Monday, 30 May 2011

Aku, Dia dan Niqab Ini.




Reason for wearing the niqab in the first place?




Kali pertama saya berniqab ialah pada pertengahan tahun 2008. Keputusan untuk memakai niqab telah lama dibuat. Saya teliti dahulu kesan yang akan terjadi sekiranya saya pakai niqab - dari sudut keluarga, universiti, pelajaran dan rakan-rakan. Setelah lama memendam niat, akhirnya, semasa kami ramai-ramai berjalan untuk menziarah seorang ukhti, saya ambil keputusan untuk berniqab. Waktu tu, saya berniqab guna hujung tudung saya sahaja. Kali pertama muncul di universiti dalam keadaan berniqab ialah ketika mengambil peperiksaan subjek Materials untuk tahun pertama engineering. Mula-mula saya masuk ke dalam dewan yang sangat besar tu, kebanyakan orang terdongak memandang saya dengan keadaan takjub dan hairan. Saya pun dengan malu-malunya mengambil tempat saya di belakang sambil cuba tidak menghiraukan mata-mata yang menatap sepanjang kaki saya melangkah melalui meja mereka.


Kenapa berniqab?


Orang bertanya kepada saya, kenapa kamu berniqab? Untuk meneliti hal ini, terlebih dahulu saya perlu gambarkan latar belakang kisah saya sebelum berniqab, supaya lebih faham penjelasannya.
Semasa awal-awal menjejakkan kaki di Sunway College, saya bukanlah sebaik mana seperti di sekolah dahulu. Bak kata orang, kurang kefahaman dalam didikan agama di sekolah dulu, ditambah pula dengan sindrom culture shock, menyebabkan Islam saya ni on dan off. Tengok wayang sampai 1 pagi pun pernah, keluar dating pun pernah! Saya bukan nak membuka pekung di dada atau menyebarkan aib-aib diri di dalam blog saya. Saya cuma ingin memberi peringatan kepada diri sendiri supaya bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang saya ada sekarang. Saya harap ia dapat beri pengajaran kepada orang lain.


Waktu tu, saya cuma fikir untuk berbuat apa sahaja demi mengejar 'kebahagiaan'. Entah 'kebahagiaan' apa yang saya cari, saya pun tidak tahu. Enjoy-lah dalam mana-mana parti pun. Alih-alih hati akan pulang dengan keadaan yang kosong. Saya tidak tahu cinta dan kebahagiaan apa yang saya cari. Saya mampu buat itu dan ini. Saya ingin kelihatan cantik, sopan, etc. (wekk) tapi akhirnya saya rasa tak bahagia.


Akhirnya, saya diperkenalkan dengan tarbiyyah. Waktu tu, saya baru kenal erti Islam yang sebenar. Subhanallah waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa indahnya perasaan pada ketika itu. Saya banyak diperkenalkan dengan hakikat-hakikat kehidupan. Saya juga baru menyedari bahawa selama ini saya penyembah hiburan, cinta palsu, kecantikan dan apa-apa sahaja di dunia ini (namakan saja semuanya).


Waktu saya mula nak berubah, susah juga. Nak cuba elakkan pergaulan bebas macam dulu pun susah, sebab orang lain tak faham yang kita nak berubah. Nak cuba tundukkan pandangan pun masih dalam proses tatih-tatih lagi. Lama-lama rasa menderita sebab hati yang nak berubah ni terpaksa hadapi banyak cubaan dan rintangan persekitaran.


Disebabkan nak jaga keadaan hati supaya tidak kembali kepada cara hidup lama, saya nekad berniqab. Walaupun saya tahu akan banyak kesan kurang baik yang akan menimpa, saya tak kisah. Asalkan dapat kuatkan diri dan hati. Saya juga nak denda diri saya untuk berkorban sikit, supaya tidak berbangga dengan kelebihan yang Allah bagi yang tidak kekal ni. Saya nak ajar hati saya ni, supaya cintakan akhirat dan tak berbangga-bangga dengan kelebihan dunia. So, wajah yang termasuk ke dalam hal duniawi ni pun saya korbankan. (Bukan nak kata muka ni lawa. Hidung tak mancung pun. Lesung pipit pun tak ada.)


Saya juga nak ajar diri saya supaya lebih menundukkan pandangan. Sebab mata manusia ni kalau sekali pandang macam panah Legolas. Tajam menusuk ke hati manusia lalu timbullah fitnah.
Sepanjang waktu pakai niqab tu, walaupun adalah juga ejekan dan tohmahan, saya rasa tenang dan dekat pada Allah. Ada rakan dari Arab Saudi namanya Sabrina. Dia bagi niqab dia pada saya. Alhamdulillah waktu tu bahagia sangat. Allah permudahkan urusan saya untuk berhijrah.


Apa yang penting untuk diingatkan, wanita yang berniqab tidak lebih darjatnya berbanding muslimah yang lain. Malah saya berniqab kerana saya tidak sekuat muslimah yang lain yang saya kagumi kerana mampu menahan dugaan jahiliyyah tanpa perlu memakai niqab.


Niqab pakai tangan pun boleh.


Astaghfirullah 3x. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya pada masa dahulu, sekarang dan akan datang.


p.s. Post ini berikutan soalan seorang ukhti (mungkin) dalam inbox Formspring saya. Jzkk.
p.s.s. Oleh kerana post ini terpanjang sangat, mungkin ada sambungan, untuk kisah berhenti berniqab dan keperluan berniqab selepas habis belajar. :-) 

Saturday, 28 May 2011

A Note for My Beloved M



I have this imagination of a story line where you walked to the door and saw a letter from me underneath it. It's written there:

"I've finished the 'Fun Yee Pee' thingy yesterday. It was like a new date of national independent day. No more reports. No more assignments. No more tutorials. No more labs (but our last lab was cool because we played with colorful balloons). No more. No more.

We're entering the study week now. Places in university are going to have this dull smell. Everybody turns to a new species of polite, silent zombi with panda eyes. For all these situations we're facing, the feels of worth would exist only if we have good reasons for being here. I wanted the undergrad degree title. And why?

The yesterdays were worst. I expected too much. It was just because I wanted to be the best so that I can proudly stand beside you. You're the best. You're the best. I'm not.

I hope you're here now to share with me the stories of spring. I hope you read the notes I wrote for you in the night  sky. I hope you received the news from the moon. Meet moon. Moon is such a good friend of mine.

Allah, please bless us with Your love. We're standing here under Your love, for Your love. Please give the chances for us to do so.

There's a saying: We only part to meet again.

So, lets make our journeys sweet."


p.s. Jauh

Wednesday, 18 May 2011

Persamaan yang Bermakna...


 
Saya tidak tahu mengenai orang lain, tetapi saya ada pengalaman seperti ini. Suatu ketika dahulu, kita sangat rapat dengan seseorang. Macam belangkas lah katakan. Pergi sekolah sama-sama. Belajar sama-sama. Makan sama-sama. Solat sama-sama. Pada waktu itu, perasaan seolah-olah dialah sahabat sehidup semati kita. Namun, beberapa waktu selepas itu, kita mengalami situasi yang tidak terlalu drastik, cuma apabila disedari, kita dan dia telah menjadi seperti orang yang tidak pernah saling mengenali.

Pernahkah?

Dahulu saya sering tertanya-tanya - apakah yang membuatkan keakraban suatu hubungan itu pudar. Mungkinkah masa yang melunturkan kasih itu? Atau perubahan situasi yang akhirnya membentuk perbezaan dan pemisahan?

Ironinya, kita pernah rapat serapat rapatnya dengan seseorang walaupun bilangan perbezaan kita dengan dia lebih banyak daripada bilangan persamaan yang kita ada. Kita telah berjaya mengharungi perbezaan itu dan membentuk perasaan sayang berdasarkan sedikit persamaan yang kita perjuangkan. Maka, mungkinkah perpisahan ini berlaku kerana tiada lagi persamaan itu?

Persamaan sering menghubungkan manusia. Manusia sering berjuang di atas nama persamaan. Itu lumrah.

Terserempak dengan ini di Teluk Intan (2007)

Ada yang bersatu kerana masing-masing suka makan budu. Ada yang bersatu kerana minat terhadap hobi seperti memancing. Ada yang bersungguh-sungguh mempertahankan antara satu sama lain kerana minat mereka terhadap aktiviti demonstrasi. Ada pula yang sanggup datang dari Perlis ke Kuala Lumpur demi pertemuan geng-geng Proton Saga contohnya. Dan macam-macam lagi.

Lagi hebat, manusia mampu berkumpul sebanyak berjuta-juta orang dalam group Facebook kerana minat yang sama. Group 'kami suka kunyah ais bila air dah habis' pun ada! (saya pun suka kunyah kadang-kadang).





Paling menonjol, di sini kita juga bersatu kerana sifat ke'Malaysia'an kita, juga kerana ke'ParitBuntar'an kita atau ke'SMAPLabu'an kita, dan juga kerana 'loghat' kita masing-masing. Lihat di sekeliling, tidak akan pernah kita jumpa seseorang yang membina hubungan dengan kita tanpa persamaan. Semuanya pasti ada.

Apabila persamaan sudah tidak ada lagi, maka dari situlah titik perpisahan berlaku antara dua pihak. Interest masing-masing sudah berlainan. Kalau begini jadinya, persamaan perlu dicari kembali untuk membina semula hubungan itu.


"dan Dia yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu menginfakkan semua yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.  Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Al-Anfal : 63)

Atas pengalaman beginilah, kita seharusnya berdoa, supaya ikatan yang menyatukan hati-hati kita adalah ikatan yang berpaksikan suatu persamaan yang kekal dan benar, supaya apabila datangnya perbezaan sebesar tsunami sekalipun, kita masih bertemu dalam kecintaan.

Atas persamaan yang kekal ini, biarlah kita tercampak di bumi mana pun, biarlah kita tidak berhubungan atau bersua muka, ikatan roh yang mantap itu akan memupuk persamaan itu sehingga ia menjadi rindu dan cinta.

Persamaan yang kita cari, bukanlah kerana ikatan-ikatan tanah yang secara semulajadinya mengikat pokok. Kita tidak dapat memilih dari perut mana kita dilahirkan, dari warna apa kita kelihatan atau dari tahap mana otak kita mampu fikirkan. 

Oleh kerana kita mampu memilih dari persamaan apa yang kita inginkan dalam mengikat sesuatu hubungan itu, maka kita perlu berfikir dengan teliti serta merenung, apakah kemungkinan yang persamaan itu akan hilang dan hanyut bersama angan-angan dan cita-cita hubungan yang tidak kesampaian.

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:


Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (riwayat Al-Hakim).


Ya Allah, jadikanlah kami saling mencintai kerana keagungan-Mu, menuju-Mu, di atas jalan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang disempurnakan imannya oleh-Mu. 
Sesungguhnya Engkaulah Pemilik segala kesempurnaan.


Kadang-kadang kita takut, jika kita jatuh ke dalam ikatan yang salah. Kita juga takut untuk membuat keputusan kerana ketakutan tadi. Takut di atas takut. 

Walaupun kita tahu, perbezaan yang bermakna juga memainkan peranan penting dalam mana-mana ikatan. Plain soup is boring. Perlu ada macam-macam bahan berbeza seperti ayam, sayur, garam, etc. untuk membentuk sup yang sempurna.

Mungkin ini hanya sindrom kiasu. Ketakutan akan hilang dengan adanya niat yang benar.

Semoga niat kita benar lalu kita saling mencintai kerana kebenaran.

p.s. -

Tuesday, 10 May 2011

Kesyahduan Dalam FYP Lab

Pemandangan kegemaran

Saya duduk di FYP lab ni untuk buat kerja. Namun, belum berasa ingin mula berbuat apa-apa. Mungkin kerana dari pagi sudah bertungkus-lumus. Sudah habis semua kelas pada jam enam ini maka pada ketika itulah baru terasa lapar.

Suatu perasaan syahdu.

Apabila saya lalai mengingati Allah, saya selalu memarahi diri sendiri dan yakin Allah memarahi saya. Apabila saya lalai pada waktu malam, saya pasti hari esok saya dijadikan muram oleh Allah. Apabila saya lalai pada siang hari, saya pasti waktu malam saya dijadikan sunyi oleh Allah.

Maka saya selalu menyumpah diri sendiri.

Namun, Allah sentiasa mendampingi hamba-Nya yang su'uzon ini. Ketika diri ini bertanya-tanya kerana masih tidak percaya, masih ada selimut keindahan itu.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia pasti lambat sampai ke kelas kerana pasti terperangkap di dalam kesesakan jika berjalan kaki. Namun, Allah menghentikan kereta-kereta ketika hamba ingin lalu.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia pasti gagal mendapat markah subjek Noise kerana kerja tertinggal di rumah. Namun, Allah memberi masa untuk membuat semula dengan lancar.

Hamba yang su'uzon ini tahu fikirannya pasti buntu untuk menjawab soalan profesyen. Namun, Allah bukakan kelapangan, lorong-lorong idea dan kesempurnaan, serta pertolongan sampel jawapan untuk dirujuk.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia akan gagal membuat simulink kerana tiada orang nak ajar. Namun, Allah menghantar guru yang serba-serbi memahami dan mengambil berat.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia akan kesedihan kerana banyak urusan dunia yang difikirkan. Namun, Allah ilhamkan akhawat yang dirindui untuk menghantar sms dengan ucapan yang mengharukan.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia akan kelelahan setiap hari kerana kereta sudah tidak ada dan perlu mengangkut komputer riba setiap hari. Namun, Allah hantar tangan-tangan pengangkut dengan tahap keikhlasan yang seolah-olah datang dari langit.

Macam cerita Korea, sampai nak menangis kerana terlalu cinta. Namun, saya tahan dahulu kerana mereka pasti menyangka saya tension buat FYP.

Kalaulah saya tidak bersyukur, betapa hinanya wajah ini.

Ya Allah, jangan tinggalkan saya...

p.s. Satu-satunya pelajar MechE dalam lab ini disamping students EE. Selalu usik budak EE dengan usikan nerd kerana asyik duduk dalam lab, menghadap komputer dan software sahaja. Sebenarnya saya kagum :-)

Sunday, 8 May 2011

Hak Dicipta Untuk Dipenuhi !!


 Manusia di luar sana sibuk berdemo tentang human rights. Tak cukup dengan kesamarataan, perintah Tuhan pun sampai jadi dijadikannya rendah berbanding 'hak' manusia. Pernah kita fight untuk hak kita? Pernah kita penuhi hak yang dituntut?

Dan yang paling penting, tahu atau tidak hak itu.
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Hak seorang muslim ke atas muslim lainnya ada enam.' Dikatakan kepada beliau, 'Apakah hak-hak itu, wahai Rasulullah?' Beliau bersabda, 'Kalau kamu bertemu dengannya hendaklah mengucapkan salam kepadanya. Kalau dia mengundangmu maka sambutlah (penuhilah). Dan kalau dia minta nasihatmu, maka berilah nasihat. Dan kalau dia bersin lalu memuji Allah 'Azza wa Jalla, maka doakanlah (semoga Allah 'Azza wa Jalla merahmatimu). Dan kalau dia sakit, maka jenguklah dan kalau dia meninggal dunia, maka hantarkanlah jenazahnya.' "
- riwayat Muslim.
Daripada hadith ini, huraian mudahnya adalah hak-hak muslim itu ada enam. Hak merupakan perkara yang sangat penting, wajib kita menunaikan hak kita terhadap sesuatu perkara. Hak Allah untuk dicintai, dipatuhi dan disembah, hak Rasulullah untuk dicintai dan ditaati, hak Al-Quran untuk dibaca, hak jasad untuk sihat, hak sahabat untuk didampingi, hak akaun bank untuk dikemaskini, hak jiwa untuk diisi, hak itu hak ini etc.

Hak blog untuk diupdate.

Banyaknya hak yang perlu dipenuhi! Sibuk betul seorang muslim.

Hak muslim ke atas muslim ada enam. Oleh kerana saya muslim dan kamu juga muslim, begitu juga saudara Fatih dan saudari Ansar (nama rekaan) yang berada di kejiranan saya ini, hak kita adalah sama. Kamu berhak menuntut ini daripada saya selagi mana kita adalah muslim. Saya juga berhak menuntut ini daripada kamu. Kalau kita saling tidak menunaikan maka kita tidak meletakkan suatu hak pada tempatnya. Itu adalah definasi 'ketidakadilan' atau 'ZALIM'!

1. Ucapkan salam. 

Astaghfirullah. Ini hak yang masih dipandang ringan oleh saya.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, "Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu.' " - riwayat Muslim.


Sebarkan salam adalah jalan menuju syurga.

2. Penuhi undangan.

Telah banyak undangan yang tidak dipenuhi. Undangan bertamu, majlis ilmu, walimah, itu semua hak mereka yang perlu dipenuhi. Jangan sampai dikatakan, 'Ku tuntut insyaAllahmu!'


Orang yang tertidur dalam majlis ilmu lebih baik daripada orang yang tidak hadir. (Ayat sendiri he he)

3. Beri nasihat apabila diminta.

Saya jadi teringat pada suatu hari, seorang ustaz meminta kami semua menulis nasihat kepada beliau. Saya melihat seorang sahabat pun mengeluarkan kertas untuk menulis. Saya katakan kepadanya, "Nak tulis juga?" Saya tidak mahu menulis kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk dinasihatkan. Malahan ia seorang ustaz dan baru sahaja memberi ilmu kepada kami. Apa perlu lagi nasihat daripada kami yang fakir? Jawapan sahabat itu kemudiannya betul-betul menyentap hati saya - "Tidakkah kamu seorang muslim?"



4. Doakan dia jika dia memuji Allah selepas bersin.

Alhamdulillah. Didikan terhadap adab ini berjalan lancar sesama kita. Pendidikan di Malaysia.



'Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 'Sesungguhnya Allah s.w.t. sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah s.w.t., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah." Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." - riwayat al-Bukhari.

5. Jenguk apabila sakit.

Orang jarang sakit. Orang lain pun jarang juga melawat. Selalu mendengar berita akhawat yang siap bersalin di hospital. Namun tidak pernah menjenguk. Maaaaf.

Orang sakit terdedah kepada perasaan sedih, sunyi dan bosan. Ziarah pasti menggembirakan mereka.

6. Hantarkan jenazah apabila meninggal dunia.

Hmm... Masih jarang berlaku kematian di kalangan kenalan. Kalau ada tidak diberitakan. Seeloknya ziarahlah keluarga si mati dan ucap takziah. Tolong apa yang mampu, bukan tolong makan pula.

 Jangan sedih sangat kak ya.

Rasa terharu sahabat-sahabat datang dari jauh untuk ziarah keluarga semasa ayah meninggal dunia tahun lepas. Jazakunnallah khair jaza.

Jadi, macam kisah ustaz tadi, saya mengambil kesempatan ini, meminta nasihat daripada anda semua. Berilah nasihat kepada saya, saya menuntut hak saya ini kepada kamu. Tidakkah kamu seorang muslim? (Perhaps untuk siapa yang beriman terhadap hadith tadi (?), boleh beri nasihat melalui komen, mesej atau face to face lebih baik) :-)

p.s. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.

Saturday, 7 May 2011

Checklist : Apa yang perlu dibuat lepas Accident

Ambil tindakan walaupun kemalangan kecil.

Sekali sahaja dentuman berlaku, kebanyakan pemandu dan penumpang akan panik dan mungkin menggelabah menyebabkan mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kekurangan di sini mungkin akan menyebabkan masalah bertambah seperti ditipu dan sebagainya. Jadi, pastikan ada menyimpan satu checklist tindakan bersama anda supaya segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Keselamatan

  1. Pastikan keadaan diri (dan penumpang) selamat.
  2. Keluar daripada kenderaan dan pastikan keadaan penumpang kereta lain yang terlibat juga selamat.
  3. Ubah kenderaan ke lorong kecemasan (kiri jalan) yang tidak jauh dari kawasan kejadian.
  4. Hubungi keluarga dan kenalan yang berada di kawasan berhampiran. Jika anda berseorangan (perempuan terutamanya), minta kenalan datang menemani di tempat kejadian secepat mungkin.
Tunjuk wajah cool. Masukkan tangan dalam poket untuk lebih cool.

Dapatkan maklumat

  1. Catat masa dan tempat kejadian (untuk memudahkan report di balai nanti.)
  2. Dapatkan nama dan nombor telefon pemandu kereta lain yang terlibat. Minta dia misscall anda untuk memastikan nombor yang diberi itu bukan nombor palsu. Ambil gambar dia jika tidak meyakinkan.
  3. Catit matlumat mengenai kenderaan terlibat seperti nombor plat dan jenis kereta (warna juga). Lebih mudah jika ambil gambar.
  4. Ambil gambar kerosakan kereta anda dan kereta berkenaan.
  5. (Jika ada) dapatkan maklumat saksi seperti nama dan nombor telefon.
  6. Hubungi bengkel untuk tolong tow kereta anda ke balai polis. Keluarkan barang-barang berharga dari kereta. Simpan kad 'abang' bengkel itu.
  7. Pergi ke balai polis. Isi borang berkaitan. Bawa IC dan lesen.
Tow kenderaan ke balai polis dahulu kerana polis perlu ambil gambar untuk reporting.
Isi borang dalam kertas dan komputer. Mudah juga sebab ada templat. Pilih komputer yang mempunyai mouse yang efisyen.

Jangan

  1. Panik.
  2. Berbalah tentang siapa salah dan siapa benar.
  3. Mengaku kesalahan. Cool dulu. Hanya buat statement di balai polis.
  4. Membuat mana-mana perjanjian dengan orang terlibat atau orang workshop tanpa berfikir dengan tenang.
  5. Tinggalkan kawasan kejadian sebelum ke balai polis.
  6. Biarkan barang-barang berharga ditinggalkan tanpa pengawasan.
  7. Terlalu mesra (mudah percaya) dengan orang. Sesetengah orang memanipulasikan cerita di balai polis.
Jangan panik. Tonton Raja Lawak dalam balai polis untuk kurangkan stres.


Persediaan

Bersama anda:
  1. Kad ID insuran anda.
  2. Senarai contacts apabila kecemasan.
  3. Telefon bimbit.
  4. Kamera. Kamera handphone pun boleh asalkan gambar masih jelas jika diambil pada waktu malam.
  5. Pengetahuan tentang isi kereta. Ada atau tidak alat-alat (eg. tayar spare, jumper, car jack) dalam kereta.
  6. Pengetahuan tentang kereta. (eg. tarikh luput cukai jalan, geran kereta, insurans).
  7. Checklist seperti ini. Melainkan anda accident hari-hari dan pakar mengenainya.


Dalam kereta:
  1. First aid kit.
  2. Pen dan kertas.
  3. Sweater atau selimut.
  4. Kabel jumper.
  5. Torchlight etc.

Dalam hati:
  1. Bertenang.
  2. Ingat Allah (berzikir).
  3. Reflect balik hati (muhasabah dan beristighfar). Nak pergi mana. Nak pergi usrah tak apa he he.
  4. Reflect amalan.

Persediaan sangat penting bagi pemandu-pemandu kereta kerana kita tidak mengetahui akan nasib kita dalam perjalanan. Kita mungkin pemandu yang berpengalaman tetapi hanya Allah yang berkuasa ke atas kenderaan kita. Sebagaimana yang kita baca setiap kali menaiki kenderaan, firman Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 13-14:


Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!


Semoga Allah permudahkan segala urusan anda. Pandu cermat jiwa selamat.

p.s. Jzkk kepada housemates, bakal pengantin, abang, encik bengkel, adik-adik di KTT etc. serta orang-orang yang mendoakan.
p.s.s. Pakai tali pinggang keledar!

Wednesday, 4 May 2011

Kau Yang Ku Rindu


Aku merindui Kamu. (Gambar oleh Rehaili di Deviantart)

Apabila terjumpa tajuk artikel yang jiwang high level macam ni dalam laman-laman web, selalunya berlumba-lumba orang tekan link kerana berminat nak ambil tahu tentang siapa yang penulis coretkan. 
 
Lepas dua minit, apabila baca saja semua orang pakat hempuk bantal atau tumbuk meja kerana menyangka ia telah tertipu. Buat kali ke berapa belas entah.

"Aku dah agak dah. Asal tajuk jiwang je mesti last-last tulis pasal cinta kepada Allah. Tajuk konon-konon nak tipu orang bagi nampak macam cinta kepada kekasih!" 

"La. Bila masa aku tipu hang. Dah memang cinta kat Allah. Jadi aku tulih segala macam ayat jiwang ni memang aku tujukan untuk Allah lah. Buat nak tipu hang. Hang tak percaya hang tanya Li tu."
Fikir-fikir balik, siapa yang tertipu?

Kitakah yang telah tertipu kerana telah dibasuh pemikiran bahawa lafaz ayat-ayat indah yang kita biasa guna untuk manusia, tidak sama dengan cara melafazkan cinta kepada Allah.

Kitakah yang telah tertipu, kerana menggunakan lafaz-lafaz ini pada asalnya untuk menarik perhatian mereka yang belum faham erti cinta, tetapi telah terbasuh bahawa ayat-ayat ini untuk 'menipu' mereka, bukan kerana ayat-ayat ini benar adalah suara cinta kepada Allah.

Kau yang aku rindu. Aku belum cukup berhibur dengan-Mu.

Kalau pada waktu weekdays pelajar dilonggok dengan assignment, report, test dan tutorial, pada weekend ia habiskan masa untuk berhibur supaya mentalnya bisa balance dan tenang.

Kita boleh cadangkan hipotesis: Semakin banyak workload, semakin banyak entertainment.

Saya ingat saya dah seimbangkan workload dan entertainment. Tapi masih terasa belum cukup hiburan. Hati tak tenang adalah tandanya.

Check punya check, rupa-rupanya entertainment yang kita duk ikut orang tu adalah suatu workload buat kita. Akhirnya, workload bertambah, entertainment sebenar tak ada.

Tak ada life lah kalau tak ada hiburan ni!

Aku belum cukup berhibur dengan-Mu!

p.s. Selamat confuse!

Sunday, 1 May 2011

39 Hours Home Alone


Aku teringat saat kita...


bergembira di dalam tuk tuk...





semangat nak naik kereta kabel...




berseronok mandi-manda di air terjun...




excited dapat jumpa gajah...







ceria balik kampung...


Allah adalah sebaik-baik Perancang.

 Ya Allah,
Jika Engkau tidak menyayangi aku,
Tiada makna bagiku untuk dicintai sesiapa di dunia.

Ya Allah,
Tembok apa yang melindungi aku selama ini,
Sehingga apabila aku jauh dari-Mu,
Ketakutan membelenggu di mana-mana.

Ya Allah,
Jika Engkau tidak memimpin,
Burung apa yang bebas,
Negara mana yang merdeka,
Jiwa siapakah yang bahagia.
 
Ya Allah,
Aku tidak dapat melihat,
Cahaya bukan lagi cahaya,
Tanpa Nur-Mu.

Ya Allah,
Hanya kepada-Mu aku sembah,
Hanya kepada-Mu
Aku berharap.

p.s. When you started to miss... Ce cite. Ce cite.