Wednesday, 23 September 2015

Cemburu atau entahlah.

Saya lihat kamu wahai peraih,
Sibuk dengan kerja dan dilema.

Mengapa engkau peraih,
Bersungguh menepati abadi?
Sedang aku hanya melihatmu peraih
Dan engkau pula yang aku puja?

Kalau kita merentas padang pasir,
Kita berbahagia bertemu air,
Dia mengajak kita berpindah.
Engkau akur mengikut
Aku pula rebah.

Aku ingin menjadimu peraih.
Dia juga ingin kupuja.

Sunday, 2 August 2015

Puisi Mati

Mati meninggal hidup.
Mati meninggal mati.
Hidup dengan hidup.
Hidup dengan mati.

---

Maksud puisi:
Orang yang mati pergi meninggalkan orang yang masih hidup.
Orang yang mati pergi tetapi barang-barangnya tetap ada di sini.
Orang yang hidup masih meneruskan kehidupan.
Tetapi hidup dengan kenangan-kenangan si mati.

Puisi ni terlintas dalam hati awal malam tadi apabila saya menyedari kereta saya diparkir di sebelah kereta allahyarham ayah saya (yang dijual kepada orang lain).
Saya cuba menyelami perasaan emak saya yang melihat kereta itu.

Sunday, 15 March 2015

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

(Amboi tajuk mak-mak sangat. Memanglah, anak nak masuk dua dah pun. Sila sedar diri. Uhuk.)

Agaknya mengapa saya stres? Dah masuk hari ketiga overdue. Mungkin kerana saya dah masuk stage ‘letih menunggu’. Kalau sebelum due date, penantian itu lain sikit. Sekarang, plot debaran itu macam mendatar dan mencerun ke bawah. Adui hati, kenapalah kau nak suruh baby ni keluar sedangkan Allah kata belum boleh keluar..?

Kasihan anakku kena paksa dengan maknya yang dah psiko emosi. Hee.

Overdue Seminggu Lalu Melenggang Kangkung Ke Hospital

Saya mengenangkan kembali saat-saat saya melahirkan anak sulung saya dahulu. Oleh kerana Humaira pada masa tu overdue, doktor menetapkan yang saya akan dipaksa bersalin pada hari ketujuh overdue, iaitu dengan cara induce ubat.

Hanya baru-baru ini saya terbaca kebanyakan para ibu yang berpengalaman berpendapat bahawa sakit bersalin dengan cara induce lebih teruk berbanding sakit bersalin yang datang secara semulajadi. Yakah? Wallahua'lam. Yang saya tahu, orang kata time nak jahit nanti yang amat sakit berbanding sakit bersalin.

Dua tahun lalu pada 10 pagi 6 Mei 2013 sebagaimana ditetapkan doktor, saya dan suami bersedia dan tiba ke Hospital Pakar An-Nur di Bangi untuk dimasukkan ke dalam wad bersalin. Oleh kerana saya belum mengalami apa-apa kesakitan, saya berjalan seperti biasa, bersarapan roti canai seperti biasa dan duduk menunggu di wad seperti biasa. Malahan, sehari sebelum itu kami boleh berulang sehari ke kampung di Perak dan Kedah sebab beria nak mengundi dalam pilihanraya.

Midwife Induce Ubat Tak Jadi Lol

Jam 10.30 pagi, nurse jalankan CTG untuk check contraction. Lebih kurang jam 11 pagi, seorang bidan dan nurse datang untuk induce ubat untuk stimulate pintu rahim agar menipis dan terbuka. Kata mereka, bukaan pintu rahim baru 1.5. Saya buat rileks saja. Jam 11.40 pagi, doktor datang melawat dan tanya keadaan. Saya kata saya belum ada rasa sakit lagi. Kemudian, jam 12 tengah hari ujian CTG dibuat sekali lagi.

Sampailah jam 6.30 petang, seorang bidan lain bersama nurse datang melawat dan bertanyakan keadaan saya. Saya kata, saya tak sakit apa-apa pun lagi. Mereka pelik dan saling berpandangan. Saya lagilah pelik, apa yang mereka harapkan berlaku? Krik, krik... (that awkward moment). Lalu mereka periksa saya balik dan rupa-rupanya ubat yang diinduce bidan tadi tidak dimasukkan dengan betul dan tidak berkesan. Bidan ni pun betulkan ubat tu dan cakap saya akan mula merasa sakit dalam masa terdekat.

Memang betul, setengah jam lepas tu, saya mula merasai sakit contraction yang datang berselang seli setiap sepuluh minit. Tapi pada masa itu, saya masih mampu berjalan, mampu berdiri untuk solat maghrib dan ketawa bersama suami. Kalau ubat tu tak dimasukkan salah tadi, mungkin saya dah bersalin agaknya pada masa ni.

Isteri Yang Dimanjakan Suami Garang

Menjelang isya’ sampai 10 malam, itulah saat seksa sebenar. Saya sakit tak tertahan sampai nak menangis pun tak boleh. Suami saya bekerja keras tuam perut dengan air suam dan sebagainya tapi tidak melegakan pun sebab sakit mestilah semakin bertambah selagi saya tidak beranak. Sakit sangat hebat sampai saya berguling-guling di atas katil. Nurse yang datang hanya cuba menenangkan tetapi suami saya paksa juga mereka memeriksa berapa bukaan pintu rahim pada waktu itu.

“Biasalah.. anak pertama memang macam ni,” kata nurse.
“Check dulu! Check dulu!” Tegas suami. (Suami saya tegas macam itu sebab dia ikut apa yang diajar dalam kelas antenatal dulu)

Akhirnya oleh kerana saya dah tak tahan sakit lebih kurang 12 tengah malam, saya disorong dengan kerusi roda ke labor room walaupun pada masa itu mungkin bidan dan nurse merasakan saya belum lagi boleh bersalin.

Di labor room, bidan periksa dan bukaan pintu rahim baru 2.0. Ketika itu saya macam nak pitam. Sakit teruk dah berjam-jam ni tapi baru bertambah sebanyak 0.5?! Saya pun stres, seksanya nak menunggu sampai 8 ke 10!

Epidural Yang Kekal Misteri

Oleh sebab itu, saya buat keputusan drastik untuk ambil suntikan epidural. Sebab nurse pun promote sama. Saja ja kan nak promote epidural tu. Saya pun sempat minta maaf pada suami sebab epidural tu mahal, dalam ratusan juga. Tapi jawapan suami saya memang membuatkan saya sebak dan tumpah air mata.

“Takpa, takpa, you worth it.” Sambil usap kepala saya.

Jam 1.30 pagi, lepas pakar bius datang (doktor lelaki la pulak huu), mereka suntik dan masukkan suatu tiub ke dalam tulang belakang. Suami saya kata jarum dia besar bebenor. Tapi doktor cakap sakit macam semut ketit je. Masa dia cucuk tu boleh rasa ada pergerakan pelik ke arah kaki. Sejuk lain macam. Lepas sepuluh minit, sakit saya agak berkurangan dan kaki kanan saya terasa kebas. Saya mula berasa lega dan bersyukur. Saya agak selepas ini, saya tak terseksa lagi kerana suntikan epidural sepatutnya menghilangkan rasa sakit bersalin secara hampir keseluruhan.

Selepas itu, suami saya minta izin untuk balik ke KL sekejap untuk ambil ibu mertua saya yang menunggu berseorangan di rumah kami. Mak mertua mestilah nak jadi yang terawal jumpa cucu kan. Suami saya pun memang berkali-kali merancang nak balik ambil dia sejak siang tadi. Oleh kerana kedua-dua kami menganggap saya tidak akan terlalu sakit lagi selepas itu, saya pun membenarkan dia pergi. Saya ditinggalkan berseorangan sebentar di labor room sementara menunggu doktor sampai. Di bilik sebelah kedengaran seorang ibu pun sedang sakit bersalin menyebut-nyebut, “Allah... Allah...” tidak henti-henti. Khabarnya, dia pun ambil suntikan epidural selepas itu. Hmm.. nurse ni kan... suka promote betul.

Allah Memang Maha Pengasih

Namun, tidak sampai setengah jam disuntik epidural, tiba-tiba sakit contraction datang dengan sesakit-sakit maha sakit berbanding sebelum ini. Saya fikir, why? Why? Ubat tak berkesankah? Ubat tak cukup banyakkah? Sakitnya macam nak meletup perut, hanya Allah saja tahu. Saya mengerekot, berguling, kelupur... Ya Allah, hanya Dia saja yang mampu tolong. Dan rasa sakit tu pun bertambah sebab suami saya tak ada di sebelah...

Tiba-tiba, cing! Suami saya muncul dan dia kelam-kabut bila tengok saya kelupur atas katil. Dia pun mesti tengah blur, why, why juga. Dalam masa yang sama bidan check bukaan rahim dan daaaaa.... tiba-tiba menjadi 8. Patutlah seksa sangat, sampai macam tu sekali mendadaknya.

Rupa-rupanya baby dah nak keluar sangat-sangat dah.

Mujurlah Allah bagi ilham pada suami supaya rasa tak sedap hati dan batalkan niat nak balik rumah. Dia rasa tak sampai hati nak tinggal saya lalu keluar balik daripada kereta.

Saya pula dok pelik, dalam masa kurang satu jam mendadak bukaan pintu rahimnya? Sebab kesan epiduralkah atau awal-awal tadi bidan salah check? Sehingga hari ini peristiwa itu masih diselubungi misteriiii.

Pergilah Kelas Antenatal, Yuran Murah Saja

Tak lama lepas tu doktor pun sampai, saya dah tak tertahan-tahan nak teran sebab memang rasa baby nak keluar sangat-sangat dah. Tapi mereka duk tahan-tahan lagi sebab nak betulkan kedudukan kepala baby. Suami saya pun sama-sama mengaplikasikan teknik bernafas dengan saya supaya saya ikut. Baguslah sebab kalau dia tak buat dan paksa, memang saya jadi tak reti nak buat sebab sakit sangat.

Bila sakit datang... Fuh! Fuh! Fuh!
Bila doktor kata tahan... Fuhfuhfuhfuh!
Bila teran macam lain pula tekniknya...
Itulah yang kami belajar masa kelas antenatal dulu. Suami saya selalu paksa saya berlatih bila duduk di rumah saja-saja atau bila travel dalam kereta.

Akhirnya, dalam sepuluh minit saja, proses bersalin selesai. Dua kali teran. Yang pertama pukul 2.20 pagi, kepala Humaira keluar dulu. Lepas tu doktor suruh tahan sekejap. Fuhfuhfuhfuh dua-dua orang suami isteri. Teran kali kedua baru seluruh badan keluar. Sekejap sangat proses tu berlaku sampai saya pun pelik bin ajaib campur blur... Eh, sudah dah ke?

Bila doktor campak suatu jasad kerdil di atas badan saya waktu tu, barulah saya yakin yang semuanya dah berakhir. Segala puji bagi Allah. Matanya bulat memandang saya klipop-klipop. Mukanya betul-betul mengadap muka saya dan saya serta suami pun... speechless.

Jam 2.30 pagi...

Allah... indahnya saat itu.

Lima Jahitan Mak!

Selepas itu, sementara doktor jahit semula bahagian kulit yang digunting tadi, suami saya pergi ikut nurse yang uruskan anak kami. Humaira dibersihkan, diazan dan iqamat serta ditahnik pada waktu itu sebagaimana yang disediakan pihak hospital. Saya pula kena lima jahitan yang tidak menyakitkan kerana kesan bius tadi.

Bius pun tak sempat bertindak habis. Kaki baru kebas sebelah tadi dah terbersalin haha.

Saya tertidur selama satu jam dalam labor room sebelum bangun dengan rasa sangat-sangat segar dan penuh sedar. Nurse papah saya yang "lumpuh" sekejap kaki sebelah ke atas kerusi roda dan kembali ke wad. Saya pun tersenyum memikirkan:

‘Inilah kali pertama aku dimasukkan ke wad, kali pertama memakai baju pesakit, kali pertama pakai tag nama di pergelangan tangan, kali pertama duduk atas kerusi roda, kali pertama dicucuk tiub ubat di tangan dan...’ 

‘...ini kali pertama aku melahirkan anak, melihat anak sendiri di hadapan mata, memiliki anugerah Allah ini di dunia...’ 

Humaira beberapa minit selepas dilahirkan

Lahirlah bayi kecil seberat 2.5kg yang berpipi merah. Sesuai dinamakan Humaira binti Mohd Akmal. Asalnya nak letak nama Humaira Borealis tapi tak ingat kenapa tak letak. Hee.

Begitulah.

Lusa Nak Bersalin Lagi...

Sekarang jam hampir ke pukul enam pagi. Saya tidak dapat tidur sejak terjaga pada pukul 2.30 tadi. Mata mengantuk tetapi asyik terjaga kembali bila mula terlelap. Hmm... agaknya emosi yang stres mengenangkan baby kedua dalam perut yang belum mahu keluar sedang beri kesan pada fizikal. Yalah, anak pertama dahulu, overdue. Anak kedua pun overdue. Mak kata kami ni keturunan bunting gajah, yang bermaksud hamil lebih hari. Walaupun bunyinya menakutkan, rupa saya tidaklah langsung macam gajah. Saiz perut saya dikira kecil berbanding wanita hamil yang lain. Kalau ikutkan berat baby dalam ultrasound scanning yang lepas, 2.5 kg sahaja. Kecil macam kakak dia dulu. 

Anugerah torrbaik sekali dalam proses ni adalah untuk suami saya. Terima kasih sebab bersungguh cari hospital muslimah untuk saya, bayar bil mahal (lepas campur epidural jadi hampir RM4000) tapi dia tak berkira. Terima kasih sebab berjimat-cermat dan berkorban masa, tenaga, teman sepanjang proses bersalin. Kali ni sebab dah pindah Penang, kita decide untuk deliver baby di pusat rawatan muslimah di Jitra pula. Terima kasih lagiii.. Kedua-dua mak pun jaga dengan sangat baik sampai tempoh pantang pun berakhir dengan jayanya alhamdulillah.

Kalau kali ni takdir Allah kata kena induce lagi... Aaaa... encik suami kesayangan, sila prepare fulus lebih lagi ya. Ha ha. Love you. 

To the moon and back.

Semoga Allah permudahkan urusan-urusan kami... Amin.

p.s. Menabunglah awal dalam usaha untuk bersalin di hospital muslimah & nak best lagi yang mesra suami.
p.s.s. Selagi anak tak dilahirkan, masih wajib solat fardhu walaupun tengah sakit dalam labor room. Minta bantuan suami/keluarga utk wudu' dll.
p.s.s.s. Ingatkan suami, benda pertama kena buat lepas anak keluar dari perut maknya, tengok jantina anak & pastikan teg nama yang nurse letak kat tangan baby tu diteg elok, tak longgar.