Wednesday, 23 June 2010

Yeh Dil



Biarlah di ruang mana pun kita berdiri atau di sudut mana pun kita duduk, kita tetap hamba yang memegang panji-panji amanah dan janji kepada Tuhan. Kita semua mengimani Tuhan yang sama. Kita meneladani Rasul yang sama. Kita berjuang demi agama yang sama.

Monday, 14 June 2010

“Bacakan Padaku Al-Ma’un”





Aku sedang melayan fikiranku apabila aku tersedar lelaki itu memandangku dari luar tingkap kereta. Tua, janggutnya putih dan berbaju lusuh. Dia mengandar bungkusan besar di bahunya. Nun di hadapan sana, ada seorang lagi lelaki tua yang sama wataknya dengan pak cik ini. Juga mengandar bungkusan besar. Aku pandang dia, sedikit ketakutan.

Saturday, 12 June 2010

Semalam dan Hari Ini

Maaf, post kali ini adalah post yang tidak ada unsur-unsur puitis kerana ia adalah diari sebenar. Anda suka baca diari orang? Ish ish ish…

Semalam merupakan hari pertama peperiksaan untuk semester ini. Saya agak tenang atau mungkin terlebih tenang sehinggakan terasa blur apabila encik pengawas mengutip kertas peperiksaan. Kemudian, saya turun ke library dengan semangat kerana ingin buat calculation estimation sama ada boleh pass atau tidak ha ha.

Wednesday, 9 June 2010

Hikayat Peluncur Dirgantara

Saya dah agak, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Kali ini, integration masalah ini lebih panjang, iaitu saya mengetahui soalannya, cuma pengiraannya begitu kompleks sehinggakan saya seringkali menemui jalan buntu di tengah perjalanan. Integration salah, salah masuk nilai, terlupa equation, tertinggal nilai constant dan macam-macam lagi. Akhirnya, saya terasa seperti sebuah komet yang terperangkap di angkasa selama beratus-ratus tahun. Sungguh jauh dan sunyi.

Tuesday, 8 June 2010

Jom ke JOM!

.
Anda akan menyambung pengajian ke UK atau Ireland?
Anda bakal terbang dalam masa terdekat?
Anda risau akan apa bekalan anda untuk ke sana?

Jom ke 'J.O.M.' pada 26-28 July 2010!!


Wednesday, 2 June 2010

Patah Hati Tanpa Bercinta

.
Ini pendek sahaja.

Saya berasa susah hati apabila mengenang wajah yang tidak tersenyum apabila melihat saya. Adakah itu tanda menghormati dan menjaga diri atau satu pandangan jelek, hina dan sinis? Rasulullah s.a.w. juga memandang wajah seseorang apabila bercakap. Wajah baginda tidak lekang daripada senyum.

Dia ni.... satu-satunya manusia yang menyebabkan saya jadi tidak sayang diri sendiri.

Dan mematahkan hati juga.

Pencuri Villa Pale

"Mana ada, tuan hakim! Dalam hal ini saya yang menjadi mangsanya!" kata lelaki berhidung pelik itu. Entah apa namanya, Is atau Us begitulah. "Cuba semua lihat kembali rakaman CCTV tadi, bukan main lagi dia pukul saya. Saya seorang mana boleh lawan ramai!"

Dan rakaman itu pun ditayangkan semula. Kelihatan tertonggeng-tonggeng Is mengelak pukulan. Mahkamah bising dengan sedikit tawa.