Friday, 9 January 2009

Cerita di Persinggahan


Assalamualaikum semua.

Siapa sangka rupa-rupanya sudah lebih sebulan blog ini sepi tanpa sebarang isi. Kadang-kadang saya rasa bersalah pada blog sebab tak bagi makan. Namun apakan daya, rumah di kampung tak ada sambungan internet. Dan kali ni, saya turun ke KL untuk beberapa hari. Cuti semester masih belum berakhir sebenarnya. Saya masih ada sebulan lebih lagi sisa cuti. Sekarang ni, baru lebih kurang separuh cuti dihabiskan sejak bulan sebelas dahulu. Saya pula ke sini untuk selesaikan hal rumah sewa baru dan untuk menghadiri program. Alhamdulillah, hal rumah baru dah selesai. On the way mengayuh basikal dari rumah baru ke rumah lama, saya sempat singgah di Monash Uni untuk melepaskan rindu pada kampus. Sambil-sambil itu, buka emel dan blog.

Family

Bukan senang nak melepaskan diri daripada keluarga. Rumah saya sekarang sunyi sepi, tak semeriah awal cuti dulu bilamana kami sekeluarga dapat berkumpul dan bercuti ke Langkawi. Sejujurnya, itu adalah waktu yang indah buat saya mungkin kerana selalunya ahli keluarga sentiasa 'tak cukup' bila bercuti. Sebelum saya bertolak dari PB, rumah sudah pun sunyi sepi. Abang saya sudah balik ke Bangi. Eilah sudah ke Kubang Pasu. Abang Ngah selalu balik malam. Ayah dan emak bekerja. Adik-adik bersekolah. Oh ya! Tahun ini julung-julung kali buat Arif sebab dia dah masuk kelas pra. Jadi, bila dia pulang dari sekolah, ada sahaja kisah lucu yang diceritakan oleh Bee kepada kami. Contohnya, mulut Arif yang tak makan saman sebab dia garang pada cikgu. Terbalik pulak.

Bee pula sudah jadi Penolong Ketua Pengawas. Di rumah ayah asyik ejek dia dengan arahan-arahan 'lurus barisan!' dan sebagainya. Al-maklumlah jadi conductor perhimpunan pagi. Emak pula kena pastikan baju sekolah Bee bersih selalu sebab dia kena jadi murid contoh. Kerap jugakla Si Bee tukar baju dalam seminggu.

Saya pula, baru semalam datang ke KL dengan menaiki bas. Perjalanan berseorangan memang sunyi dan memenatkan. Paling tenat, salah naik bas. Jadi, sebelum sampai ke Sunway College, saya dah melawat sekitar Bandar Sunway. Lapar pula tu. Dugaan. Malamnya pula, saya jumpa adik-adik Taylor's di surau Casa. Rasa gembira sangat sebab dah lama tak jumpa. Melepas rindu dan bercerita pengalaman masing-masing. Jam 11 lebih baru balik Hostel. Hari semalam memang mencabar dan memenatkan. Jadi, badan mulalah rasa macam nak demam.

Bila mula sakit-sakit, rindu pada mak makin menjadi-jadi. Mulalah hati ni rasa berat nak teruskan urusan di KL. Rasa betul-betul nak balik PB. Handphone pula meragam semacam. Tak dapat nak hantar sms. Semalam mak call -bunyi macam sedih. Mestilah sunyi di rumah tu bila lima orang tak ada. Tak ada sesiapa nak usik adik-adik. Dah tak riuh. Senyap.

Terus saya buka kitab, penanda menunjukkan Surah Al-Anfal -surah perang-perang. Ditakdirkan Allah, ayat-ayat pada muka surat pertama sahaja dah membuatkan air mata ini meleleh. Sungguh indah pujukan Allah. Apabila kita ditimpa dugaan dan putus asa, terus Allah mengambil tempat di hati. Bukannya saya cari ayat itu tapi dia sendiri yang muncul. Maka, jiwa rasa kuat kembali dan badan rasa lebih sihaaaaaat... Kesimpulannya, kalau nak berbicara dengan Allah, carilah di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah ada ayat yang kena dengan kehendak hati kita. Saya tak ingat ayat tu. Tapi ia tentang merasa berat untuk pergi (?).

Alamak, hujan lebat pula sekarang ni. Tak boleh balik lagi nampaknya. Lapar betul tak menjamah sejak pagi. Haa. Nasib baik basikal diparkir di tempat yang betul. Kalau tidak, berkarat-marat lagilah dia he he.

Palestin

Esok, akan bertolak ke Bangi untuk program. Tak sabar rasanya nak dengar benda baru. Program habis pada hari Ahad. Clash dengan Rapat Umum Palestin di Stad. Melawati. Oh Palestin.... Pernah saya menonton komen seorang warga Israel apabila Hamas menyerangbalas bom nuklear mereka. Bukan main marah perempuan itu. Katanya, Hamas melampau kerana menyerang tempat awam. Padahal, nisbah kematian mereka dengan rakyat Palestin sangatlaaaaah jauh berbeza. Dahlah Zionis serang tempat penting macam hospital dsb. Kali terakhir saya lihat di TV lebih 500 rakyat Palestin terbunuh. Sekarang mungkin dah bertambah beberapa ratus. Benci Israel!

Tindakan rejim Zionis bukan sahaja mencabuli hak Islam malah ia juga tindakan yang tidak bermoral dari sudut kemanusiaan.

Paling syahdu dan bersemangat bila umat palestin berani membalas balik walaupun bersenjatakan batu dan serpihan bangunan. Jihad kanak-kanak mereka pun memang tinggi. Yang peliknya, negara-negara jirannya yang kebanyakan Islam lebih penakut daripada kanak-kanak di Palestin. Kalau setakat berhimpun untuk berbincang sahaja, kami pun boleh buat. Sebenarnya, banyak pemimpin yang mampu melakukan sesuatu yang jauh lebih baik untuk Palestin. Namun, mereka takut akan kedudukan mereka sendiri di mata barat yang telah membonekakann mereka semua. Alahai pemimpin-pemimpin yang berpeluk tubuh.. Jangan ikut pemimpin-pemimpin lemah ini wahai sahabat! Kita ikut cara kita sendiri!

Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita memperbanyakkan berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestin. Boleh juga menderma kepada perwakilan yang bertauliah. Media Malaysia juga sudah mula bangkit untuk membantu cuma kempen boikot masih belum kukuh oleh media. Takut kot. Walaubagaimanapun, tetaplah boikot barangan Israel dan Amerika. Entah berapa billion saham yang mereka dapat daripada produk-produk mereka di serata dunia terutamanya Malaysia. Wahai Muslimin Muslimat, inilah masanya untuk bangkitkan kesedaran diri dan cinta kepada bumi suci Islam itu. Walaupun tidak banyak yang kita boleh bantu, kita mampu untuk menolong dengan memberi kesedaran kepada mereka yang masih singkat pengetahuan tentang bumi Palestin itu. Ayuh!

p/s: Hujan dah seghiat. Lepas solat Asar minta-minta boleh balik. Lapar sangat dah ni.