Wednesday, 9 June 2010

Hikayat Peluncur Dirgantara

Saya dah agak, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Kali ini, integration masalah ini lebih panjang, iaitu saya mengetahui soalannya, cuma pengiraannya begitu kompleks sehinggakan saya seringkali menemui jalan buntu di tengah perjalanan. Integration salah, salah masuk nilai, terlupa equation, tertinggal nilai constant dan macam-macam lagi. Akhirnya, saya terasa seperti sebuah komet yang terperangkap di angkasa selama beratus-ratus tahun. Sungguh jauh dan sunyi.


Entah apalah ni, komet segala.

Saya masih terkejut dengan perubahan. Adakalanya, kita akan beria-ia berkata yang kita okay sahaja apabila sesuatu berlaku namun akhirnya kita akan tersedar...yang kita masih berpusing dan bermain tarik tali dengan hakikat, enggan melepaskannya. Jadi, itulah yang berlaku.

Saya berasa aneh mengapa saya banyak melatah baru-baru ini. Sama ada terlalu banyak perubahan atau saya sendiri yang terkejut menerima perubahan. Tidak dinafikan jika kedua-duanya berlaku serentak.

Sering pula saya mudah terluka dengan gurauan. Apabila muhasabah kembali, saya mungkin keliru antara dua sebab. Pertama, orang lain telah berubah mengikut keselesaannya dengan sikap saya yang suka bergurau tetapi saya pula terbiasa dengan sikapnya yang asal. Jadi, kata-kata senda gurau yang dipautkan dengan pandangan saya pada sikapnya yang asal, kedengaran sinis dan menusuk hati. Atau yang kedua, saya yang sebenarnya terkejut dengan perubahan.

Ditambah lagi dengan suasana yang lain daripada yang biasa. Suasana yang lapang tetapi hakikatnya menghimpit dan suasana yang ramai tetapi hakikatnya menghilang. Persediaan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada suasana lama melambatkan proses mengucapkan selamat datang kepada dunia baru. Lalu persediaan tidak cukup.

Atau satu lagi. Cemburu dengan perubahan. Cemburu? Malas nak ulas.

Dunia
Pada suatu hari, saya berjalan kaki ke universiti. Jalannya jauh juga, perlu melalui kejiranan yang jauh, menunggu di sebelah tiang lampu isyarat untuk melintas jalan, merentasi kuil dan stesen minyak, melalui beberapa buah kilang, menyusuri tempat parking kereta sebelum berjalan di kaki lima yang jauh. Dalam perjalanan itu, seketul batu kecil termasuk ke dalam kasut saya lalu saya berhenti untuk mengeluarkannya. Sekejap sahaja.

Hentian yang sekejap untuk mengeluarkan batu itu adalah dunia dibandingkan dengan perjalanan hidup manusia yang sebenar. Ini hanyalah contoh kerana nisbah sebenarnya lebih besar.

Sudah tentu, perumpamaan yang Allah dan Rasul-Nya beri jauh lebih mendalam dan bernilai seperti hadis ini,

"Apa urusanku dengan dunia dan apa urusan dunia denganku? Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, perumpamaanku dan perumpamaan dunia ialah seperti musafir yang berjalan di hari yang panas, lalu ia berteduh di bawah pohon selama beberapa waktu pada siang hari. Ia beristirahat, lalu meninggalkan pohon tersebut."
(riwayat at-Tirmidzi)

Di sinilah saya belajar untuk BENAR-BENAR berkata, "Cukuplah bagiku Allah." Ketika inilah saya begitu menghargai ad-Dhuha. Dunia pasti berubah dan meninggalkanmu, cukuplah bagimu Allah sebagai sebaik-baik pelindung, yang melapangkan dada dan tidak pernah meninggalkanmu (surah ad-dhuha & al-insyirah).

Komet pun ada ramai pemerhati yang menunggu saban malam. Namun, komet hanya ikut destinasi Tuhan.

2 comments:

HaYaTi said...

komet juga perlu tahu bahawasanya komet-komet atau bintang-bintang di sekelilingnya sedang melihat komet dari jauh.
semua komet patut memperbaiki diri..
asif auni jikalau tergolong dlm watak2 di atas.

aunaz fifteena said...

waaah!

=)