Friday, 26 September 2008

26 Ramadhan

26 Ramadhan 1429 - 26 September 2008
(Special nih!)

First sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bersusah payah. Dua kali kek! Yummy! Eh, puasa.... Sekali lagi terima kasih banyak-banyak. \(^_^)/
Terima kasih mak, ayah, siti, eilah, bee, arif, kak dila dan semua orang PB yang sms.

Ucapan selamat hari lahir yang ke-2* ini ditujukan kepada Farah Masturah dari Aloq Setaq (kepala hang aku putaq), Kembar di Canada dan juga Asma' Saman (Doubleight) -(kalau mereka baca)
Eh, wish je, tak hulur-hulur ke? =D

Oh ye.. juga nak menyatakan rasa kesal sebab tak dapat join adik-adik Taylor's dan Atikah IPBA serta Kak Syira makan pizza. Sedihnya tak join. Dahla terlepas pizza. (T_T)!

Sekarang kena pack up baju-bajan. Nak balik kampung. Abang hantar mesej kata kena balik PB malam ni juga...

Cepat! Cepat!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Wednesday, 24 September 2008

Maaf Zahir Batin

Di perkarangan Masjid Al-Husna

Salam Perantauan
Dari: Monash University Sunway (Aussie Celup)
Perantau: Syuhada, Nazihah, Atiqah, Farah, Auni, Bazilah, Yati (Photographer)
Ucapan: Selamat Hari Raya buat keluarga di kampung. Kami semua dah nak balik kampung la ni.. Juga kepada kawan-kawan dari kecik sampai besaq gajah. Makan rendang ketupat ingatlah kami. Duit raya boleh kirim pos ke Sunway Hostel. Kad raya tu optional.

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Monday, 15 September 2008

Email Comel

Flow

Layangkan fikiran sebentar ke Bandar Sunway. Di dalam hostel Sunway College, sebuah kawasan terlindung di belakang bangunan kolej. Di blok yang paling tepi, di tepi tingkap sebuah bilik twin sharing yang berlangsir warna kuning. Masih sunyi. Kadang-kadang kedengaran bunyi dari rumah di tingkat bawah. Bunyi bersin. Aku duduk di meja belajar, betul-betul di sebelah tingkap tadi. Aku tekan punat on laptop. Tiit! Bunyinya menjerit. Pandang depan ada dinding. Kertas jadual menari-nari mengikut alunan angin dari kipas siling. Jangan pandang kiri. Ada katil.
Mendongah ke tirai langit
Ada wajah dosa dan pahala
(Petikan dari Di Sebalik)
Aku pandang kanan, keluar tingkap. Jam 6.34 pagi, langit mula menjadi jingga. Tup! Lampu jalan di bawah sana sudah terpadam. Aku menaip di laptop. Bila ditoleh lagi, langit mula menjadi ungu kelam. Aku menaip lagi. Kali ini agak lama. Bila ditoleh, ah sudah jadi biru kusam! Sedikit demi sedikit warna hijau rimbunan pohon di bawah sudah kelihatan. Beberapa minit kemudian, langit berbalik kepada warna ungu tapi kali ini warnanya kusam. Tingkap terbuka luas.

Fuuuuu!

Angin jam 7.07 pagi menerjah sepoi-sepoi. Cerah. Di luar tingkap, daun-daun dan ranting-ranting macam tergeletek dek angin tadi. Sunway lagoon terlindung di sebelah. Warna langit sudah jadi baby blue. Cit! Cit! Cit! Beburung mula membingit bekerja. Aku menaip lagi. Lama.
Kali terakhir aku lihat warna langit sudah jadi biru cair.

Subhanallah! Jika mereka memerhatikan.

Ah! Bumi Malaysia complicated. Pandang luar banyak yang tersirat dari yang tersurat. Sudah berapa lama aku di sini, mengapa tidak sekali pun aku dapat membayangkan rupa Sunway Lagoon di sebelahku itu?

Bumi Malaysia complicated! Banyak pokok, bangunan, dan tiang-tiang yang membatasi pandangan. Perasaan pun susah nak flow. Perasaan rakyat Malaysia tersekat-sekat. Orang Malaysia juga orang yang kaya dengan budaya berkias-kias. Patutlah konflik drama di televisyen Malaysia pun serba complicated.

Campakkan aku ke padang pasir!

Biar aku flow di sana. Tak ada bangunan, pokok pun sikit. Yang ada, langit dan bumi -macam yang selalu dibaca di dalam kitab Allah. Perasaan pun terus flow. Nak menangis senang, nak ketawa senang, nak marah pun senang. Straight to the point bak kata orang putih!

Betullah, geografi bumi pun mempengaruhi budaya berperasaan.

Thursday, 4 September 2008

Bagaimana Ini?


Selalukah kita bermimpi?

Aku selalu bermimpi dalam tidurku. Walaupun mimpi itu kadang-kadang ngeri dan menyedihkan, mimpi itu mampu membuatkan aku sedar diri. Mimpi sedih mengajar aku erti menghargai. Mimpi gembira mengajar aku nikmat bahagia. Mimpi ngeri mengajar aku mengembalikan diri kepada-Nya.

Siapa kata mimpi hanya mainan tidur, tiada apa-apa makna?
"Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa"
Suatu malam aku bermimpi sedih. Aku telah mengecewakan seorang yang aku cintai. Seorang yang darahnya mengalir sama denganku, teman karibku yang pertama-tama, pelindungku, penghiburku, kasihku -akhi kesayangan. Aku bermimpi dia kecewa denganku kerana gagal menjaga keretanya dengan baik lalu dicuri. Mercedes Benz. Mahal. Namun itu bukanlah persoalannya. Yang bernilainya, amanah dan pengkhianatan.

Aku sedih. Aku mengecewakan. Aku menaikkan amarah.

Ya, mimpi nampak mudah. Dipandang lewa sahaja tapi aku baru tersedar takdir Ilahi. Rupa-rupanya mimpi itu suatu petanda.
"Agar mudahku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi"
Demi sebuah kereta juga, di dunia jaga aku kehilangan sesuatu yang amat bernilai -amanahku terhadap seseorang yang juga dicintai.
"Kubiarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati

Moga terubat segala

Keresahan di jiwa

Tak pernah ku ingini"

Aku terfikir, sesungguhnya benar-benar aku terfikir. Malah aku runsing sepanjang masa. Bagaimana perasaannya apabila dia lihat kami mengubah? Bagaimana rasa hatinya? Tatkala jariku menyentuh segala barang, menyambung dan menyatu, hati aku asyik merasa seperti menoreh sesuatu. Oh, hatinya!

Ya, memang benar sangkaanku.

Tatkala soalan bertalu ditanya, aku kaku untuk menjawabnya. Itu nombor satu lemahku -kaku. Kemudian sama-sama terluka.
"Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
"
Aku tidak mahu menyambung lagi selepas itu. Cubit paha kiri, kanan pun rasa sakitnya. Kemudian, aku jadi sakit, memilih antara menerus atau menghenti. Kalau menerus, aku menoreh si dia. Kalau menghenti, aku mengabai kerja.

Esok. Semua dilepas dari bibir dan mata. Aku dah katakan yang aku tidak mahu menerus. Sebab dia. Sebab dia. Kalau aku buat, makin menoreh tapi diminta buat maka aku buat. Dia makin tertoreh. Mesti buat walaupun dia tertoreh. Dua-dua pun dia tertoreh. Aku pun semestinya tertoreh juga. Aku cintakannya!
"Mungkin sudah suratan hidupku."
Aku lupa! Kau orang tahu bagaimana laptopku? Besar, tua, agak lama, memori rendah, sering diperolok-olokkan, lambat gerakannya. Aku cinta laptop ini. Aku segera beli external hard disk baru. Ia corrupted sebelum guna. Aku ulang alik ke kedai repair beberapa kali berjalan kaki. Kau orang tahu kenapa aku begitu bersusah payah?

Sebab aku tidak suka memori yang rendah.

Sebab apa?

Fitrahku juga sama memori rendah. Aku sering lupa nama teman-teman. Aku lupa jadualku sendiri. Aku perlu catit segala due date assignment walaupun hanya minggu depan. Aku kena catit walaupun perkara remeh.
Aku pernah berkenalan dengan seorang ukh. Beberapa minit kemudian, aku sebut namanya dengan nama lain.
Aku sering dimarah kerana sering bertanya perkara yang sama setiap kali.

Bukan aku tidak berusaha. Aku sangat berusaha! Aku istighfar setiap hari. Aku selalu berdoa kepada Tuhan. Aku berusaha hafal Al-Qur'an. Berapa banyak air mataku yang tumpah menahan olok-olokan dan hamburan marah kerana kelupaanku. Berapa banyak aku berharap supaya aku mengingat sesuatu agar semuanya lancar. Agar temanku tidak marah lagi. Agar pelajaranku tidak ketinggalan lagi.
"Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali"
Aku lupa berapa lama dia telah berusaha untuk itu. Itu lemahku nombor dua -lupa. Aku tidak ingat bila dia bermula. Maka, penghargaanku dikit.

Bila akhirnya terucap kata-kata yang tidakku sangka, hampir menitis air mata ini. Bila disangka diri ini tidak memahami.. Walhal diri ini sebenarnya ya, cuma banyak kelemahan untuk aku faham semuanya.
"Mungkin ada rahmat yang tersembunyi."
Aku tidak tahu bagaimana meminta maaf. Itu lemahku nombor tiga. Sejak kecil, bukan menjadi budaya diri dan keluarga untuk meminta maaf. Dalam keluarga bila bergaduh, masa ialah penyatu dan pengubat. Aku masih kanak-kanak dalam mengenal erti maaf. Selalunya rasa bersalah sering bersarang dalam hati tetapi bila nak buka mulut, 'Bagaimana ini?'
"Oh Tuhan
Tunjukkanku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jikaku melukaimu
Moga ikatan ukhuwah yang dibina
Ke akhirnya."
Aku memendam runsing dan pening. Ingat hadith Rasulullah bila ditanya tentang kebajikan?;

Beliau pun bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedang dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu."

Benar, aku sedang berdosa.