... satu-satunya manusia yang menyebabkan saya jadi tidak sayang diri sendiri.
Dan mematahkan hati juga.
Thursday, 25 March 2010
Katakan Saya Membesar Dengan Cemerlang!
Post kali ini banyak menceritakan tentang kisah-kisah seorang kanak-kanak terbuang ketika kecil.
"Munirah gigi rongak! Munirah gigi rongak!" Kawan-kawan sepermainan mengejek-ejek saya dari jauh. Mungkin sejauh 20-30 meter. Bergema di seluruh bendang.
Saya hanya menguis-nguis rumput dari jauh. Saya pun tidak pasti kenapa saya tidak berganjak dari situ. Mungkin taktik budak-budak menagih simpati. Budak-budak kan tidak kenal erti ego.
Gigi saya memang rongak. Rongak di depan pula tu he he.
Saya teringat kisah lain. Semasa kecil, saya selalu bermain kahwin-kahwin. Dan yang tak bestnya, saya asyik dapat budak lelaki yang tak best sahaja. Saya selalu sedih sebab kawan yang lawa dapat budak lelaki yang kacak. Tapi, oleh kerana saya memang nak kahwin juga, saya pun kahwin sahajalah dengan siapa yang ada.
Ada juga kisah lain. Saya selalu tumbang semasa perhimpunan pagi gara-gara tak larat berdiri lama. Selepas tu kalau rasa nak pitam selalu tergesa-gesa jalan ke arah cikgu-cikgu dengan harapan ada cikgu yang sambut. Selalunya emak saya yang sambut =) Waktu tu dah darjah tahap dua, malu sahaja dengan adik-adik tahap satu.
Memang lemah. Kalau jalan di bazar ramadhan atau Pekan Rabu pun mesti nak pitam. Ayahlah yang kena sambut dan dukung. Selalu menyusahkan emak dan ayah. Puasa pun tak pernah penuh sampai darjah enam sebab asyik pitam sahaja.
Paling menjadi kenangan pahit, satu-satunya aktiviti sukan yang saya sertai semasa sekolah rendah adalah sukan bola jaring. Itu pun tak main langsung sebenarnya, sebab jadi pemain simpanan. Kiranya dapat pingat buta lah ni he he. Pernah sekali, saya berbangga kerana dapat lari di padang dan kononnya laju. Saya ingat saya dah menang. Rupanya saya banyak kali dipotong oleh orang lain dan sebenarnya saya hanya ganti seorang kawan dalam sesi rehearsal.
Bayangkan saya ketika itu, seorang budak yang rendah dan kurus pula dalam masa yang sama. Emak saya kata, saya ni kategori C -kategori tak sihat. Dahlah kurus kering tak cukup zat, pendek pula tu. Seingat saya, semasa darjah 6, berat saya hanya 24kg. Muka pun aduh, hitam sunburn sebab suka main di luar rumah. Mujurlah Allah bagi saya cemerlang dalam UPSR. Ada modal, fikir saya.
Segala ketidakmampuan saya menyumbang kepada suatu kehidupan yang penuh dengan kesepian dan rendah diri, sehinggalah saya masuk ke tingkatan satu. Saya masih lagi orang yang sama macam sekolah rendah, tetapi ditambah dengan sifat 'keceriaan' yang berlebih-lebihan dengan sangkaan untuk membahagiakan diri sendiri walhal dibenci orang lain. Saya pun bertambah-tambah kecewa dengan diri pada ketika itu, tak tahu lagi nak buat apa untuk menyebabkan diri normal macam orang lain agaknya.
Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah. Segala puji bagi Allah, walaupun pada ketika itu saya tidaklah begitu mengenal siapa Tuhan saya, Allah itu.... subhanallah... sangatlah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Macam magik atau biskut, entahlah yang mana satu, secara tiba-tiba saya menjadi seorang yang berlainan daripada saya yang dulu. Sudah aktif sedikit bersukan, tidak lagi sakit kalau berlari-lari, alhamdulillah dapat sahabat-sahabat yang setia, bijak dan baik. Saya sudah tinggi, Saya juga melibatkan diri dalam aktiviti ko-ku macam pertandingan nasyid, jadi pengawas perpustakaan dan krew Ilham (bolehlah tu kan :P)
Cuma cuma cuma....
Ketika itu saya masih lagi di takuk lama. Saya begitu tidak ada keyakinan dengan diri, takut dengan komitmen, takut melakukan semua perkara kerana takut melukakan diri sendiri (saling tidak tumpah macam Will Hunting).
Sehinggalah datangnya Allah dengan kiriman kitabnya yang menaungi saya. Al-quran mengajar manusia untuk menghargai dan mencintai diri sendiri, juga mengangkat martabat manusia berdasarkan hubungannya dengan Tuhan, bukan kerana kegemilangan tubuh badan.
Allah mengajar saya supaya hidup untuk mencari keredhaan-Nya semata-mata, bukannya berpenat lelah mencari pujian dan penghargaan manusia lagi. Allah juga memberitahu, modal kemuliaan sebenar adalah jiwa kita sendiri -modal yang paling mudah dan sedia ada untuk menjalankan tujuan sebenar hidup. Tidak perlu cari apa yang saya kejarkan selama ini -penghormatan manusia, kecantikan, kemewahan.
Kenapa saya tiba-tiba bercerita tentang semua ini?
Sebab saya tersedar, kisah silam saya masih menyumbang kepada salah satu sifat saya sekarang. Saya seorang yang menitikberatkan akhlak yang mulia. Saya begitu mudah jatuh cinta kepada hal itu, dan pada kebanyakan masa saya menilai orang daripada aspek 'external' itu.
Dahulu, saya sering terlebih penilaian dan berprasangka dengan orang walhal saya sendiri tahu yang manusia tidak sempurna. Saya tidak boleh expect setiap orang tersenyum setiap masa ketika bertemu, saya tidak boleh berfikiran bahawa manusia haruslah sempurna. Dan sekali lagi al-quran mengajar, supaya menerima manusia seadanya, dan bahawa penilaian akhlak itu hanyalah suatu bahagian daripada pembinaan iman.
Tak boleh harapkan perkara external sebagai sumber untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Apabila datang sifat-sifat manusia atau perkara-perkara external lain yang tidak membantu kebasahan hati, saya mula menjadi seorang yang suka menyalahkan orang lain. Tangan ini mula menunjuk-nunjuk kesalahan itu ini. Sedangkan hakikatnya, saya yang tidak tahu menilai semula hubungan saya dengan Tuhan.
Kesibukan dengan hal dunia, yang pada asalnya diniatkan untuk seruan kepada Allah, menyebabkan saya berlaku tidak adil kepada diri sendiri. Hati saya kering. Saya pula berpura-pura biasa sebab kononnya sedang menjadi 'khalifah' Allah.
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya.
Ketika Rasulullah sibuk berbicara dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, datang seorang lelaki buta dan memotong perbualan Baginda. Lalu, Baginda berasa tidak senang. Kemudian turunlah ayat-ayat daripada surah 'abasa ini untuk mengecam Baginda kerana perlakuan itu.
Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya.
Betapa Allah menekankan kepentingan nilai-nilai ini, yang juga disebut sebagai neraca-neraca Tuhan. Betapa pentingnya pembersihan hati itu dilaksanakan. Dan darjat manusia bukanlah penyebab keimanan seseorang kepada Allah, sehingga Allah juga mengecam sesiapa yang melangkaui neraca-neraca ini.
Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.”
Sedangkan Rasulullah pada ketika itu bukanlah sedang bersuka-suka, tetapi sedang menyeru pemimpin-pemimpin besar Quraisy ini kepada Islam. Ini kerana jika mereka beriman, betapa mudahlah jalan dakwah Islam kerana pangkat-pangkat mereka akan menjadi pembela Islam. Namun, sekali-kali ia tidak menjadi alasan untuk mengabaikan nilai-nilai neraca agung ini.
Dakwah juga tidak boleh melangkaui nilai-nilai dan neraca-neraca ini. Sekarang saya faham kenapa saya rasa begini. Nak salahkan akar masalahnya yang datang dari masa silam?
Jangan.
Jangan salahkan perkara external. Lagipun, saya sangat bersyukur masa silam saya begitu. Apalah yang hebat sangat kahwin dengan budak kacak atau tahu/hafal lagu-lagu Backstreetboys?
Ini saya eeee....
Monday, 8 March 2010
Satu Nisbah Dua Puluh
Sejak semester baru bermula, saya menjadi sangat alert dengan kewujudan 'menara-menara pengangkut'. Perubahan yang sangat ketara -minat saya terhadap dunia kejuruteraan semakin menjadi-jadi. Semangat dan cita-cita untuk menjadi seorang engineer berkobar-kobar. Pandang ke mana-mana nampak kejuruteraan.
Tengok botol air, kerusi, bantal-bantal busuk di tingkat 3 perpustakaan, selipar, kereta, lampu isyarat, bangunan, bedak, buku dan tilam semuanya pada sudut kejuruteraan. Rasa ramai dan meriah.
Namun, bila bab belajar rasa keseorangan. Itulah yang susahnya apabila perempuan masuk ke dalam dunia kejuruteraan. Yang malu pun kena buat-buat tak malu, yang segan kena buang segan (alahai macam mana perempuan nak buang malu dan segan).
p/s: sakit kepala.
Thursday, 25 February 2010
Selimut
Selimut
Selubung pakaian malam
Kerehatan suara manusia
Berzikirlah seluruh semesta
Memuji Yang Bersemayam di atas 'Arasy
Penguasa langit dan bumi.
Tapi ini alam berdikari
Bagai untaian raga menekup bumi.
Gerun
Memaksa untuk mengelak.
Gombak
(Sewaktu merintis hutan)
20 Februari 2010
Selubung pakaian malam
Kerehatan suara manusia
Berzikirlah seluruh semesta
Memuji Yang Bersemayam di atas 'Arasy
Penguasa langit dan bumi.
Tapi ini alam berdikari
Bagai untaian raga menekup bumi.
Gerun
Memaksa untuk mengelak.
Gombak
(Sewaktu merintis hutan)
20 Februari 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)