Friday, 30 April 2010

Layangan Rindu Buatmu Bonda 2


Bonda,


Di kesempatan yang kosong ini anakanda ingin memohon ampun jua. Dagang solehah apakah ini, yang mampu membuat seorang anakanda tidak berkhabar berita bertepuk tampar berkirim cinta buat bondanya. Hatta berkira-kira purnama sekalipun, bertambah malu anakanda dibuatnya. Bukan mengurang perasaan.

Wednesday, 21 April 2010

Tak Ada Tajuk Agaknya


Kesibukan menjadikan minggu-minggu yang berlalu begitu panjang dan lama. Stress bertambah dari secupak ke segantang, kemudian berbukit, serta bergunung, lalu akhirnya bertukar menjadi gunung berapi. Banyak perkara yang perlu diseimbangkan -antara study, d&t, ko-ku dan family. Akhirnya sampai demam den dibuatnya. Tergolek berselimut di rumah entah kerana situasi ponteng dengan sengaja atau terlalu tidak larat. 

Apabila semua beban datang sekaligus, ditambah dengan ruh dan jiwa yang tidak tersokong, maka ambillah demam sebagai buah tangan. 

Thursday, 1 April 2010

Citarasa Muslim Terhadap Kasut


Sudah beberapa kali saya ditegur tentang *kasut yang saya pakai apabila berjalan beriringan dengan sahabat-sahabat. Ada yang tegur, kenapa bunyi kasut pelik. Kadang-kadang bunyi pang pang pang, di masa yang lain bunyi sret sret sret pula. Takut bunyi menarik perhatian, lalu saya pun sekarang mula berfikir-fikir untuk membeli kasut baru. 

Saya duduk di kaki lima, merenung tapak kasut saya. Batu-batu kecil tenggelam di dalam tapak kasut, macam komet menghentam bulan. Itu yang menyebabkan bunyi sret sret sret. Tapak haus sehingga menampakkan bahagian lapisan keras di dalam kasut. Itu yang menyebabkan bunyi pang pang pang. Rupa-rupanya kasut saya sudah sangat kronik.