Thursday, 21 August 2008

Saturday, 16 August 2008

Kembara ke SMAP Labu 3

Alhamdulillah, tanggal 9 Ogos lalu (Sabtu), aku berhasil juga ke SMAP Labu buat kali ke-3 untuk menyambung program lepas yang tertangguh. Maka, disimpulkan sudah tiga weekend berturut-turut aku habiskan di SMAP Labu yang indah.

Lebih memekar, aku berkesempatan berjumpa dengan pendidik-pendidik SMAP yang sudah lama tidak ku jumpa. Sabtu itu, ditakdirkan Allah, adalah sekolah ganti. Maka, aku dipertemukan dengan guru-guru yang dirindui. Terima kasih guru-guru yang juga mengalu-alukan kedatangan dan menyokong program kami.

Kali ini, aku tidak hanya datang dengan teman uni sahaja. Kami datang bersama pejuang-pejuang Mesir. Mesir -bumi yang indah. Semoga aku bisa sampai di sana. Amin. Mereka yang menyambung program minggu lepas, aku dari Malaysia hanya membantu. Alhamdulillah, tidak kusangka, jalan ini akan menemukan dua dunia yang berbeza dalam matlamat yang sama. Ya Rabbi lakalhamdu kama yambaghi lijalali wajhika wa'azimi sulthanik. Ya Rabb kami, bagi-Mulah segala puji sebagaimana ketinggian Wajah-Mu dan sebesar kekuasaan-Mu.

Syukran adik-adik yang dicintai. Atas komitmenmu yang tidak berbelah bahagi. Allah sahaja yang mampu membalas baik budi kalian. Ana uhibbukunna lillah!

Telefon bimbitku hilang, tercicir di dalam teksi lalu diambil orang. Bukan dicuri. Salah aku. Sekarang aku boleh dihubungi melalui internet sahaja. Rajin-rajinlah membuka komputer, teman-teman!

Aku rindu bumi SMAP. Tiga minggu berikutnya aku tidak bisa sampai ke sana. Akan diusahakan semasa bulan Ramadhan, bulan barakah, bulan mulia, bulan yang dirindui, yang dicintai. Ramadhan dan September dipertemu, semacam bintang bekerdipan.

Friday, 15 August 2008

my precious


kucoret post kali ini khas utkmu.


suatu malam yg kurang hening, sambil membaca al-mathurat, tiba2 hati sebak..
mengenangkan kisah2 jahilku dahulu
lalu menerawang smbil mengucap2 hamdalah dalam hati..
aku bersyukur padaMu ya Allah.. kau cmpak aku kt ceruk dunia ni, kau cmpak kan aku ke suatu tempat di mana aku sendiri menemui hidayahMu..
dan tiba2 air mata meleleh, terkenang kpd sahabat, yg menjadi asbab kpd aku yg terjumpa jalanMu ini ya Allah..
rindunya aku kat dia, wlau dulu aku tak menghargai dia langsung aku kira. hanya jadi peneman setia ke DM, ke kelas, ke surau..
namun dia tetap baik, istiqamah dlm menjaga hubungan baik kami, hinggakan aku dah jauh dari dia pun, dia masih lagi risaukan aku..
meskipun dia tak tahu satu apa pun psl ISK, psk IPK, apatah lagi tak pernah ikut daurah SH malahan SY, namun, dia sendiri FAHAM dakwah dan SH. dia lah puncanya, kak kimah turun padang dan dpt tgkp kita semua..

tatkala tak ada sorang pun yg sedar dikalangan kawan2 batch kami.. tp dia sorang ja..dia sorang ja yg tnya aku setiap kali sms atau call. benda yg sama. pasal iman.. walaupun tak direct. tp slalunya begitu lah..
korang nak tau tak, aku dah lama tak jumpa dia.. dah genap 3 tahun... aku menangis seorang diri lagi....

terima kasih ya Allah, kerna Kau kurniakan aku sahabat yg berharga ini. aku bersyukur,masih ada lagi hubungan roh. walau dah lama tak jumpa, dah lama tak sms,dah lama tak call, tp aku mampu lg utk mengingati dia. betapa hebatnya ikatan ukhwah ini. aku doakan kau kekal di jalan ini,fatimah...

aku dedicate lagu "sahabat sejati" utk hang,timah..aku rindu gila kat hang!


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

p/s:
dalam rasa bersalah sebab dah lama tak contact hang timah, aku buat post ni khas utk hang sorang.. aku sayang hang, semoga kita dapat jumpa lagi, kalau bkn di dunia ini, mgkin di sana...

Friday, 8 August 2008

Kasihan Diri Sendiri

Suatu hari cik kak berlari-lari anak di dalam rumah. Oleh kerana mata tak pandang bawah, cik kak tersepak sesuatu sampai boleh kedengaran bunyi momentumnya yang sangat tinggi. Kaki cik kak sangat sakit. Cik kak sapu-sapu, gosok-gosok kaki sendiri. Bila cik kak pandang ke tempat tadi, baru cik kak tahu yang cik kak tersepak kepala puan kucing. Puan kucing menggelengkan kepalanya banyak kali, mungkin terpening sedikit. Yalah, bunyi momentum pelanggarannya pun sangat kuat.

Terus cik kak duduk di sebelah puan kucing seperti orang hendak merayu sesuatu. Ya, cik kak nak merayu kemaafan.

"Maaf sangat-sangat, tak sengaja." Ulang banyak kali.

Puan kucing buat muka sepuluh sen sahaja. Tak pandang cik kak pun. Dia pandang depan sahaja. Cik kak dapat bayangkan kesakitan yang puan kucing alami tadi. Sebagaimana sakitnya kaki cik kak, tentu kepala puan kucing lebih merana.

Cik kak tahu puan kucing memang tak faham walau cik kak buat bahasa isyarat sekalipun. Namun, atas rasa bersalah, kasih, cinta, kasihan pada puan kucing...

Cik kak sakit hati sebab puan kucing tak faham bahasa manusia. Cik kak sangat mahu puan kucing faham yang cik kak betul-betul minta maaf dan rasa bersalah sangat-sangat terhadap puan kucing. Namun, puan kucing masih lagi begitu. Dengan mukanya yang tiada perasaan, dia berjalan pergi ke arah dapur seperti biasa. Meninggalkan cik kak yang perasaan bersalahnya bertepuk sebelah tangan.

Pernahkah anda mengalami?

Perasaannya sukar dan menyakitkan hati. Susah bila menunjukkan simpati dan perasaan kisah kepada yang tidak memahami.

Macam menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada manusia yang belum/tidak matang. Disimpan dikatanya dikongkong, dilepas nanti meliar. Sebagaimana perasaan cik kak ketika itu, macam itu jugalah perasaan seorang ibu terhadap anak remajanya yang degil asyik nak bebas. Orang yang nampak pun boleh jatuh hati pada ibu itu, berharap dia menerima layanan yang sama. Dimarah pun tak kisah.

Monday, 4 August 2008

Chayuk2!

Aduh, minggu depan sudah ada test Electromechanics. Mesti score paling kurang 50% untuk layak menduduki final. Terasa seperti terlalu awal lagi untuk suatu benda yang bernama test. Namun, itu kan test duniawi. Lagipun result dah tertulis. Kerja kita usaha sajalah!

Laptop-laptop di sini pula pakat diserang virus.

Cerita stoking, saya telah kehilangan satu pasang setengah stoking dalam satu minggu. Apakah significantnya wahai bijak pandai? Ridha... Rasulullah kehilangan Khadijah dan Abu Talib dalam satu tahun, kemudian dilontar dengan batu pula di Thaif. Kalau setakat kehilangan stoking...

Banyak kerja dan tugas sebenarnya. Baiklah. =)

Sunday, 3 August 2008

Kembara ke SMAP Labu 2

Sabtu baru-baru ini, kami ke SMAP Labu lagi. Ceritanya lebih kurang sama macam post yang lepas. Cuma pak cik guard itu kali ini tidak garang macam minggu lepas. Mungkin sebab saya dah explain pada hari itu.

Alhamdulillah, dengan takdir Allah, adik-adik form 4 adakan bacaan Yassin malam itu. Jadi, kami terus masuk sahaja dari situ. Dimulakan dengan taaruf bersama Farah Masturah dan Kak Hakimah, turut diselitkan persoalan-persoalan hidup untuk ajak adik-adik terus mendengar. Terima kasih kepada Kak Kimah.

Malam itu, kami hanya sempat berakhir setakat muqaddimah sahaja. Ada hikmahnya kami tidak dapat menyambung dalam minggu itu. Kami tunggu minggu ini pula untuk pergi ke SMAP lagi untuk menyambung. Adik-adik ni memang berpotensi.

Terima kasih untuk adik-adik form 4 yang bersemangat, Cikgu Halimah yang menyokong dari sisi, juga buat Farah yang setia, Kak Kimah yang banyak berkorban dan sahabat-sahabat yang roh-roh mereka bersama kami walaupun berada di kejauhan. Teringat-ingat apa cerita sahabat-sahabat di Bangi dan jauh nun di Johor. Doa dan ingatan terbang ke sana untuk mereka.

Semoga pekerjaan kami ini diridhai dan dipermudahkan oleh Allah. Semuanya berbalik kepada Allah.

*Post lepas menggunakan bahasa arab yang tunggang-langgang.