Wednesday, 29 September 2010

26 September 2010

Terima kasih sahabat-sahabat.
Telah saya katakan ini sambutan hari lahir yang pertama bersama emak sejak sepuluh tahun yang lalu. Maka ia sangat menggembirakan.

Saya, emak dan Arif pergi ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan. Kasihan emak dan Arif, tak jalan-jalan sebab tak ada teman sejak ayah meninggal dunia. Kami pergi 'shopping' dan makan.

Whoa!

Di kampung dalam dua hari ini, bekalan elektrik tak ada daripada jam 10 pagi sampai 6 petang. Semalam pula ribut. Habis basah sampai dalam rumah. Ranting dan dahan yang jatuh hampir menghempap kereta.

Friday, 24 September 2010

PIT! PIT!



Saya sebenarnya sedang mencari lebih banyak artikel untuk menyokong research saya mengenai tajuk 'Product Ideas Tree using TRIZ'. Buat masa sekarang, pencarian frasa 'Product Ideas Tree' sahaja pun hanya mampu menampilkan tiga jurnal dalam databases yang besar dan banyak tu. Yang 'bagusnya', kesemuanya telah pun saya baca.

Minggu lalu saya telah membentangkan mengenai hasil pencarian saya akan tool Product Ideas Tree (PIT) ini. Saya berjaya menyelitkan teori TRIZ ke dalam tool ini, dengan harapan dapat menambahbaikkan tool ini, bukan semata-mata target 'ada sesuatu' untuk ditulis dalam report.

Sunday, 19 September 2010

La Taksal

ke-'M'-an melanda
 "Mulalah tu. Mak tak suka perkataan 'M' tu. Jangan sebut!" Tegur emak semasa saya kecil dahulu.

"Haaaa....'M'!" Satu lagi ayat emak yang saya ingat.

'M' itu tidak lain dan tidak bukan adalah MALAS! Semasa kecil dahulu, saya memang malas betul. Asyik kena marah saja. Kemudian, saya pun muncung sambil membuat yang disuruh dengan tidak ikhlas dan penuh protes. Teruk betul.

Sekarang tiba-tiba saya seperti dibelenggu dengan 'M' ini. Entah apa penyebabnya saya kurang pasti. Mungkin kerana disibukkan dengan perkara yang tidak disukai. Atau mungkin telah dilonggok dengan kenikmatan seperti tikus jatuh ke beras sehingga lupa diri.

Mungkin dua-dua.

Thursday, 9 September 2010

Masa Yang Berlalu


Hari ini sepatutnya saya tiada kelas. Namun, saya menghadiri kuliah dan tutorial subjek Marketing yang sepatutnya dihadiri esok jika mengikut jadual. Ini disebabkan saya perlu pulang ke kampung dengan segera. Lagipun, semua orang pun tahu menghadiri kelas pada hari sebelum raya merupakan sesuatu perkara yang tidak diterima akal. Namun, itulah hakikatnya jika anda belajar di universiti antarabangsa. Culture yang sangat berbeza.

Melayu minoriti. Bergantung kepada kewujudan pelajar tajaan MARA dan JPA sahaja.

Monday, 6 September 2010

Isi Tempat Kosong 2



Disebabkan hal-hal tertentu, saya terpaksa memberikan sedikit sambungan kepada post 'Isi Tempat Kosong' yang menggamit otak-otak manusia membuat telahan. Petikannya berbunyi seperti ini:

"Aku telah _ _ _ _ _   _ _ _ _ _. Rasa macam loser. 
Ya Allah, ampunkan hamba-Mu yang telah lalai dan jatuh kepada dunia. Kaulah yang berkuasa ke atasku. Ampunkanlah aku.

Kalau bisa, aku nak macam nak karate _ _ _ _ _ ni. Wachaaa!"

Kamu boleh pilih,
  1. Aku telah _ _ _ _ _   _ _ _ _ _. Rasa macam loser. 

  • Kutuk orang.
  • Cinta dunia.
  • Batal puasa.
  • Malas study.
  • Rindu orang.
  • Umpat orang.
  • Marah kawan.
  • Gelak besar.
  • Mimpi indah.
  • Sepak arnab.
  • Repek besar.
  • Tuduh orang.
  • Lihat dosa2.
  • Salah masak.


  • Buang kunci.

  1. Kalau bisa, aku nak macam nak karate _ _ _ _ _ ni. Wachaaa!
  • Mulut.
  • Dunia.
  • Nafsu.
  • Cikgu.
  • Deria.
  • Kuali.
  • Pintu.
  • Orang.
  • Kakak.
  • Abang.
  • Hanum.
  • Misya.
Satu sahaja yang betul. Telahan yang lebih selamat.

p/s: Ramadhan akan berakhir L Mari gunakan sisa-sisa hari yang tinggal ini dengan sebaik-baiknya.
      Malam raya baru sampai ke kampung. L



Send via Microsoft Word 2010 ©

Saturday, 4 September 2010

Lepaskan Kau Pergi



Terima kasih ya Allah kerana telah menciptakan seseorang yang sebegitu kerana perlakuannya sangat membantu pembinaan taqwa aku dan dia. Walaupun aku 'marah' dengan apa yang terjadi, di hujung tempoh kemarahan itu, akhirnya perasaan yang aku rasakan hanyalah cinta yang terarah pada-Mu. Terima kasih ya adik. Mungkinkah kau yang satu dalam seribu itu? Alhamdulillah [1].