Tuesday, 29 March 2011

Hidup Ini


Ianya sangat susah bagi aku untuk melakukan ini. Malangnya, ianya lebih susah kalau buat sesuatu yang sukar dilakukan untuk orang yang tak pandai buat keputusan mengenainya. Atau sekurang-kurangnya mahu bertanya.

Oh masa dah hampir.



Hari ini aku lihat dengan ainul yaqin bahawa ianya tidaklah seteruk mana yang aku fikirkan. Aku cuma perlu lebih yakin. Apabila rasa macam tidak hendak, tolak diri ke hadapan supaya kena hendak. Kerana itu nafsu untuk melarikan diri. Apabila rasa macam hendak, tarik diri ke belakang supaya tidak hendak. Kerana itu nafsu untuk menonjolkan diri.

Dan pertolongan Allah itu sangat dekat.

Alhamdulillah dapat menenangkan diri dan berlakon dengan baik. Sudah lama tidak berlakon. Dulu pernah berlakon jadi monyet peliharaan princess, Adam yang ada kebolehan melihat hantu, perempuan menggeletis yang minat Hindustan etc. etc. 

Dulu kalau ditanya dalam interview, bangunan retak dikatanya bangunan pecah. Sekarang dah pandai buat estimation pasal kopi dalam interview?

Alhamdulillah.

Cuma satu sahaja yang tinggal. Di dalam hidup ini...

Sekarang ini aku sudah faham mengapa dia berbuat begitu lalu aku berbuat yang sama. Namun, sudah jadi payback time. Aku pun jadi sama macam dia yang duduk menunggu lama. Sekurang-kurangnya dia bahagia. Aku pula kena duduk memahamkan dia ini pula yang serupa macam aku dahulu.

Serupakah?

Kami memang serupa. Sama ada dia tak perasan. Atau aku yang perasan-tan-tan.

p/s: Hidup ini mematangkan diri.

Terserahlah

Kita ini hanya berserah kepada Allah, kerana Dia adalah sebaik-baik Perancang.
Adakah kita ini akan membuat keputusan yang menyembuhkan atau memudaratkan, kita tidak pernah tahu.
Kita ini hanya mampu membuat penilaian dengan pandangan hati.
Manakan pula kita tahu, hati kita ini benar atau salah.
Kita ini perlu sentiasa bersihkan hati dan niat.
Kita sudah usaha. Juga penuh tawakal.
Kita ini bergantung pada Allah sepenuhnya.
Selebihnya, kita sudah yakin ia begini.
Maka terserahlah.

Sunday, 27 March 2011

Aku Belajar Mencintai

Jauh di sudut hati, hati ini begitu merindui saat dan masa lalu, apabila kami duduk dengan naifnya dalam keadaan saling menghadap. Memandang diri kami pada ketika itu, begitu manis sekali perasaanya. Kami hanya modal semangat yang tinggi dan hati yang basah, bersedia untuk ditarbiyyah. Selebihnya, kami bukanlah orang-orang yang laju dan fokus pada urusan gerak kerja da'i.


Aku terbayang saat kita duduk dan saling menangis pada suatu liqa' selepas cuti semester, kerana sedih mengenangkan cuti 3 bulan masing-masing yang terlalu lama, membuatkan hati semua menjadi kering. Semua masih bersemangat. Betapa rindunya kita pada pengisian dan telah menjadi sunyi dengan 'kerehatan'.

Aku masih teringat saat semua menyatakan masalah masing-masing. Macam mana nak dapatkan keizinan ibu bapa untuk keluar pergi program masa cuti. Macam mana nak kuatkan hati apabila berhadapan dengan tohmahan dan perlian orang yang kita cinta setelah dia melihat kita semakin 'lain'. Macam mana nak kekalkan persahabatan dengan orang lain setelah kita terjumpa titik perbezaan dengan mereka.

Kemudian, apabila semua terasa sedih kerana 'tidak bergerak-gerak' dalam dakwah, semua ini tidak lain hanyalah kerana ingin menjadi hamba Allah yang terbaik, semua pun bertatih-tatih dalam dakwah. Belajar untuk tajmik tetapi tidak berjaya. Mula-mula putus asa tetapi kemudian berusaha lagi.


Dalam waktu lain, ketika kembali dalam liqa'-liqa' kita, kita masih lain sahabat yang saling mencintai kerana Allah.

Kini, aku melihat mereka telah menjadi orang yang berbeza. 
 
Mereka telah jauh lebih baik. Mereka telah menjadi orang-orang yang berjaya, juga laju dalam gerak kerja dakwah. Aku yang masih memandang mereka dengan pandangan yang sama, sedikit terharu dengan perubahan ini, ada sedikit cemburu dan rindu. Aku cemburu kerana aku rindukan mereka. Aku cemburu kerana aku tidak dapat bersama-sama mereka ketika mereka berlari dalam jalan ini.

Aku sangat terharu yang kita masih akan bersama-sama dalam jalan ini. Kita hanya bermula dengan modal-modal harta dan jiwa. Dengan segala pengalaman dan susah payah yang kita harungi bersama, aku sangat gembira melihat mereka telah berjaya.

Semoga kita tetap saling mencintai. Mereka tetap orang yang sama yang aku letakkan kepala di atas bahu dan riba mereka. Mereka tetap orang yang mencintai aku sebagai sahabat mereka.

Cinta kita telah semakin luas dan banyak. Kita memulakan cinta dalam liqa' yang kecil ini, hinggalah ia tersebar kepada ukhti-ukhti yang lain. Tidak lama lagi, cinta kita akan tersebar kepada seseorang yang 'bukan-ukht' pula. 

Aku sangat gembira dengan pertemuan ini. Kita telah jarang bertemu. Namun, bertemu dan berpisah kerana Allah itu sentiasa indah dan memberi kesan yang lebih lama dan lebih emosi dalam hati. Aku belajar mencintai kerana kalian.

Semoga Allah sentiasa mengasihi sahabat-sahabat yang aku cintai ini, Qalbi, Yamini, 'Aini, Yasari dan Ruhi.
 

Mode: Bercinta.

Friday, 25 March 2011

Ada Untukku


Hari ini merupakan hari terakhir dalam minggu keempat mengikut jadual universiti. Sudah satu pertiga dari tempoh semester telah berlalu. Saya masih lagi tidak percaya yang masa berlalu dengan begitu cepat.


Akhirnya saya tahu mengapa saya sering merasa bahawa masa itu tidak pernah cukup. Perasaan itu hanya datang bermula semester ini. Adakah kerana saya dah berada di hujung talian bersama Monash? Tidak berapa detik lagi Monash akan meletakkan gagangnya dan menelefon anak kaya yang lain. Adakah juga kerana ter'saiko' dengan claim seniors, "Tahun akhir.... ish3 (geleng kepala)."

Bukan sebab itu.

Hanya orang sibuk yang ada masa lapang.

Saya selalu sebutkan itu. Jadi sejak sebelum semester lagi saya begitu tekad untuk lebih bersungguh-sungguh untuk semester ini. Agaknya, itu sebabnya dunia saya sekarang dah jadi macam dunia olahraga. Saya terkejar-kejar semuanya, semakin alert lalu lebih risau tentang masa.

Lama-lama, dunia belajar ini seolah-olah menarik saya ke dalam sebuah lubuk hitam yang penuh dengan buku. Duduklah di situ sorang-sorang untuk sepanjang hari. Dalam kelas pula, saya lebih banyak 'berbual sebagai classmate' daripada 'berbual sebagai kawan'.

Bila balik rumah, duduk terperuk dalam bilik juga. Menghadap benda sama yang dihadap di universiti tadi.

Saya tidak sedar perkara itu membuatkan saya menjadi sunyi. Secara tak langsung. Bukan tak berbual atau bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain. Semuanya masih sama macam semester-semester lepas. Cuma fokus saya sudah terlalu tajam terhadap pelajaran sampai terlupa nak 'senyum'.

Kawan yang lalu tegur kenapa muka 'ketat'. Ha ha. Saya pun - eh ye ke? Lepas tu dan-dan nak adjust muka bagi comel sikit.

Akhirnya, minggu ini jadi minggu super-sensitive. Kurang kasih sayang berbanding kerjalah katakan. Datanglah syaitan menggoda-goda untuk saya meratapi apa-apa yang tak patut.

Dalam tergoda ada sedikit rasa marah kerana tergoda dengan taktik syaitan. Lepas tu sedih (sesetengah orang menangis apabila marah). Lepas tu psyco. Sepanjang waktu asyik ingat dia je. Astaghfirullah.

Tengok baju ingat dia. Kerana beli bersama-sama dia.
Tengok minyak wangi ingat dia. Kerana beli sama-sama.
Tengok barang-barang mesin ingat dia. Kerana selalu rujuk dia kalau ada masalah.
Tengok nasi ingat dia. Kerana rindu.
Tengok dompet ingat dia. Kerana dalam tu ada lesen. Berusaha bersama dia untuk lesen.
Tengok cermin ingat dia. Kerana wajah kami banyak persamaan.

Dalam tak sedar, tengok orang lain pun nampak dia. 

Angau.

Dulu, waktu mula-mula terpisah, saya cool. Tak meratap pun. Sekarang lebih-lebih pula rindu. Ingat kenangan-kenangan. Saya tidak mahu meratap seperti orang jahiliyyah. Daku doakan kebahagianmu di mana sahaja kamu berada. Daku menantikan pertemuan kita. Daku merindui. Daku mencintaimu - ayah.

Mujurlah Allah ada untuk memberi hikmah dan penyelesaian. Penawar.

Lepas dah rasa lebih lapang daripada hal kerja semalam, seolah-olah berdesing satu suara dalam kepala yang berbunyi, 'Faiza faroghta fansob. Waila Robbika farghob.' 

Sekarang, sedang penuh dengan rasa cinta. Mujurlah Allah sentiasa ada untukku.

Ayah dan kami tiga beradik, lepas memborong durian.
Waktu kecil, tiap-tiap minggu ikut ayah pergi berniaga di pasar malam.
Baru tersedar saya pernah senyum betul-betul sama macam tu juga.

Warna Warna Cinta

Sunday, 20 March 2011

Japan Quake & Tsunami

Sudah gentarkah kita akan kuasa Pencipta sekelian makhluk, Penguasa seluruh langit dan bumi?




See also 'Caught on Tape: Tsunami hits Japan port town' and 'Japan quake damage up-close'.


Ucapkanlah

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Say, "He is the [one] Able to send upon you affliction from above you or from beneath your feet or to confuse you [so you become] sects and make you taste the violence of one another." Look how We diversify the signs that they might understand.

(Surah Al An’aam: ayat 65).
But your people have denied it while it is the truth. Say, "I am not over you a manager."

For every happening is a finality; and you are going to know..
(Surah Al An’aam: ayat 66-67).


Asbabun Nuzul

Imam As-Suyuti menulis dalam kitabnya asbabun-nuzul, meriwayatkan semasa turun ayat ‘Qul Huwal qadiru ;aa ay yab’atsa alaikum adzaban min fauqikum…sampai akhir ayat 65 surah al-An am, Rasulullah SAW bersabda
 
‘Sesudah aku tiada, janganlah kalian kembali kafir dengan menimbulkan pertumpahan darah di antara kalian.’ 
 
Sahabat  menjawab ‘ Bagaimana mungkin terjadi, padahal kami bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya engkau utusan-Nya?
 
Sahabat lain juga berkata ‘Tidak mungkin hal itu akan terjadi selama-lamanya, kerana kami tetap muslimin.’
 
Maka turunlah ayat 66 dan 67 surah al-an’am bagi mengingatkan bahawa pemberontakan itu akan terjadi apabila terdapat golongan yang Mu’min tetapi tidak melaksanakan haq (kebenaran)
 
(diriwayatkan oleh Ibnu Hatim yang bersumber dari Zain Bin Aslam) (Baca penuh di sini.)

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk ke dalam golongan orang Mu'minin yang melaksanakan haq.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab seksamu di dunia dan akhirat. 
Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

Manusia yang jarang gentar kepada Allah semasa di dunia, maka akan amat banyak dia menggeletar di akhirat nanti.  Manusia yang jarang bermuhasabah diri di dunia, maka akan amat lama tempoh hisabnya di akhirat nanti. Maka sudahkah kita gentar pada-Nya?

Friday, 18 March 2011

Terpekak

Maaf, post ini mengandungi istilah-istilah engineering yang penulis pun kurang bijak untuk terjemahkan dalam Bahasa Melayu.


Ini merupakan result laboratory subjek Industrial Noise yang dijalankan minggu lepas. Bahan experimen adalah diri kami sendiri, apabila kami dikehendaki mengenalpasti level bunyi (unit dB) terendah yang mampu telinga kami tangkap lalu memplotkannya mengikut frekuensi yang ditetapkan seperti dalam plot di atas. 

Pada mulanya, saya berasa excited kerana tone terakhir yang mampu saya kesan adalah pada level yang agak rendah (< 30dB). Manusia yang mampu mendengar bunyi pada level yang rendah adalah istimewa, kerana mereka mempunyai pendengaran yang sensitif -selalunya ahli muzik. Perbicaraan seharian manusia selalunya dalam lingkungan 60-70dB. Jika dapat mengesan bunyi serendah 10 dB pun, anda dikira hebat.

Warna hijau adalah zon selamat. Warna merah akan memberi impak 'hearing damage' yang boleh membawa maut. (Sumber gambar)

Saat nak 'syok' sendiri bahawa telinga saya sensitif, saya dapat tahu yang rakan-rakan lain kebanyakannya pun dapat mengesan frekuensi yang rendah. Malah lebih rendah daripada saya pun ada. Negative value of level pun ada! Macam ada superpower. Rupa-rupanya, Audiometer tu yang tak berapa betul. Tak jadilah nak perasan he he.

Yang menariknya selepas itu, dah lah 'title' manusia istimewa ditarik balik, result pendengaran saya pun sangat aneh. Kerana bentuk polinomial daripada plot graf untuk telinga kiri sangat tidak konsisten dengan bentuk dari literature.

Sumber: BS ISO 226: 2003 Acoustic

Berdasarkan plot literature di atas, sekurang-kurangnya jika diteliti, plot untuk telinga kanan menepati juga pada frekuensi tertentu (pada 8000Hz plot naik ke atas). Telinga kiri tidak.
 
Rakan-rakan yang lain mentertawakan 'keunikan' plot saya.

Sekarang sudah tiba di bahagian yang susah, iaitu discussion part dalam report, di mana kami perlu justify-kan sebarang sebab yang menyebabkan hearing loss. Antara sebab hearing loss yang kritikal kerana tumor dan genetik. Yang sesuai untuk kami semua mungkin hanyalah head injury. Seorang rakan mengalami kecederaan di kepala semasa martial art tournament-nya, seorang lagi kerana kawan-kawan zaman kanak-kanaknya sering membuat bising dekat telinganya, ada pula yang mengatakan kerana selalu mendengar muzik dengan kuat.

Saya pun menaip bahagian saya:

"Bentuk polinomial untuk telinga kiri Auni adalah tidak bertepatan dengan literature kerana kecederaan semasa kecil di telinganya. Seekor nyamuk telah memasuki telinga kirinya dan terperangkap di dalamnya selama hampir sejam. Kemampuan mendengar Auni mungkin terjejas sejak hari itu kerana bunyi bising nyamuk yang terlalu kuat dan dekat dalam telinganya."

How embarrassing nak tulis macam ni! Macam terlebih honest dan membuka pekung di dada pula ha ha.

Tekan punat backspace....

"Bentuk polinomial untuk telinga kiri Auni adalah tidak bertepatan dengan literature kerana kecederaan semasa kecil di telinganya. Kemampuan mendengar Auni mungkin terjejas sejak hari itu."

Ha ha.

Daripada telinga sensitif kononnya, jatuh taraf jadi kurang upaya.

Saat itu saya tersedar dan bermuhasabah, betapa banyak kekurangan dalam diri saya yang tidak saya ketahui.  Seringkali kita menyangka bahawa kita ini hebat. Padahal kita sendiri tertipu dengan sangkaan-sangkaan palsu semata-mata. Saya mula tersedar bahawa saya ini tidak mempunyai apa-apa yang hendak dibanggakan sebenarnya. Semua yang ada pada kita hanyalah milik Allah. 

Manusia selalu berbangga-bangga dengan apa yang ia tidak ada...

Yang ada pangkat perasan yang ia dipuja. Sampai rakyat kena buat revolusi untuk bangunkan mereka dari ke'perasan'an itu.

Yang ada populariti perasan yang ia dicemburui. Sampai cerita gaduh-gaduh pun nak masuk Melodi.

Yang ada biasiswa perasan yang ia bijak. Sampai dapat result teruk baru perasan yang ia tidak berusaha. (Sayalah tu he he)

Seringkali saya terjatuh dalam lingkup kesombongan dan berenang-renang bangga dalam jahiliyyah. Saya masih lagi memandang orang dengan neraca dunia. Penghormatan yang saya berikan kepada makcik lecturer dan makcik cleaner masih lagi tidak sama. Masih melebih-lebihkan darjat duniawi. Sedangkan mereka sama-sama islam. 

Barangkali iman dan pentarbiyyahan pakcik cleaner di kafe lebih tinggi daripada kita semua. Barangkali pakcik-pakcik pekerja construction belakang sana tu lagi awal masuk syurga daripada kita kerana jihadnya  yang tinggi dalam mencari rezeki.

Barangkali, mereka yang dapat jumpa Allah dulu.

Cukup-cukuplah berbangga. Kau lemah dan kurang upaya. Namun, berangan nak capai tahap telinga sensitif  pula -itu tidak lain tidak bukan sudah tentu untuk berbangga dengannya!

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan terpekaknya saya pada hari itu.

Wednesday, 16 March 2011

Hasbi

Pematah-pematah semangat ini hanyalah satu frictional force yang amat kita dititikberatkan dalam pengiraan. Bukannya kerana kita memang benar-benar hendak mengambil tahu tentangnya, tetapi kita mengambil kira sebarang assumption sebagai langkah berjaga-jaga demi mendapatkan hasil pengiraan yang terbaik. 


 

Masalahnya, pengiraanku kali ini terhenti sebentar pada nilai frictional force ini. Value-nya amat besar, sehingga objek itu begitu payah hendak bergerak. Aku mula berkira-kira sama ada mahu mengulang kembali jalan kerja atau menyemak semula assumptions yang telah aku tetapkan.

Allah sudah tetapkan perkara ini akan berlaku begini dan begitu. Kita ini hanya ada bekalan taqwa ke arah itu. Kalau baik pengurusannya maka baiklah hatinya. Kalau buruk maka begitulah peritnya. 

Dalam perjalanan mencari jawapan bagi soalan force ini, kita ini bermatlamatkan jawapan yang betul sahaja. Bekalan kita ilmu dan kesungguhan. Walaupun kita ini ditempelak sebentar dengan nilai frictional force yang besar itu, kita harus bagun dan berusaha menyiapkan pengiraan yang belum siap itu.

Di sini... Pada saat ini... Mungkin aku yang tidak cukup islam untuk bergerak selari bersama makhluk Allah yang lain.

Aku yang kurang keislaman, lantaran masa bergerak begitu pantas bagiku. Aku bagaikan tidak keruan tetapi masih duduk termangu memikirkan apa yang akan terjadi. Masa itu adalah makhluk Allah yang sudah pasti keislamannya. Kalau aku yang tidak terkejarkan masa, maka apakah ada alasan lain selain mengatakan aku yang sebenarnya kurang tunduk dan patuh kepada Allah?

Akukah yang kurang keislaman ketika aku melihat manusia mengejek aku? Mereka cuba membeli kasihku dengan tokok tambah kesempurnaan, walhal aku berharap mereka mempercayai aku untuk berkongsi diri mereka. Yang ada hanyalah takuk diam, diam dan diam. Soalan 'Apa positifnya? Apa negatifnya? ' telah tenggelam bersama kapal pengalaman. Mungkin penghinaan yang bersalut kasih ini yang sesuai buat aku yang kurang islam.

Hari ini memberikan 'soalan tutorial' begitu payah.

Aku amat terluka dengan kehadiran frictional force itu, lalu pada siapakah dapat aku sandarkan?

Apabila aku melentokkan kepala pada bahu dunia, ia beralih lalu kepalaku terhantuk ke lantai. Ini semata-mata kerana dunia hanya mengharapkan aku datang dengan penuh ceria sambil menunjukkan jawapan pengiraan. 

Maka siapakah lagi yang tinggal untuk memimpin tanganku sepanjang pengiraan ini?

...

Cukuplah Allah bagiku, Dia sebaik-baik Pelindung...

Saturday, 12 March 2011

Feeling Down

Telah datang post yang menyakitkan jiwa setelah post 'Meletup Bom Bom' dulu. Maaf, kali ini saya berada di bawah roda.

Minggu ini keadaan begitu lancar. Sepatutnya tiada apa yang perlu disedihkan. Saya dilambai-lambai oleh rakan classmate, menandakan kami semakin ramah. Lecturer asyik bertanya saya dalam kelas, ada makna bagus untuk seorang pelajar. Lecturer yang lain bersungguh-sungguh minta saya bertanya padanya sehingga kedengaran memaksa, sedangkan saya pula bersungguh-sungguh berkata tidak ada soalan kerana memang sudah faham. Boleh membantu kawan-kawan buat soalan tutorial, bagus dari sudut dakwah.

Tidak ada yang kedengaran tidak kena pada minggu ini. Bagaikan seorang pelajar yang bersikap professional. Tapi....

Macam salah masuk tandas

Saya boleh berbual dengan professional dengan coursemate yang rata-ratanya lelaki. Saya terpaksa duduk dalam bilik kecil yang sound proof bersama dua orang coursemate untuk sesi lab. Dan untuk membuangkan kekok, berbual hal professional lagi. Lecturer lelaki yang masih muda membuat jenaka, terpaksa senyum secara professionalnya. Saya tidak tahu senyum professional itu bagaimana. Tapi saya buat juga.

Minggu ini memang banyak betul komunikasi dengan lelaki...

Warman Competition semasa tahun 2. Hari itu, terpaksa menyelit untuk tengok kereta sendiri.
 
Professional ini menyakitkan hati saya. Tetapi terpaksa buat juga. Masa awal-awal dulu ketika tahun 2 dan 3, saya sangat menjaga pergaulan. Saya tidak bercakap dengan classmate. Sampai ke tahap sanggup berniqab. Classmates dan lecturers menjauhi saya kerana seolah-olah telah tertulis di niqab, 'Stay Away From Me!' Apabila dalam kelas, kalau saya duduk maka satu row itu akan dikosongkan untuk saya. 
 
Dan tidak ada yang nak duduk dalam satu kumpulan dengan saya. Dalam kelas, kalau cikgu tanya 'Siapa yang tak ada kumpulan?' Sayalah satu-satunya orang yang angkat tangan. Betapa buruknya imej Islam yang telah saya tunjukkan.

Pernah sekali classmate berbangsa Pakistan semacam memberi kritik mengenai saya dalam bahasa Urdu dalam kumpulannya. Mujurlah saya faham Urdu sikit-sikit kerana saya tonton filem Hindi sejak kecil. Lalu, ketika itu saya terasa sangat sedih, tersisih dan bersendirian.

Namun, waktu-waktu itu sangat menggembirakan kerana ia sangat membantu saya membina hablumminAllah..
 
Tapi, menjelang tahun 2010, saya sahut tuntutan fiqh dakwah di Monash.  Kain itu saya simpan dalam laci.

Sekarang, semua dah lebih baik.

Tapi, perasaannya seperti tersalah masuk tandas. Sepatutnya, saya keluar balik. Tapi, saya masuk dan bersikap professional di situ. Macam itu perasaan saya.

Dalam waktu lain, dengan orang lain, saya menjaga pergaulan dengan teliti. Dengan sesetengah yang lain, terpaksa longgarkan, dalam keadaan hati yang tidak redha. Di sinilah realiti bertemu dengan idealisme, di mana bi'ah yang kita idam-idamkan secara idealnya tidak mungkin dapat dicapai dengan realiti sekarang. Terpaksa jadi flexible.

Keadaan semasa tawaf dalam musim haji.
"...realiti di tanah suci Makkah. Logiknya di tempat itulah munculnya Islam maka sudah tentu apa yang dilihat sebagai adab batasan lelaki dan perempuan itu lebih terjaga. Realitinya, bila naik tingkat 4, satu saf boleh ada lelaki dan perempuan. Semasa tawaf lelaki dan perempuan sukar untuk jaga agar tidak tersentuh. Semasa keluar dari masjid, setiap hari perlu menempuh 'human congestion' yang mana lelaki dan perempuan bersesak dan terkandas dalam traffic jam manusia. Apa yang perlu kita lakukan? Sebagai orang yang sudah melalui tarbiyah maka kewajiban setiap kitalah menjaga kehormatan diri, kebersihan jiwa dan pandangan mata dalam situasi seperti ini. Adalah tidak logik kita tidak mahu pergi ke Makkah kerana khuatir tidak dapat terjaga batas-batas lelaki dan perempuan kerana kesesakan manusia yang berada di sana." (kata-kata 'Pak Cik' dari Bintulu)

Lega sedikit. 
Walaupun sering menuduh diri sendiri dengan tuduhan-tuduhan hipokrit, saya berasa lega dalam tidak redha. Dalam realiti di Monash yang satu Malaysia ini (mungkin 1Dunia), inilah hakikat yang terpaksa saya terima. 

Saya sering berbual dengan Qalbi mengenai satu hal, 'Agaknya kenapa Allah letakkan kita di sini.' Dan jawapan yang dibincangkan berjaya memberikan hikmah yang sangat mendalam dalam hati. Seperti memberi kelegaan yang menyelaputi setiap nafas. Bagai ada salju dalam darah.

Alhamdulillah.

Kepada adik-adik yang nak ambil engineering, kalau anda tak boleh terima perasaan salah masuk tandas, janganlah ambil engineering ya. Boleh ke nak cakap macam tu? :-P

p/s: Minggu ni sangat sedih juga sebab kereta melenyek anak kucing yang sedang menyorok di bawahnya. Tak boleh fokus belajar sepanjang hari. Namun, alhamdulillah 3x, rupa-rupanya kucing itu masih hidup :-)

Friday, 11 March 2011

Devastating tsunami hits Japan



"Telah banyak kerosakan di atas muka bumi...."

Wednesday, 9 March 2011

Yang Saya Perlukan (Puisi FYP)




Yang saya perlukan,
Adalah sedikit masa,
Dan secebis tumpuan.

Yang saya perlukan,
Ialah kamu,
Jangan berpaling daripada ini.
Ini bukan puisi.

Yang saya perlukan,
Ialah yang suka dan rela.
Adalah mereka pelajar kejuruteraan.
Katanya, 'Ancora Imparo'.

Yang saya perlukan,
Ialah sebuah video camera,
Kerana ia penting,
Demi merekod sebuah perjuangan.

Yang saya perlukan,
Ialah dua mesin pengering rambut,
Untuk direnung oleh jurutera,
Kerana banyak yang perlu mereka renungkan.

Akhir sekali,
Yang saya perlukan,
Adalah sekarang keikhlasan,
Demi membantu seorang hamba,
Mencari redha-Nya.

Wata'awanu 'alal birri wattaqwa.
Wala ta'awanu 'alal ismi wal 'udwan.
WattaqulLah!
InnalLaha Syadidul 'Iqab.

And cooperate in righteousness and piety, 
But do not cooperate in sin and aggression. 
And fear Allah; indeed, Allah is severe in penalty.

Nota:
Mencari beberapa orang pelajar kejuruteraan Monash dalam semua 1st, 2nd and 3rd level of study (tahun 4 pun boleh), lelaki dan perempuan, untuk membantu research study Juga sedang  perlukan satu video camera dan dua hair dryer (ia tidak akan digunakan). Kakak kamu ada hair dryer tak?

(Jika anda berminat untuk membantu atau anda mengenali orang-orang yang menepati ciri-ciri ini atau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi saya - mesej/emel etc. Mudah-mudahan dengan membantu saya, anda akan memperolehi sesuatu yang berharga.)
 
:-)
Robbana yusahhillana. 
 
p/s: Booth mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya dibuka di Monash pada jam 10 pagi - 2 petang sehingga hari Khamis di Building 6 (kawasan booth). Selamat mendaftar!

Jangan lupa kunjungi booth MIS sepanjang C&S week dan beri support anda. Walaupun kita sama-sama sibuk, luangkanlah sedikit masa untuk beri support kepada komuniti MIS.

Monday, 7 March 2011

The One Percent



My little brother Arif was putting his efforts for WWE-ing his sisters, Afiqah and Nabilah, while watching the sunset at the paddy field in front of our house.

Adik saya memberitahu baru-baru ini, bahawa dia ingin menjadi seorang jurutera. Katanya, dia tidak bagus dalam subjek biologi maka itu petanda awal yang dia tidak akan memanjangkan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Tentang subjek biologi itu, ianya mungkin diinspirasikan daripada saya, kerana apabila orang bertanya 'Kenapa tak jadi doktor?', saya pernah menyalahkan subjek itu  instead of menjawab, 'Saya memang ingin jadi seorang jurutera!'

Salah saya. Saya memang ingin menjadi jurutera. Namun entah kenapa saya begitu geram apabila tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan pada ketika itu. Mungkin terpengaruh atau terbasuh dengan pemikiran masyarakat. Ingin menjadi doktor dan jurutera dalam masa yang sama memang mustahil. Jadi,  dengan menggunakan konsep tunggu dan lihat, alhamdulillah, adanya masa dan keadaan yang tolong buat decision bagi pihak saya.

I love engineer...ing.

Saya rasa terharu apabila adik saya mampu memasang cita-cita dengan lebih konkrit berbanding saya dahulu. Mungkin kerana dia ada tukang jawab soalan bagi semua FAQs-nya mengenai cita-cita. Tidak seperti saya dahulu yang tiada sumber lalu menjadi tidak istiqamah dalam bercita-cita.

Saya tidak sedar, bahawa sekecil-kecil perkara pun sangat memberikan kesan pada orang lain. Contohnya, mempunyai kakak yang mengambil bidang kejuruteraan. Walaupun saya tidaklah bercakap tentang integration, derivation, Reynolds transport theorem, Euler's rule atau Routh array di rumah setiap masa, sekurang-kurangnya dia terinspirasi dengan kewujudan saya sebagai 'seseorang'.

I am somebody.

Apatah lagi jika dia melihat kita mengangguk-angguk kepala (khusyuk) ketika menghafal hadith dan ayat al-Quran, atau ketika membaca ma'thurat, atau membaca buku fikrah, atau bercakap tentang perkara religious, maka pasti ia akan berasa lebih aneh dan bertambah inspired. Tidak semestinya inspirasi tentang kehebatan dunia kejuruteraan itu akan bertambah apabila ia melihat kita menukar mentol lampu di rumah atau memperbaiki kotak pensel yang tercabut skru. Hakikatnya, saya tidak pandai menukar mentol. Takut hangit.

MashaAllah! Engineer hafal ayat Quran! Kan lebih bernada inspirasi di situ.

Engineer yang boleh bercakap di hadapan orang ramai mengenai islam, yang boleh mengajar orang lain mengenali Penciptanya, yang mampu menggunakan ilmu dan kepakarannya untuk menegakkan syariat Allah...

Engineer yang tolong emak memasak, jaga adik, basuh baju, lipat baju, iron baju, sapu sampah, urut emak, hantar adik pergi sekolah dan sebagainya. 

Give them the one percent. It means a lot.

Oh kalaulah begitu, sesungguhnya, andalah engineer idaman kalbu yang sangat memberi inspirasi!

p/s: Women in engineering are the 1 percent and they inspire people. So, the 99% goes to...

Sunday, 6 March 2011

Trials of Life

Hasbi Allah. Cukup bagiku Allah. (This is for Allah - tumblr)
 
 My life is not the same
When I'm too concerned by what they say
Why should I? When I have You
To doubt You would be the worst mistake


Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that You exist
You are the light

That guides me through my darkness nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies


Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You

No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold

Tested with fire I may be
But I know I'll come out stronger in this world


I only want the things
You know is best for me
I'd gladly sacrifice
If that's what You decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that's what You want for me

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf


(Lagu yang indah daripada Sami Yusuf. Lagu yang baik lagi bermanfaat ialah lagu yang mampu membawa kita kembali kepada mesej yang ingin disampaikan, bukannya kepada 'penyanyi' dan keindahan suaranya.)

Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati liLlahi rabbil 'alamin.

Adakalanya, dalam menuju hidup dan mati kerana Allah ini, kita menjadi lemah kerana ujian yang datang bertalu-talu. Ujian itu dirasakan begitu berat sekali. Kadang-kadang kita mengaduh sambil merenung dengan pertanyaan, "Aku telah berusaha demi mencari redha Allah, tapi mengapa aku masih menemui kegagalan?"

Why? Kyon?

Pertama sekali, buang jauh-jauh soalan itu. Kerana soalan itu tidak perlu ditanya sekalipun, apatah lagi mencuba mencari jawapannya. Daripada bertanya soalan itu, mari kita bertanya soalan ini kepada diri sendiri: 
 
'Bukankah lebih bagus jika aku mensyukuri ujian itu sebagai suatu anugerah Allah kepadaku?'

 
Ujian adalah kebaikan
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan.."

Kerana Allah tidak mengurniakan ujian ini sewenang-wenangnya kepada sesiapa. Pernahkah kita melihat ujian sebegini menimpa orang-orang kafir? Amat sedikit bukan? Jika ada hanya jarang-jarang. Ini bermaksud, semakin banyak ujian yang menimpa diri kita, semakin kuat keislaman, ketaatan dan keimanan kita tatkala kita mengadu kepada Tuhan. 

Semakin dekat dengan Tuhan bermaksud semakin dekat dengan agama dan ad-din-Nya. Kebaikan apakah yang lebih hebat daripada ini?



عن مُعَاوِيَةَ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
  
مَنْ يُرِدِاللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
[ متفقعليه]

“Barang siapa yang diingini Allah dengannya kebaikan, diberikan kefahaman agama.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


Berdoalah! 
 
Dan bukankah kita pernah mendengar tentang kuasa doa?



“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku...”

[Surah al-Baqarah: ayat 186]

Lihat pula ayat ini:

“Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah, 'Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji'...”

[Surah al-Baqarah: ayat 189]

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah, 'Berperang pada bulan itu adalah dosa besar'...”

[Surah al-Baqarah: ayat 217]


Juga dalam Surah al-Anfal: 1, al-Baqarah: 215, dan al-Baqarah: 219. Dalam semua 'trend' ayat begini, semua jawapan daripada Allah dimulakan dengan perkataan 'Qul' yang bermaksud 'Katakanlah', ya'ni perintah Allah kepada Rasul saw. untuk mengatakan jawapan sepertimana suruhan Allah. Kecuali pada surah al-Baqarah ayat 186, jawapannya berbunyi 'Fainni qarib' - 

Maka Aku adalah dekat.
 
Kita dapat melihat sendiri jawapan daripada Allah adalah jawapan secara langsung daripada Allah kepada hamba-Nya. Tiada perantara. Malah tiada batasan masa, tempat. Hanya hubungan 'direct' antara kita dan Allah. 

Maka, apakah kedekatan yang lebih dekat daripada ini?


Sunnah Para Nabi

Tidakkah ujian menjadikan kita semakin yakin dengan takdir Allah? Allah telah menetapkan takdir yang indah semata-mata kepada orang-orang yang yakin dan dekat kepada-Nya. Ujian dan kesusahan ini tidak lain hanyalah sunnah Allah yang ditetapkan berlaku ke atas orang-orang yang mencintai Allah dan agamanya. 

Darjat mereka diangkat melebihi yang lain melalui ujian dan kesusahan. Rasulullah saw. ditimpa kesusahan, kesakitan dan penghinaan dalam dakwah Baginda. Begitu juga para nabi dan orang beriman yang terdahulu. 

Ada yang dibelah dua dari kepala hingga ke kaki, ada yang direbus hidup-hidup, ada yang dihempap batu di atas badannya dan ada yang disakiti isteri dan keluarganya sendiri.


Para ulama sehingga kini ada yang dibunuh, difitnah dan dipenjara. 


Apakah yang lebih indah daripada melalui jalan mendaki yang sukar, seperti mereka? Tidakkah kita rela diberikan ujian yang hanya kecil ini demi mengikuti jalan orang-orang yang diangkat darjatnya?

As-Syahid Syed Qutb. Tersenyum di tali gantung.


Suhaib bin Sinan Ar-Rumi meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Betapa ajaibnya seorang mu'min! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, tetapi ianya tidak berlaku kepada orang lain kecuali kepada seorang mu'min. Apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kepada Allah dan memperoleh ganjaran. Dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dengan penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjarannya."
Aneh betul orang mu'min ini. Semuanya disandarkan kepada Allah. Kerana ia amat faham akan firman Allah: 

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.."
[Surah al-Baqarah: ayat 155]




Ya Allah, 
Kurniakanlah kami kesabaran dan berikanlah kepada kami khabar gembira atas kesabaran kami. 
Ya Allah Yang Maha Pemurah, 
Anugerahkanlah kami kesyukuran dan kebaikan. 
Ya Allah Yang Maha Dekat, 
Sesungguhnya kami tidak memerlukan sesiapa atau apa sahaja, 
Melainkan Mu.


p/s: Sekarang bolehlah mula menyanyi sambil buat report. Sila. Sila.

Friday, 4 March 2011

Teks Ucapan Ala Firaun

Pada suatu hari, pak guard di pintu masuk bahagian tempat letak kereta berbayar Mon menahan Ayub apabila ia melangkah masuk ke dalam universiti. Ayub merupakan pelajar cemerlang, berakhlak mulia dan kaya. Namun, disebabkan kebaikan yang ada pada Ayub, ada sesetengah pihak yang cemburu dan hasad kepadanya. Antaranya Dafi dan Barak.



"Awak tidak boleh masuk ke dalam kawasan Mon selagi awak tak menolak keganasan dan kekejaman," kata guard berbaju biru itu.

Ayub kaget.

Siapa yang melakukan keganasan?

Ayub cuba mendapatkan penjelasan akan tuduhan guard itu. Namun, guard itu tetap berdegil. Malah, ia berhubung dengan guard-guard yang lain melalui walkie-talkie berkenaan hal Ayub. Disebabkan tidak dapat masuk ke dalam Mon, Ayub ketinggalan kuliah subjek Controlnya. Ia hanya duduk di kerusi biru dekat dengan Autopay Station.

Tiba-tiba, supervisor final year project Ayub lalu di situ. Ia ternampak Ayub yang duduk sahaja di situ lalu menegurnya kehairanan. Ayub pun menceritakan kepada supervisornya tentang apa yang berlaku .

Setelah itu, supervisor pun merasa marah kerana ia amat mengenali Ayub melebihi anaknya sendiri. Masakan Ayub dituduh sebagai pengganas? Ia pun menggesa guard supaya menarik balik kata-katanya dan meminta maaf kepada Ayub.

Selepas itu, pensyarah subjek Professional Practice dan Industrial Noise juga lalu di situ. Mereka turut merasa marah kepada guard apabila mendengar cerita itu daripada supervisor final year project. Lalu, mereka pun mengeluarkan bukti dan hujah kukuh tentang kebaikan Ayub untuk menjawab tuduhan guard itu.


"Dari mana awak dapat tuduhan ini? Awak tidak kenal Ayub maka jangan pandai-pandai," tegur pensyarah Control yang lalu di situ setelah kuliahnya tamat. Ayub sempat meminta maaf kerana tidak menghadiri kuliah tadi.

Guard kini dalam keadaan serba salah. Ia menggaru-garu kepala tetapi wajahnya dikekalkan pada riak yang sama seperti awal tadi. Tidak ada juga tanda-tanda rasa bersalah kepada Ayub.

"Bukan saya yang kata dia penjahat, encik. Yang kata dia penjahat itu Si Dafi dan Barak tu. Saya cuma kata yang Ayub mesti hilangkan tuduhan daripada Dafi dan Barak sebelum layak masuk Mon."

Pensyarah-pensyarah saling berpandangan dan berasa jengkel.

Ayub menggigit jari kerana ada yang tidak dapat difahami daripada ayat guard itu.

Ia teringat, ini macam kisah Firaun dalam Al-Quran, surah al-Mu'min ayat 29 apabila ia berkata kepada kaumnya yang ia telah sesatkan, "Aku hanya mengemukakan kepadamu, apa yang aku pandang baik; dan aku hanya menunjukkan kepadamu jalan yang benar."

Err.. 



Ni pun sama juga, jenis guard dan firaun juga. "My people love me! They will protect me!"

Thursday, 3 March 2011

Rojak Express

Alhamdulillah... Sempat juga menulis di sini sementara menunggu Asar. Setelah bermula semester baru, masyaAllah, aku sangat sibuk. Ingatkan dah tak ada peluang menulis. Rupa-rupanya ada, alhamdulillah. Maksudnya, tak adalah sibuk sangat he he.

Semester bermula dengan minggu yang menyibukkan. Kalau bagi orang lain, minggu pertama adalah minggu ambil ambil mood dan menikmati kelajuan internet library untuk bermain game dan mukabuku, maka aku tidak senormal itu. Aku dengan beban luar biasa kali ini. 

Workload bertambah. Dimasukkan pula dengan kehadiran Fun Yee Pee (FYP) yang memang 'fun' dan 'yipi'. Kebanyakan masa, aku berasa kekurangan sesuatu kerana aku tidak bekerja di dalam lab atau dengan mana-mana apparatus. Lab aku adalah otak dan laptop. Itu bidang kerja aku kerana aku deal dengan development design tool. Tool untuk brainstorming idea supaya boleh improve barang yang ada sekarang. Jadi, tool itu hanya berada di atas kertas. Lab aku pula di dalam otak. Semester ni, aku angkut lab aku di mana-mana. Lebih hebat daripada orang lain. Orang lain mana boleh angkut lab heh.

FYP bermula sejak semester lepas, maka otak aku terbelenggu dengan benda ini sepanjang cuti. Oleh kerana aku tidak mempunyai lab yang jelas, maka kerja aku pun blur bersama irama otak yang merdu-merdu. Kelas juga tidak wujud melainkan suatu sudut di dalam otak untuk memikirkannya sepanjang masa.

Tapi tak apa, aku ada sumber kekuatan sendiri. Kerana aku seorang muslim. Aku beriman dengan perkara ghaib. Maka, FYP ghaibku ini pasti dapat diatasi dengan izin Allah. Aku tak akan kalah. Aku bina lab sendiri. Aku bina kelas sendiri.

Ada kuliah yang tidak dapat dihadiri sebab bertembung dengan waktu kuliah yang lain. Aku kena belajar sendiri. Itu satu lagi cabaran.

SubhanaKa la 'ilma lana illa ma 'allamTana innaKa Antal 'Alimul Hakim.

p/s: Aku tidak suka rojak.