Saturday, 28 August 2010

Isi Tempat Kosong

9 + 2 = a
a - 1 = b
b - 7 = c.
c/3 + 1 = ____.

Soalan ini sangat payah untuk dijawab.

Aku sangat marah. Namun aku juga sangat sedih kerana yang aku marahkan itu adalah diri sendiri.

Aku telah _ _ _ _ _   _ _ _ _ _. Rasa macam loser. 

Monday, 23 August 2010

Kasihan Wanita Cantik



"Apabila manusia menyukai seorang wanita kerana kecantikannya, sering kali manusia itu tertipu."

Siapa kata wanita cantik sentiasa bahagia?

Disebabkan kata-kata di atas tadi, manusia begitu prejudis kepada perempuan cantik. Pertama kali panjang, sudah dituduh pisau cukur, dumb dan gatal. Watak-watak di dalam filem juga menampilkan wanita cantik untuk membawakan perwatakan ini. Masyarakat jadi menyampah pada perempuan cantik. Akhirnya, mereka tidak sedar yang mereka telah menjadi mangsa keadaan.

Friday, 20 August 2010

Bisakah Hidup Tanpa Lelaki


Wahhh soalan yang penuh kontroversi dan sungguh lah berbau feminisme. Pasti saya akan ditawarkan untuk menjadi ahli Sisters In Islam atau mana-mana persatuan NGO yang memperjuangkan hak wanita. Ironinya, saya juga telah bersuami, dan saya memang tidak menafikan kepentingan beliau dalam hidup saya.


Namun tulisan di bawah bukanlah untuk menafikan kepentingan mereka. Jauh sekali untuk mengatakan perempuan mampu malakukan segala-galanya. Tetapi dalam banyak hal saya terpanggil untuk menulis mengenai topik ini, lebih-lebih lagi ia adalah satu masalah yang bernanah dan menjadi barah di dalam tarbiyyah.

Wednesday, 18 August 2010

TRIZ, tiga case study


TRIZ is a Russian term that derive from the phrase '
teorija rezhenija izobretatelskih zadach', which brings the meaning in English as 'The Theory of Inventive Problem Solving' (Rantanen & Domb, 2008). TRIZ was developed by an engineer, Genrich Altshuller in 1946. Altshuller have studied thousands of patents in engineering fields to generate possible solutions to develop innovations. He found that these patterns are common to general principles that can be used in all applications in human life. 

Ini tajuk projek tahun akhir saya. 

Bukan Senang nak Pinjam Buku...



Memandulah dengan bersopan supaya kereta yang teraniaya tidak akan menjadi seperti ini.

Tuesday, 10 August 2010

Mak akan Kata Karangan Saya Terkeluar Tajuk


Soalan : Tuliskan sebuah karangan yang berakhir dengan "Selamat Datang Ramadhan!"

Jawapan :
Aku melangkah longlai meninggalkan tempat itu. Aku berpaling ke belakang sekali-sekala, untuk menguatkan lagi gambaran dan ingatan akan tempat tersimpannya jasad ayah yang akan aku bawa sebagai kenangan untuk beberapa waktu lagi. Aku memandang ke kanan, di arah sana ada ibu yang aku cintai. Aku pandang kiri, di sana jalan ke arah kecemerlangan dan tanggungjawab. Aku berasa berat sekali untuk melangkah ke kiri, mungkin kerana di sana adalah dunia susah payah bagiku. Aku juga terkenang saat air mata ibuku mengalir bagi melepaskan anak-anaknya ke dunia di jalan kiri yang aku katakan tadi.

Friday, 6 August 2010

Bukan Jalan Pintas

"Aku nak kahwin cepat-cepat!" Begitulah kata-kata beberapa orang gadis yang pernah didengari aku secara langsung atau tidak langsung sepanjang aku berada di dunia tarbiyyah.

Ada pelbagai sebab kata-kata itu terpacul dari mulut mereka. Ia tidak akan diluahkan hanya kerana suka-suka apatah lagi daripada wanita yang mempunyai kefahaman dan fikrah agama yang tinggi. Untuk orang lain, biarlah dia teringin kahwin cepat disebabkan tertekan dan kecewa putus cinta. Maka, tidak hairanlah jika orang lain itu mula mengidam-idam supaya dia bertemu dengan orang sempurna sesegera mungkin, agar rasa kecewanya hilang buat selama-lamanya.

Monday, 2 August 2010

Hobi Saya Adalah Menyanyi?


Semasa kecil, saya sangat suka menyanyi. Namun, saya tidak pula hafal lagu-lagu. Saya hanya tumpukan minat nyanyian saya kepada lagu-lagu yang sering berbunyi di telinga yang kebanyakannya adalah lagu dari kaset yang dimainkan di dalam kereta. Kadang-kadang lagu Raihan, kadang-kadang lagu Spring. Lagu-lagu Hindi kegemaran saya rakam ke dalam kaset, mereka menjadi lullaby untuk tidur.