Tuesday, 20 December 2011

Jalan yang Panjang

Post ini agak panjang. Sumpah anda akan rasa nak muntah jika anda anti dengan perkataan berikut -usrah, dakwah, akhawat, ikhwah. Sila baca blog lain.


Allah...

Dah sangat rindu pada akhawat. Padahal baru semalam berpisah isk hisk.

Ada beberapa tingkatan dalam setiap sesuatu.

Dalam taqwa misalnya, ada yang biasa-biasa sahaja. Malah, tidak meyakini Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Nampak benda jatuh tak bersebab je, kata hantu. Tapi bagi orang yang memiliki taqwa yang sangat tinggi kepada Allah, ia begitu yakin bahawa rambut di kepalanya tidak semestinya masih ada apabila ia bangun dari tidur pada keesokan harinya. Anda bayangkan diri anda botak tiba-tiba esok hari.....

Begitu juga dalam merasai cinta. Cinta tidak akan jatuh selonggok di depan mata anda. Cinta juga tidak datang mendadak di dalam dada. Ia mengalir perlahan bagai salju di dalam jiwa dan bergerak semakin laju dan deras. Pada masa dahulu mungkin sahaja kita pergi ke usrah dengan rasa berat. Hanya kerana rasa bersalah kepada kawan-kawan dan akak itu maka kita pergi. Kemudian, kita jatuh cinta dengan usrah itu, cuma kadang-kadang terasa berat sekali nak pergi apabila ada halangan seperti exam atau function. Jenuh anda mengulang ayat 'infiru khifafaw wa thiqalan' untuk bermujahadah.

Tidak lama kemudian, rasa cinta yang bertambah membuatkan kita menjadi komited dengan usrah. Walau apa pun perkara yang berlaku kita akan tetap datang setiap minggu. Kadang-kadang kita sanggup turun dari kampung menaiki bas semasa waktu cuti semata-mata nak menghadiri usrah. Kita sedia mengorbankan wang dan harta demi usrah.

Namun selepas itu kita menghadapi tanggungjawab yang sangat berat tatkala mengetahui matlamat hidup kita yang sebenar. Kita terpaksa bermujahadah melawan sikap dan kesukaan kita, semata-mata nak mengajak manusia kepada Allah.

Kemudian, kita tidak perlu bersusah dengan perasaan berat itu kerana kita sudah jatuh cinta dengan dakwah. Kita menginfaqkan jiwa dan harta pada hujung-hujung minggu walaupun hanya sebagai tukang potong bawang atau driver. Kita berebut segala-galanya dengan rasa suka dan cinta...

Cinta... bertambah dan bertambah.

Itulah sebabnya orang-orang di jalan ini mempunyai tahap dan latar belakang yang pelbagai. Namun, betapa idealnya tarbiyah Allah terhadap kita sehingga kita mampu bersatu walaupun 'level' kita berbeza-beza. Cinta manusia mungkin ada tahapannya tetapi cinta Allah itu infiniti.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana manusia lain boleh hidup dengan aman tanpa mendekatkan diri kepada Allah. Terkadang ingat, terkadang lupa. Kalau teringat, ia lantas bersyukur atau beristighfar. Kalau terlupa, entah bagaimana ia menguruskan hidupnya dengan kelupaan itu?

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana manusia boleh hidup melebihi 20 tahun tanpa mengetahui matlamat hidup dengan pasti. Malah ia tidak tahu mengapa Allah menciptakan manusia. Lalu, apalah yang ia lakukan selama 20 tahun ini?

Sungguh aku mensyukuri bahawa Allah memilih aku untuk berada di jalan ini. Walaupun orang memandang kita dengan pandangan orang baik, alim, kerana dia dari sekolah agama, ia tidaklah sesempit itu. Kalaulah manusia tahu bahawa islam itu tidak tersempit pada solat, hukum-hakam sahaja.... Rasa keislaman dan kekhusyukan itu masih di sini (pegang dada) walaupun sedang bekerja dalam pejabat, walaupun sedang bermain di tengah padang, walaupun sedang berjalan sendirian.

Pulangnya kami dari pertemuan besar di Morib itu, kami berbual-bual seperti biasa sehinggalah terdengar perkataan-perkataan yang aneh dan tidak familiar seperti 'zauj' dan 'ikhwah'. Ketika itu baru aku tersedar, kedua-dua mereka telah pun mendirikan rumahtangga sedangkan aku betul-betul terlupa mengenainya! 


Ini kerana semasa zaman kami dahulu, kami tidak pernah menemui makhluk bernama 'ikhwah' kecuali para ustaz sehinggalah pada hujung tahun 2010 ketika aku menyertai kibar. Itu pun tidaklah nampak kelibat makhluk itu setiap masa melainkan cuma dengar suara sahaja. Ketika itu barulah aku kata "Waah..inikah... ikhwah...?" seperti orang kali pertama nampak KLCC, padahal orang-orang oznz dah 'bosan' dengan perkataan itu.


Berkibar-kibar



Aku teringat perbualan seorang ukhti kepada ukhti yang lain tentang kepentingan Baitul Muslim semasa kibar dulu. Mendengarnya, jadi lucu, tahan ketawa tapi dalam hati berharapan juga agar Allah menemukan aku dengan satu. Adeh.


Namun, tatkala dibasahi dengan cerita baitul muslim dua orang itu sepanjang Morib ke PJ, entah kenapa aku merasa perasaan aku kini begitu berlainan dengan apa yang aku harapkan dahulu. Aku terasa bahagia untuk mereka. Titik. Hanya setakat itu.


Mungkin kerana dahulu aku mendambakan pernikahan dengan makhluk bernama ikhwah kerana aku ingin rasa hebat kerana dapat kahwin dengan ikhwah? Astaghfirullah, tak matang langsung.


Mujurlah peningkatan usia di jalan ini mengajar aku walaupun di luar kesedaran sendiri, aku meyakini janji Allah. Rasa bahagia dengan kehidupan ini dan tidak rasa cemburu atau sedih. Malah, aku mengalu-alukan adikku untuk bernikah sebelum aku (which is dia tipu sebenarnya. kurang asam punya adik).


Wow! Indahnya perasaan ini. Inikah rasanya memandang sesuatu sebagai tak ada tapi ada, ada tapi tak ada? Loving this stage :)

Betapa banyak perubahan yang berlaku sepanjang kita berada di jalan ini sehinggakan kita tidak menyedari masa berlalu dengan pantas. Apabila aku mengenang kembali saat pertama kali aku jatuh cinta dengan jalan ini, aku jadi ketawa sendiri dengan semangat dan kenaifan saat itu.

Ya Allah, semoga aku masih kekal di jalan ini dalam keadaan berlari berpimpinan tangan dengan mereka. 

Monday, 12 December 2011

Ohhoiii!



Bismillahirrahmanirrahim.

Nota: Entri ni tak mengandungi benefit melainkan untuk diri sendiri dan pembacaan anak cucu saya nanti. Jangan buang masa di sini. Sila baca website Muharikah.com yang lebih bermanfaat ehe he. Promote promote.

Ohhoiii! Intro yang tak bagus tapi inilah apa yang ingin saya lakukan sekarang, melepaskan perasaan kelucuan pada semua perkara yang sedang berlaku. Jika anda telah membaca potpet di sini (promote lagi) maka ketahuilah bahawa saya sedang berada dalam bayangan Mr. Hyde. Sungguh psycho saya sekarang ini sehingga mahu menggigit teddy froggy entah milik siapa di sebelah ini.

Cikgu

Kelucuan bak menggeletek Nobita tatkala orang memanggilku cikgu.

Cikgu, yang tu la, yang cikgu tunjuk tadi tu.
Yang ni?
Ya, yang tu lah cikgu.

Auwww. Ini sangatlah tidak dijangka. Seumur hidup saya sebelum ni, saya paling benci digelar dengan perkataan 'cikgu'. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana emak saya yang cikgu (saya bukan benci mak saya!), dan kalau kamu tak perasan (meh nak kabo), kebanyakan cikgu mudah dikenali apabila anda melihat mereka di jalanan kerana penampilan mereka. Mereka ada 'fashion seorang guru'. Ke.. mata saya je yang tajam untuk perasan semua itu? He he.

Emak selalu 'menyalutkan' saya dengan pakaiannya, maka saya kelihatan seperti cecikgu walaupun pada ketika itu umur saya baru 17 tahun!

Pergi jejalan je pakcik teksi tegur,

"Cekgu, nak pergi mana? Silala naik teksi saya yang cantek ini."

Apa cikgu-cikgu, ni bakal engineer lah. Haish. Stress betul.

Sekarang, padan muka dah jadi cikgu. Terkena dengan kata-kata sendiri aha ha.

Kesimpulannya, kalau benci sesuatu tu jangan benci sangat manalah tahu nanti yang dibenci tu lah yang kita sayang, dok hadap tetiap hari. Dan samalah juga, kalau cinta tu jangan cinta sangat, kerana Allah Maha berkuasa menukarkan manis jadi pahit sekelip mata sahaja.

Dan janganlah kita buat kesimpulan terlebih dahulu kerana Allah yang lebih Mengetahui dan Maha Berkuasa. Kalau Allah kata hamster bertanduk, maka bertanduklah ia dan menyondol teddy-froggy-entah-milik-siapa dan segala isi rumah ini. Dan jika Allah kata adik anda bakal mendirikan rumahtangga terlebih dahulu sebelum anda, maka anda tiadalah kuasa ke atasnya ehe he hem.

Anyway, sekarang ni rasa gumbira, terawang-awang bila dipanggil cikgu. Kembang kuncup hidung tahan gelak bila terasa poyo. Cikgu. Uhuk uhuk. Lucu...Lucu.

Dan mengapa Engineer Chabuk ini membuang tebiat ingin menjadi cekgu pula?

Cekgu (ehem) Engineer ini sedang ingin belajar mengendalikan kanak-kanak untuk praktis masa depan. Oh ini bukan yang utama.

Emak tanya, tak letihkah buat banyak-banyak kerja...

Hmm.. jalan buat kebaikan ni, mana ada yang senang. Dah digambarkan Allah, ia seperti jalan mendaki yang curam. Kalau mudah, dah ramai yang berbondong-bondong mengikut.


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. (Saidina Ali bin Abi Talib ra.)

Nasihat untuk Engineer Chabuk ini.

Ia sedang belajar untuk bertemu, bergaul dan mengislah masyarakat. Juga belajar untuk lebih yakin untuk potpet (habislah adik-adik ni nanti ehe he). Juga saja nak mengoptimakan masa yang ada sementara tak sibuk. Juga nak biasakan membuat sesuatu yang mencabar dan bukannya benda rutin yang membosankan. Ingat mengajar ni senang ke? Ni nak tarbiyyah anak orang tahu? Tak tahu buat-buat tahu.

Sila like page Muharikah.com supaya saya like anda aha ha. Kalau anda memang tidak suka website itu maka tiadalah termampu untuk saya berkata apa-apa. isk hisk. Rasa nak tabuh je. Aha ha takdelah. Tak paksa.

Kalau anak-anak anda perlukan kelas dari pusat tuisyen sekitar BBB yang dikendalikan oleh cikgu-cikgu yang mantap dan yang dibonusi dengan pentarbiyyahan, silalah hubungi kami. Bulan pertama dapat diskaun ehe he. Promote lagi. Manalah ada emak orang yang baca blog ini.


:)

p.s. Macam ni lah tiap kali balik dari berjumpa akhawat. Mereka sangat pyare kerana transfer semangat tanpa diminta sampai hyper eden dibuatnya.

Sunday, 11 December 2011

Maka Laksanakanlah

(Updated on 12th Dec)




Akhi,
Lihatlah ke sini
Belum tibakah masanya untuk kita menjadi pelaksana
Setelah kita saling mengetahui
Bahawa tiada istilah layak atau sabar
Dalam melaksanakan kebaikan.


Akhi,
Dunia ini sedang bergerak pantas bersama isi-isinya.
Andai kita menangguh untuk berlari
Niscaya kita akan ketinggalan bersama yang duduk
Walaupun kita menjangka
Kita lebih baik dan lebih faham,
Tapi sayangnya hanya baik dan terbeza
Dalam hati, fikrah dan kata-kata.


Akhi,
Aku bersyukur saat ini
Umat tidak nampak getusan hati dan perancanganmu
Kalau mereka melihat
Mereka pasti menjadi mangsa janji politikus seorang da’i
Yang beria-ia berlipur lara
Sedang mereka melihat dalam ketenatan
Dan menanti bangkit perjuanganmu.


Akhi,
Perubahan tidak akan berlaku
Hanya dengan perancangan dan strategi
Atas lembaran-lembaran kertas
Yang belum terlaksana.


Akhi,
Semalam kita sedih dengan lembabnya pergerakan kita
Penyesalan ditulis dalam buku-buku
Setelah selesai ia tinggal hanya sebagai kelegaan
Lega menyesali lambatnya bergerak
Lega setelah menyesali diri tak sebaik fulan dan fulan
Lega dan lega yang berulang-ulang
Akhirnya,
Menjadi biasa dengan penyesalan yang rutin
Seolah-olahnya berkata;
Tidak mengapa aku tidak bagus lagi
Kerana aku sadar dan rasa bersalah dengannya
Esok baru aku bertindak
Selepas aku punya kuasa dan kematangan.


Esok..
Masihkah ada esok
Jika hari ini tidak wujud dalam kamus perjuanganmu.
Khabarkanlah kisah Ka’ab ra. yang dipulau
Dengan pulauan yang sungguh sesungguhnya
Bukannya kerana dia ingkar
Tapi hanya terlambat
Dan menangguh-nangguh,
Betapa beratnya kesalahan menangguh-nangguh!
Dan begitulah dirimu
Jika perbuatanmu tak sesohih perancangan,
Jika strategimu ditangguh dengan alasan,
Maka siapakah lagi yang dapat menghukummu
Selain masa depan yang pudar?


Akhi,
Ayuhlah bergerak menzahirkan
Segala perancangan dan kata-kata
Hari ini.
Kerana esok belum tentu tersimpan buat kita
Kerana esok
Bukti jelas di hadapan Allah
Bukanlah bukti fikiran dan kata-kata lagi.


Maka laksanakanlah akhi.



Munashah
Shah Alam

Saturday, 10 December 2011

Celaka

Astaghfirullahal 'azim.

Ya Allah, sesungguhnya aku sangat jarang mensyukuri segala nikmat kebaikan yang telah Engkau berikan kepadaku. Ternyata masih tebal debu-debu jahiliyyah pada wajah ini yang selayaknya ditabur tanah. Aku khuatir, jika usaha yang aku lakukan ini hanyalah sebuah drama boneka yang dimainkan si penghibur demi mencari keredhaan manusia di atas nama ketuhanan.

Tatkala aku mencipta mahligai di dunia, apakah aqsara akhiratku telah lama runtuh kerana dibangunkan dengan batu-bata dari lembah kepura-puraan?

Sungguh ikhlas dan riak itu bermain di antara dua tali yang nipis. Dikala aku sedang leka memintalnya, tali itu terputus dan jariku terluka dengan halusnya gesekan kemunafikan.

Wahai hati yang rapuh, mengapakah engkau meminta-minta secara memaksa dan menjatuhkan semangat dirimu seolah-olah Allah tidak pernah memberimu apa-apa kebaikan? Celakalah kamu, celakalah.

Sungguh aku hina. Aku tidak layak beroleh hadiah indah kerana aku hanyalah manusia yang tamak luaran tetapi hatinya pengecut untuk merembat segala kebenaran dan kepastian. Mengapa aku tidak menyalahkan diri sendiri sebagaimana terlihat salahnya hati aku bangkit menyambut deruan itu? Tatkala mereka melangkah pergi dahulu, apakah aku layak mengharapkan panggilan yang sama?

Celakalah kamu, celakalah.

Ya Allah, Engkau lebih mengetahui apa yang selayaknya buat diriku yang hina ini. Hanya kepada-Mu aku berharap, hanya kepada-Mu aku sembah dan hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan.
 

Tuesday, 6 December 2011

Spontan Seorang Muslim



Spontan seorang muslim itu adalah spontan sebuah akhlak mulia. Kerana dalam fikiran dan ruhnya mengalir adab-adab islami yang dipupuk dengan ilmu dan iman. Perlakuan spontannya adalah perlakuan penuh dengan ihsan. Ia adalah autogenerated akhlak.

Kalau melatah pun sebaik-baiknya keluar ayat-ayat yang baik seperti puji-pujian, ayat al-Quran atau hadith, bukannya 'Oh Doraemon!' atau lebih buruk, carutan. Orang yang melatah dengan carutan adalah orang yang di dalam mindanya terinstall readily kata-kata carut marut itu. Macam empangan, apabila pecah, keluar lajulah semua yang diempang. Tak bolehlah nak salahkan air yang kotor kalau kita empang air yang kotor.

Lalu jagalah hati masing-masing. Kerana keadaan hati akan dizahirkan oleh jasad -perlakuan dan kata-kata. Jika hati kotor maka tertayanglah segala kekotoran itu melalui akhlak walaupun kita telah berusaha menyembunyikan apa yang ada di dalam hati kita. Dan itulah sebabnya wajah orang-orang mukmin itu bercahaya dek kerana pancaran hati yang bersih itu. Wajah yang bercahaya adalah autogenerated, tidak boleh dibuat-buat oleh make-up atau kertas pasir.


“…dan barangsiapa tidak diberi cahaya oleh Allah, tidaklah ia memiliki cahaya sedikit pun." (An-Nur: 40)



Begitu juga dengan keikhwahan dan keakhwatan. Cahaya keakhwatan itu bisa hilang apabila hati kita semakin lalai dengan perkara duniawi. Apabila cahaya akhawat itu hilang daripada diri, susahlah doa rabitah daripada akhawat lain untuk sampai kepada kita. Ruh-ruh bersih akhawat lain juga akan sukar untuk mengenalpasti ruh kita yang lalai sebagaimana Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat mengenal orang beriman dalam perang.

Dalam keadaan peperangan itu, mereka tidak mampu berhenti sekejap untuk mengenalpasti wajah -ini pihak aku atau ini musuh aku. Namun, ruh mereka saling mengenal kerana tautan aqidah, ruh yang pure dan bersih. Buktinya, dalam sejarah perang tiada orang mukmin pun yang tersilap dibunuh oleh saudaranya.


Tolerance

Dalam kejuruteraan, engineering tolerance sangat penting in designing structures contohnya. Kalau kita lihat pada lukisan-lukisan kejuruteraan, jika diameter sesuatu ukuran ditetapkan sebagai 20cm, di situ juga akan diletakkan nilai tolerance, sebanyak +-0.002cm misalnya. Jadi, ketika mesin-mesin membuat bahan tersebut, ukuran diameternya masih lulus jika ia berada di dalam julat 19.998cm hingga 20.002cm.







Macam air tin yang dijual di kedai-kedai, tidak semuanya menepati 250ml seratus peratus. Isipadu air pun ada ukuran tolerance-nya seperti yang ditetapkan dalam industri.

Akhlak seorang muslim ada tolerance-nya. Kita ada tolerance yang nilainya tidaklah ditetapkan secara mutlak tetapi bergantung kepada ilmu dan iman masing-masing. Wajah kita tidaklah perlu terlalu 'serius' atau terlalu 'ceria', tetapi bersederhana. Kerana kita adalah ummat wasata (ummat pertengahan), tidak terlalu extreme perlakuannya dalam mana-mana bahagian. Seimbang.

Allah ada memberi tolerance dalam banyak hal.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan beberapa kewajiban, maka janganlah menyia-nyiakannya. Dia telah menentukan batasan-batasan, maka janganlah kalian melanggarnya; Dia telah mengharamkan beberapa hal, maka janganlah kalian jatuh ke dalamnya; Dia telah mendiamkan beberapa hal kerana kasih sayang-Nya kepada kalian dan bukannya kerana lupa, maka janganlah kalian mencari-carinya."
(hadith hasan riwayat Daruquthni)

Ketika akhawat sedang seronok rehlah di air terjun, tolerance berseronok bolehlah diaplikasikan. Tipulah kalau nak 'hu hu' sahaja, tetapi janganlah sampai ke tahap 'wakaka'. Takkanlah sedang bermain pun nak bermuka serius (kerana kerja kita masih banyak ek)?

Dan perlakuan spontan misalnya, dikala seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai dan sedang dibawa arus deras, takkan akhawat yang melihat kejadian itu perlu lari ambil sarung tangan dulu dan berkata kepadanya, 'Sekejap sekejap ya, saya pergi pakai sarung tangan dahulu.' Apakah? Elok sahaja sarung tangan siap dipakai, lelaki itu sudah pun hanyut ke laut.

Ketidakfahaman pada konsep tolerance ini menyebabkan kita telah banyak terlepas perkara-perkara penting.

"Macam mana? Dah jumpa sarung tangan?"


Perlu ada tolerance. Dan perlu ada ilmu, supaya sungai akhlak tu boleh disalurkan dengan sempurna.

"Hai orang-orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah, dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan para nabi dan orang-orang beriman yang bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (At-Tahrim: 8)

Thursday, 1 December 2011

Marriage is Not an Escapism

Assalamualaikum wbt.
Kehadapan kekasih yang aku cintai.

Ini kali pertama aku menulis warkah ini buat kekasihku. Aku tidak mengetahui apakah engkau berada di langit atau bumi. Aku juga tidak mengenal wajahmu, aku tidak tahu di mana kedudukanmu. Malah aku tidak tahu menahu kapan kita akan bertemu.
Namun aku pasti, engkau ada di luar sana, menanti pertemuan kita. Walau siapa pun engkau wahai kekasihku, sama ada bidadari langit atau pemuda bumi, aku yakin Allah akan mempermudahkan pertemuan kita sekiranya kita benar-benar ikhlas dan ridha akan ketetapan-Nya.
Sesungguhnya kekasihku, aku sering menyampaikan salam rinduku buat dirimu melalui Tuhan Penjaga langit dan bumi yang Maha Penyayang. Semoga Dia mencintaimu, memeliharamu dan melindungimu daripada segala noda dan kemaksiatan serta penyakit-penyakit hati. Jadilah engkau pemuda suci yang memelihara diri dan anggotanya dari kedahsyatan azab api neraka. Aku juga berjanji untuk berbuat perkara yang sama sambil menunggu kekasihku yang ghaib. Sesungguhnya aku mencintai dan merinduimu demi Tuhanku.
Semoga kita bertemu dalam ketaqwaan.
Kekasihmu.

Quoted (ehem). Untuk muhasabah kita yang mudah tergoyah emosi dan rohani dengan pengaruh-pengaruh luaran yang penuh psycho mengenai cinta ini. Warkah ni rasanya bukan ditulis untuk public, tetapi buat mereka yang benar-benar mencari dan melihat dengan teliti :)




Seperti tahun lepas, tahun ni pun nak bercerita tentang topik menarik bersesuaian dengan bulan Disember. Bulan walimah.

Saya tertarik untuk bercerita tentang perkahwinan ini atas 'inspirasi' daripada kisah-kisah yang melanda kebanyakan orang di luar sana. Dan apabila anda mempunyai seorang ibu yang telah siap membelikan baju nikah sebelum anda punya calon atau seorang ibu yang mula menyenaraikan nama-nama setiap kali anda berbual dengannya, itu merupakan di antara sebab yang 'tepat' untuk anda berasa stress dan kacau apabila mendengar tentang perkahwinan. Tahniah! 

Dan silapnya kita kerana tidak menguruskan dugaan-dugaan ini dengan betul, lalu akhirnya boleh terbawa-bawa dengan perasaan "Oh indahkah pernikahan?" yang terlebih-lebih. Hatta jika stress berlebih-lebihan pun akan menyebabkan anda menjadi psycho dek kerana gesaan-gesaan itu yang memaksa, seolah-olahnya anda pernah buat statement dalam mana-mana akhbar menyatakan anda tak berminat mahu kahwin!

Escapism

Yang menariknya, kebanyakan daripada kita menganggap pernikahan itu sebagai jalan untuk melarikan diri daripada masalah. Pernah tak anda mendengar jeritan kecil yang terpacul dari mulut seseorang yang sedang tension study, "Mak! Nak kahwin!" Percayalah, saya pernah dengar. He he.

Kita langsung tidak boleh menafikan bahawa pernikahan itu memang terbukti menyelesaikan banyak masalah dalam hidup. Jika tidak, masakan dikatakan separuh agama orang mukmin itu lengkap dengan pernikahan. Namun, dengan pernikahan tidak mungkin semua perkara selesai semudah pertunjukan silap mata seperti di atas (ini ialah hint). Perlulah bayangkan cabaran dan tanggungjawab yang semakin bertambah selepas pernikahan. Setelah pernikahan, keluarga mesti dipimpin oleh seorang ketua kerana ternyata menguruskan kehidupan berdua adalah lebih mencabar berbanding kehidupan berseorangan.

Seorang teman berkata, "Kahwin sajalah!" ketika saya sedang pening merancang kewangan diri.

Sebagai seorang perempuan, adakah kita benar-benar yakin pernikahan itu mampu mengurangkan beban kewangan kita? Jadi, adakah niat pernikahan itu tersempit pada kepentingan diri kerana nak ditanggung dengan duit suami? Mana nilai ketulusan dalam perhubungan itu?

Dan jika kita terlalu mengharap kehidupan kita bakal menjadi mudah kerana mendapat bantuan daripada pasangan, fikirkan apa musibahnya jika pasangan kita juga berfikiran sama. Kedua-duanya saling mengharapkan tindakan masing-masing sehingga akhirnya hancurlah perhubungan itu.

Sepatutnya ikatan itu dimulai dengan niat yang ikhlas semoga hadirnya diri kita dalam hidupnya dapat menjadikan kita dan dia saling melengkapi dalam perjuangan ini, bukannya dia melengkapi hidup kita semata-mata!

Get it?

Post macam bagus oleh orang yang macamlah dah 50 tahun hidup di dunia, kan kan? - Allahua'lam.