Sunday, 31 October 2010

Mungkinkah Aku Cinta

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku." (51:56) Sumber gambar

Setiap manusia hidup dalam sangkaan yang dicipta sendiri-sendiri. Mereka memandang ikhlas itu dengan analisa sendiri kerana tahap kesucian jiwa manusia adalah berbeza-beza. Yang haq dan batil telah jelas. Solat itu kepatuhan, tidak solat itu kekufuran. Yang tinggal tidak jelas itu ialah niat dan keikhlasan. 

Apakah sama orang yang solat kerana mencari ketenangan hati dengan yang solat kerana mencari keredhaan Tuhan? Apakah sama ingin bernikah kerana cinta pada kesolehan dengan yang ingin bernikah kerana cinta pada Tuhan? Apakah serupa yang bercakap kerana inginkan pendengar dengan bercakap kerana ingin menyampaikan?

Aku mencorong lidah ke langit.
Aku pertaruhkan nyawa dan harta.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Sambil membina berhala manusia.

Telah aku kembalikan jiwa raga.
Dengan anggapan paling sempurna.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Dengan hantaran debu dunia.

Aku tuangkan segala cinta.
Sambil mata menadah ke langit.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Lantaran prasangka yang dipuja-puja.

Telah aku padamkan rasa.
Demi mengejar sinar abadi.
Mana mungkin aku mencintai-Mu.
Tatkala aku mendamba diri sendiri.

Taburkan pasir.
Pada wajah.



Nota:
- Wahai du'at, waspadalah!
- Dan mana mungkin aku mencintaimu (muhasabah hadith 1).

Tuesday, 26 October 2010

Menuju Perubahan

Assalamualaikum.

Saya telah kembali di 'Cerita Kita'. Sebenarnya saya baru sahaja melepasi masa sibuk yang kritikal. Namun, saya yakin saya merindui masa sibuk itu kerana ada kata-kata berbunyi, 'Hanya orang sibuk yang ada masa lapang.' Saya menyetujuinya. Sangat.

Saya telah banyak terhanyut dalam permainan senda gurau dunia. Telah banyak ketawa ria dan bergurau senda. Walhal, orang yang berjuang tidak ada masa untuk semua ini. No sia-sia, no bersuka ria.

Tuesday, 19 October 2010

Padat

Exam timetable
Berdasarkan jadual di atas, peperiksaan pada semester ini akan berakhir pada tarikh 10 November. Kemudian saya akan pulang ke kampung halaman dan bercuti sehinggalah bulan Mac.

Minggu ini baru saya terfikir bahawa saya belum merancang aktiviti saya untuk cuti summer kali ini (summer break referring to summer in Australia. Malaysia hari-hari summer). 

Saya sedang berkira-kira nak buat apa tapi masih belum ada jawapan yang pasti. Nak buat apa ya? Ada cadangan? 

All the best untuk semua yang bakal menduduki peperiksaan terutamanya warga Monash University. Saya sarankan duduklah belajar di rumah. Jangan padatkan library.

p/s: Saya baru tersedar melalui komen seorang rakan saya bahawa post saya yang sebelum-sebelum ini sangatlah panjang dan meleweh. Penat nak membacanya. Mungkin saya patut usahakan post yang lebih pendek tetapi padat. Dalam masa yang sama saya akan usahakan untuk menjawab dengan panjang dan meleweh dalam Section B kertas Marketing pada 28 hb nanti. Wish me all the best! ;-)

Monday, 18 October 2010

Pengajaran: Umur dan Kesederhanaan


Saya nak buat post dalam format ala-ala literature review final year project progress report.

Umur

Pagi ini saya dikejutkan dengan bunyi letupan yang sangat kuat. Sampai terjaga dari tidur. Rupa-rupanya bunyi letupan tu datang daripada table fan yang saya lihat sudah hancur bilah kipasnya apabila saya cepat-cepat matikan suis. Bahagian-bahagian kecil yang hancur berselerakan di dalam bilik. 

Alhamdulillah, saya selamat walaupun hampir-hampir 'disembelih' serpihan-serpihan tersebut. Bunyi letupan ni jadi ringtone alarm saya pada hari ini kerana instead of bunyi music box pada jam 4.55 pagi, 'alarm letupan' ni berbunyi pada jam 4.52 pagi. Dapat bonus tiga minit untuk buat scene investigation.

Saturday, 16 October 2010

Cerpan: Orientasi


     "Hye everybody. My name is Amy Mastura," kataku sambil malu-malu lalu kembali ke tempat duduk. 

     Aku lihat Puan Maria senyum.

     Sebenarnya aku bukannya sengaja nak memperkenalkan diri dengan nama Amy Mastura tetapi itu 'requirement' oleh Puan Maria pada hari pertama di dalam Set 5 Bahasa Inggeris. Set 5 merupakan set tercorot dalam seluruh tingkatan satu. Tidak mengapa kerana aku percaya ada hikmahnya mengapa Allah selalu memulakan perjalanan aku dari bawah. Aku selalu berharapan lalu berbisik kepada diri sendiri, "Aku akan jadi lebih baik." Dan hari ini kami tidak boleh memperkenalkan diri dengan nama sendiri, tetapi nama orang yang terkenal. Ah! Siapa yang tidak kenal dengan Amy Mastura, bintang filem 'Puteri Impian' itu?


Friday, 15 October 2010

Penutupan De Dan

Kalau orang tanya macam mana nak sebut, saya akan angkat bahu. Adakah 'dee-darn' atau 'dey-darn' atau 'dee-dayn' atau 'dee-den'. Entahlah, yang saya tahu, saya pernah kerja dekat situ. 

Macam tak percaya saya pernah duduk di kaunter tu sampai lebih 10 jam, juga pernah jaga dari 8 pagi sampai 8 malam, dan menjual rokok. Sungguhlah tidak thiqah sekali pada waktu itu. Selepas mendapat kesedaran, saya dah tak ada hati nak kerja sebab kena jual rokok Dunhill, Salem, Mild Seven, Marlboro, Gudang Garam, rokok daun dan tembakau. Siap ingat harga lagi tu!

Saya tak suka perokok. Kecuali seorang atau beberapa orang. Sebab dia memang tak boleh untuk tak disayangi. 
Ini macam teguran Allah kepada Rasulullah s.a.w. dalam surah 'Abasa. Dalam ayat pertama, Allah menggunakan kata ganti nama yang ketiga kepada Rasulullah,

"Dia berwajah masam dan berpaling."

Yang menunjukkan Allah benci kepada orang yang melakukan perlakuan itu kerana perlakuan itu salah, bukannya Allah benci kepada Baginda. Baginda kan dicintai Allah.

Dan ya. Buat kamu dan kamu. Saya sayang kamu tetapi saya tidak suka orang yang melakukan 'perlakuan merokok' itu.

Kalau kamu berhenti merokok. Saya mesti lagi sayang kat kamu.

Dan dipendekkan cerita, De Dan ditutup beberapa minggu yang lalu. Sedih sangat sebab De Dan ni ada banyak sangat kenangan pada saya sejak form 5 sampailah sekarang. Saya malas nak tulih banyak-banyak tang sini. Tengok gambar sahajalah.

Budak ni membesar bersama dengan De Dan. Ambil gula-gula free, ais krim free, keropok free.



Alat tag harga yang saya guna dengan efisyennya setiap kali stok barang baru masuk.

Peti ais De Dan -tarikan utama kedai. Dan boleh hubungi nombor tertera untuk order roti Sunshine.

Abang-abang kacak (abang-abang saya). Tengok T-shirt abang ngah tu, saya, abang ngah dan ayah yang design untuk event Kerian Bikers Club untuk jelajah Malaysia.

Saya tulis dan tampal doa memulakan perniagaan ini di sini suatu masa dulu untuk dibaca setiap kali memulakan perniagaan. Sekarang dah pudar tulisannya. Tak boleh baca. Nampak sangat diorang ni tak baca.

Untuk diletak atas mesin fotokopi. Supaya tidak akan ada lagi orang yang akan kata, "Nilah dia orang melayu berniaga." Sorry pak cik, kami dah usaha repair tapi tak boleh  juga. Pak cik orang melayu?

Area untuk buku-buku dan alat tulis. Target market: Budak-budak tuisyen kat tingkat atas.

Lorong pekerja. Nampak sangat tak buat hazard analysis.

Pandangan dari belakang. Dah kosong sebab lori dah angkut kebanyakan perabot.

Di kedai mamak kat sebelah. Siapa tak kenal uncle kat belakang ni memang bukan orang Parit Buntar.

Isu rokok tu hanya 0.1% daripada apa yang ada pada De Dan. 99.9% lagi adalah kenangan yang indah ;-)
I'll miss you De Dan.

Wednesday, 13 October 2010

He is of me, I am of him

Eksiden. (Menjadi kebiasaan untuk menamakan kereta dengan nama para sahabat. Bila aku jawab, orang akan berkata, "Julaybib, siapa tu?")

"Dia dariku, aku darinya. Aku darinya, dia dariku."

Kata-kata yang indah ini membuatkan mataku bersinar keharuan. Aku tidak nampak hal itu, cuma merasakannya. Bagaimana kata-kata yang indah ini boleh diluahkan oleh seseorang yang hebat dan dikenali kepada seseorang yang bagi orang lain tidaklah significant? Begitu indahnya akhlak yang ditunjukkan.

"Siapa yang kamu kehilangan?" "Kami kehilangan si fulan dan si fulan." "Siapa lagi yang kamu kehilangan?" "Kami kehilangan si fulan dan si fulan." "Siapa lagi?" "Si fulan dan si fulan" "Masih ada sesiapa lagi?" "Tiada sesiapa." "Sesungguhnya aku kehilangan Julaybib."

Tuesday, 12 October 2010

Qalbu


Maaf, post kali ini banyak persoalan.

Kebanyakan perkara menjadi luar biasa sejak akhir-akhir ini. Bukan kerana ada keajaiban yang muncul dari celah-celah tanah yang aku berpijak tetapi kerana aku yang sedang berasa aneh dengan diri sendiri.

Al-kisah, aku membeli air minuman untuk diri aku dan untuk Qalbi semalam. Semasa kami sedang duduk minum, aku bertanya kepadanya, "Qalbi puasa ke hari ni?"

Apa lagi terbeliaklah mata Qalbi dengan berkali-kali entah sama ada kerana dia tidak percaya dengan soalan itu atau kerana dia fikir aku bermain-main. "Apa?" Tanyaku berkali-kali.

Sunday, 10 October 2010

Gulungan Rindu Buatmu Bonda 2


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah yang tiadalah alam ini bertasbih melainkan kepada-Nya, serta selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasallam juga ahlul bait, para sahabat dan penerus sunnahnya. Semoga kita dikurniakan dengan syafaat baginda yang mulia.

Sunday, 3 October 2010

Semangat Yang Pulih


Kenapa jantung aku berdesir-desir?

Aku bergegas keluar daripada kereta. Dari jauh, kedengaran suara lelaki yang sudah hampir menghabiskan pengumumannya mengenai agenda majlis yang bakal berlangsung.

"...pada rakaat terakhir solat hajat ini kita akan sujud lama sedikit daripada biasa. Selepas itu, kita akan memulakan bacaan yasin. Sebelum itu, diminta semua untuk duduk dalam bulatan besar ya. Biar dua lapis pun tidak apa. Yang anak-anak duduk di hadapan ibu bapa..."

Friday, 1 October 2010

Langit Tujuh Setengah


Langit tujuh setengah itu samudera yang luas
Jika diperhatikan lagi tampak dalamnya
Dibantu saiz pipit yang kalah
Dengan pepatung galak yang dekat.



Aneh sekali
Kita berdirilah di zaman mana pun
Kita merantaulah di bumi mana pun
Langit tujuh setengah tetap kita junjung
Tidak bercela tiada terkoyak
Kilas kedua tidak jua memenangkan.

Takjub sekali
Apabila langit tujuh setengah di sini
Berjalan bersama awan yang menari
Meluncur bersama burung
Bercanda.

Aku seperti terdengar
Bunyi langit ketawa digeletek dedaunan
Pohon kelapa pisang dan mangga
Sedang berpesta
Aku tadahkan telinga untuk laluan merdunya.

Dan hanya terganggu
Dengan bunyi enjin yang lalu
Mengingatkan niat untuk ke pasar.




-Tanjung Piandang-
-1 Oktober 2010 7.30am-