Friday, 26 February 2010

Kata Kuncinya Adalah Usaha.


Saya sedang bercakap tentang sebuah hidangan mewah yang sangat sedap. Hidangan itu terdiri daripada pelbagai makanan daripada jenis yang anda sukai, tersusun dengan aturan rasa dan warna yang menggamit. Hidangan itu telah sedia di depan mata, tinggal anda sahaja untuk mengambil dan menikmatinya sepuas hati kerana hidangan itu milik anda!

Malangnya ramai sekali di antara kita tidak memandang hidayah Allah sebegitu. Kita memandang hidayah seperti suapan makanan yang enak setelah meminta dari jauh.

Thursday, 25 February 2010

Taman Hijau


Assalamualaikum,

Ketika saya membelek-belek blog ini, saya baru tersedar bahawa kisah-kisah di dalam penulisan saya ini penuh dengan repekan dan kosong. Saya rasa tak berguna kerana tidak menyumbang kepada orang lain. Saya tidak pandai menulis dengan baik. Karangan Bahasa Melayu saya teruk sekali. 

Selimut

Selimut

Selubung pakaian malam
Kerehatan suara manusia
Berzikirlah seluruh semesta
Memuji Yang Bersemayam di atas 'Arasy
Penguasa langit dan bumi.

Tuesday, 23 February 2010

Rose

spiral galaxy

Wednesday, 17 February 2010

Lemang Di Karak?


Aku dah agak dah. Daripada dulu lagi aku rasa pelik, aneh, ngeri, angker mendengar perkataan 'karak'. Adakah kerana bunyinya seperti kerak? Anak kerak? Err...

Sampai sekarang mual itu masih ada. Err...

Semalam merupakan hari yang panjang. Aku menghadapi perjalanan yang jauh tetapi selalunya singkat. Namun, kali ini berganda-ganda nilai jam yang perlu aku tempuhi. Gong xi gong xi.

Friday, 12 February 2010

More Islam Than Me


Ini cerita dunia pekerjaan.

Semua orang suka combo meal. Sedap dan murah. Ramai juga yang combo solat. Bagus asarnya awal sungguh, tapi zohornya nun dihujung. Maka saya terfikir, tak bolehlah nak salahkan Tuhan kalau doa mereka Tuhan nak combo dulu.

Mr. K datang kepada saya dan bertanya, "Kau pandai berlakon?" Saya geleng. "Aku tahu kau pandai berlakon," katanya. "Sebab semua manusia adalah pelakon," katanya lagi.

Friday, 5 February 2010

Engineer, er.. Jurutera


Maaf, post kali ini dipenuhi dengan bahasa-bahasa kren. Penulis tidak tahu menterjemah ke dalam bahasa yang betul.

Hari ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang pekerjaan saya semasa menjalani praktikal sebagai jurutera di FFCM. Boleh klik FFC untuk baca latar belakang dan tengok gambar-gambar kren. Di situ bolehlah dapat maklumat tentang projek-projek serta jenis-jenis kren yang dibina. Saya baru sahaja tahu Malaysia merupakan company main plant. Very impressive!

Pada mulanya saya banyak diberi tugas membuat ECN (engineering change notification). Selepas lukisan kejuruteraan siap disemak dan diluluskan, lukisan-lukisan ini akan dihantar ke bahagian kilang untuk memulakan pembinaan kren. Dipendekkan cerita, setelah kren siap dan dipasang (assembled), maka kren itu perlu melalui beberapa prosedur sebelum diluluskan dan dihantar kepada client. Semasa proses-proses ini dijalankan, akan ada beberapa masalah baru yang akan muncul seperti saiz plat yang tidak muat atau komponen berlanggar di antara satu sama lain. Jadi, design itu perlu diubahsuai oleh jurutera. Permintaan pengubahsuaian oleh orang-orang yang memasang kren di bahagian bawah kepada jurutera dinamakan ECN. Sekian, terima kasih he he.

Jadi, saya banyak bekerja membuat lukisan kejuruteraan. Setiap kren direka berbeza mengikut pilihan client. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang panjang, ada yang songsang, ada yang aneh sikit. Kebanyakan kren di sini ialah kren offshore (pelantar minyak dan sebagainya) yang rata-rata clientnya merupakan syarikat minyak yang besar di dalam dan luar negara kita. Ada banyak juga tower crane dan kren-kren lain.  Melalui ECN, lebih banyak yang mampu saya pelajari berbanding membuat rekaan asal. Saya telah mula hadam nama-nama komponen di dalam sesebuah kren. Ini terutamanya apabila saya duduk di bahagian structural engineering yang kerjanya reka stuktur kren, tempat gantung fire extinguisher pun mereka design.


Contohnya, saya ditugaskan untuk megubah kabin seperti ini sedikit ke hadapan atas permintaan client. Jadi banyak perubahan yang perlu dibuat. Bingkai dan plat lantai perlu ditambah, handrail (tempat pegang) kena tukar (sebab kabin akan terkedepan sedikit) dan segala komponen kena ambil kira. Berapa bilangan screw, washer dan nut yang ditambah sekalipun juga disenaraikan. Setiap lukisan ada senarai komponennya atau dipanggil BOM (bill of materials) untuk kemudahan bahagian purchasing (purchasing dept.). Di dalam BOM disenaraikan komponen-komponen yang ada dalam drawing itu, berapa saiz dan bilangannya, apa material yang digunakannya, berapa beratnya, etc. etc. Bilangan screw, nut dan washer  yang kecil pun kena kira! Dan bayangkan, satu kren sahaja mempunyai tidak kurang daripada 500 lukisan kejuruteraan!

p/s: Menterjemah ini lebih memenatkan daripada kerja memanjat kren.

Tuesday, 2 February 2010

Berat Sungguh


Berbagai-bagai perancangan yang telah dibuat dalam kepala sejak semalamnya. Mengikut perancangan, selepas habis waktu kerja saya mahu ke Labu untuk singgah di sekolah lama, sebelum pulang ke Sunway. Dan, di Sunway saya telah pun menyusun rentetan kisah sendiri di dalam minda tentang perancangan itu dan ini.

Tetapi hujung minggu itu bagaikan tiada cahaya. Saya rasa longlai dan basau untuk bergerak. Dan kini semua yang dirancang bagaikan tiada.

Saya tidak mampu mengelak untuk bercerita tentang ini. Oh, maafkan saya.

Saya masih bercakap seperti biasa selepas itu, saya senyum seperti biasa. Makan masih lalu, tidur masih lena. Sampai suatu ketika dia berkata, 'Ini suatu fakta.' Saya masih senyum seperti biasa. Katanya lagi, 'Ini benar-benar fakta.' Saya jadi sakit kepala.

Saya tidak tahu apalah yang mengikat saya daripada terus memikirkan. Tiada hubungkait tapi mengait. Saya seolah-olah berfikir yang dia sedang bercuti di tempat jauh sehingga ada yang mengatakan, 'Ini suatu fakta.'

Kemudian, barulah saya tak mampu senyum lagi.


Sudah jatuh ditimpa kren -bukan bercerita tentang malang, tetapi kesedihan. Saya baharu sahaja berasa berat untuk membuat keputusan meninggalkan sesuatu dan saya sayangkannya (diceritakan kemudian sahaja), dan saya telah tekad dengannya tetapi masih terfikir-fikir setiap hari.

Serta saya baru sahaja sedih kerana telah berasa malu. Saya mengeluarkan wang dengan berkata, "Rezeki itu di tangan Allah, Allah berkuasa melapangkan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya," Tetapi dalam kepala sudah ada mindset hujung-bulan-duit-masuk. Seolah-olah Si Mara itu pemberi rezeki kepada kita. Saya pun membeli belah dengan selamba menulis senarai barangan yang ingin dibeli, tetapi dalam dompet dilihat hanya beberapa not satu ringgit. Naik pucat muka memikirkan tidak punya wang untuk membeli sabun segala. Yang sempat dibeli mungkin selipar RM 2.90 sahaja.

Sepanjang masa pucat itu barulah rasa malu dan terpukul dengan teguran Allah. Silap besar saya selama ini kerana telah menganggap diri ini telah bergantung sepenuhnya kepada Allah. Padahal apabila duit tiada muka jadi pucat lesi memikirkan makan minum dan duit tol. Maknanya saya tidak yakin dengan Allah serta tidak berprasangka baik dengan Allah. Lalu, saya berasa sedih sekali kerana malu kepada Allah.

Saya kata dalam hati, "Saya bukan hamba yang redha. Saya bukan hamba yang bergantung kepada-Mu. Saya hamba yang hina. Saya berasa malu. Saya... saya... dan saya... " Lama-kelamaan hati mula menerima. Tiba-tiba diselak dompet muncul not RM 50.00. Saya pun membeli benda-benda keperluan dengan cepat dan pergi menangis di surau Sunway Pyramid. Kasihan Qalbi saya keanehan.

Oh, hari yang memalukan, diri yang memalukan...

Saya bertanya kepada 'Aini saya, bagaimana seseorang perempuan harus bertindak atas kematian kawan lelakinya yang ajnabi? Katanya, kita harus muhasabah tentang pekerjaan yang kita lakukan selama ini. Apakah kita cukup memberi kepada orang lain sehinggalah hujung nyawanya? Layakkah nanti kita dibebaskan daripada hutang-hutang peringatan orang-orang sekeliling di akhirat kelak?

Benar. Saya melatah dengan kejadian tiba-tiba itu, dan masih melatah. Saya jadi gugup dengan kisah maut. Saya terdiam dengan hakikat. Saya merasakannya tetapi saya tidak tahu apa yang saya rasa. Saya terbelenggu. Duduk termangu, kerja jadi tak jadi.

Tiba-tiba windows YM muncul dengan nama Yamini saya di atasnya. Dia mengambil peluang dengan kisah kematian untuk memberi pencerahan kepada adik-adik kandungnya. Serta-merta saya tanya dia, "Apa yang awak ceritakan?" Dia pun menceritakan apa yang diceritakannya, diberinya ayat-ayat di muka-muka terakhir surah al-'Ankabut (mula ayat 57). Saya pun cepat-cepat menyemak dan tiba-tiba lega sekali rasanya. Cerah. Diceritakan pula yang dia ceritakan tentang sebuah hadith. Serta-merta saya pun tanyakan kepadanya hadith apa, jawabnya hadith qudsi yang ke-4. Saya katakan padanya, saya tidak faham perkaitan hadith itu. Lalu ia pun menerangkan tentangnya. Apabila saya membaca tulisannya bahawa ajal itu telah ditetapkan bagi setiap manusia sebelum ia melihat dunia sekalipun, entah kenapa lega sekali perasaannya.

Setelah itu apabila saya dengarkan, 'Ini suatu fakta,' hati saya berkata, 'Innalillahi wa inna ilaihiraji'un. Daripada Allah kita datang, kepadanyalah kita semua akan kembali. Kullun nafsin za iqatul maut. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.'

Yang datang daripada Allah berat-berat belaka melainkan dengan solat malam. Kerana Allah telah menyatakan,

"Wahai orang yang berselimut,

Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil,

Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan,

Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu,

Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan,

Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang,

Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati,

(Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadilah Dia sebagai pelindung."

(Al-Muzammil: 1-9)

Nampaknya, ini disebabkan saya yang kurang bangun solat. Ya Allah...

Kita bercakap tentang redha walhal kita masih menyebut-nyebut tentangnya, redha apakah itu jika diungkit-ungkit? Redha itu jauh lebih hebat daripada sabar. Anda boleh sabar tapi anda susah untuk redha. Namun, redha itu indah dan langsung tidak mustahil, lagi tidaklah sesusah mana kalau kita sangat dekat dengan-Nya.

Mari kita redha, sabar dan bangun solat malam. Al-Fatihah.