Tuesday, 29 July 2008

Kembara ke SMAP Labu

Sabtu lepas, nahnu telah bertolak ke SMAP Labu. Atas perancangan dari Sunway tak terlalu sempurna, nahnu bertolak sedikit lambat iaitu pada jam 11.00 pagi. Nahnu telah terlepas beberapa bas dari Sunway dan ketika tiba di Stesen Komuter Subang Jaya, nahnu dapati komuter baru sahaja berlepas. Jadi, nahnu mengambil kesempatan ini untuk membeli-belah makanan untuk bekalan ketika di SMAP nanti.

Dipendekkan cerita, setelah lama meninggalkan bumi Seremban, tidak ana sangka Seremban telah menjadi agak canggih. Jalan dari Stesen Komuter Seremban ke Terminal One bukan lagi jalan kecil tapi sudah menjadi jalan komersial. Tidak perlu lagi melintas jalan raya yang sesak. Ada terowong pejalan kaki di bawah tanah. Lidah tidak habis-habis mengagumi kemodenan Seremban sekarang.

Syarikat bas baru juga telah beroperasi di stesen tersebut. Walaupun tambang ke SMAP yang berharga mahal 30 sen berbanding dulu, keselesaan di dalam bas tersebut tidak terbanding dengan bas yang ana naiki ketika keluar outing semasa menjadi student di SMAP.

Semasa di dalam bas, nahnu semua diam dan senyap. Rupa-rupanya, semua orang berkongsi perasaan yang sama iaitu berdebar-debar. Ana tak yakin macam mana nak approach budak. Hunna ingat/kenal ana lagi ke? Warden pula macam mana? Pengawas? Bermacam-macam soalan yang bertalu di otak sehinggakan biskut pun tak lalu ditelan. Itu ana, macam mana pula perasaan Ziha dan Yaya yang tidak pernah kenal bumi Labu itu? Tentu lagi galak rama-rama dalam perut hunna.

"Nak jumpa siapa?" guard garang bertanya.

"Adik."

"Tingkatan berapa?" Terasa macam diinterview.

"4, pak cik."

"Jangan masuk hostel dah lah ye," katanya dalam pelat nogori, dalam nada sedikit amaran.

"Eh, tapi pak cik, saya ni ex-student."

"Oh, yookooo. Patutlah pak cik macam kenal jo muko kamu ni."

Yelah tu. Tidak pernah ana lihat pak cik ini selama berada di SMAP dulu. Lagipun, ana pakai niqab. Perjalanan dari pintu pagar SMAP ke dalam adalah kawasan kesukaan ana sejak dulu. Tidak habis-habis nahnu memuji suasana indah itu.

Nahnu terlewat tiba di kantin. Makanan telah habis dan nahnu kelaparan. Dalam perjalanan hendak ke aspuri, ana ternampak Cikgu Samad di hadapan bilik warden, sedang berborak dengan cikgu lain yang tidak ana kenal.

"Assalamualaikum, cikgu."

"Waalaikumussalam."

"Cikgu kenal lagi tak? Saya ex-student sini. Bekas pelajar cikgu juga."

Hua kelihatan terkejut bercampur gembira. Namun, hua banyak bertanya soalan untuk mendescribekan diri ana semasa di SMAP dulu (Oh, ya. Niqab.). Setelah beberapa lama berborak, baru ana tahu yang Cikgu Samad sekarang adalah warden di SMAP Labu. Kemudian, nahnu diajak masuk dan duduk berbual di bilik tetamu yang terletak di antara bilik pengumuman dan bilik warden. Pada mulanya, ana ingat cikgu nak marah nahnu kerana cuba untuk masuk aspuri sesuka hati. Rupa-rupanya, cikgu bercerita tentang masalah dan isu semasa student di SMAP kepada nahnu dan berharap kedatangan nahnu di sini dapat membantu memperbaiki sahsiah student sekarang. Cikgu siap nak belanja nahnu makan lagi. Malangnya, kantin tutup. Nahnu juga ada bersama-sama ketika cikgu berbincang dengan beberapa ahli majlis tertinggi pelajar tentang masalah ini.

Gubra. Dulu ana hanya ahli tidur SMAP. Sekarang, sekali masuk sudah duduk berbincang bersama golongan yang dianggap tertinggi semasa belajar di SMAP dulu? Lagi gubra, nahnu dijemput untuk bermalam di bilik warden aspuri. Bilik warden aspuri! Allah sahaja yang tahu betapa kekoknya ana ketika itu.

Ana juga diizinkan untuk memanggil BDK/KP kalau ana mahu mengadakan perjumpaan. Itu juga sesuatu yang pelik. Ramai juga student form 4 yang melompat-lompat apabila nampak ana. Walhal ana tidak kenal hunna.

"Kak Auni! Sis Auni!!" hunna menjerit-jerit. Kemudian ana diketuk-ketuk sebab tidak ingat nama hunna.

Warden yang tinggal di bilik itu sekarang adalah Cikgu Halimah. Hia sangat baik. Semua student sukakan hia. Dengan takdir Allah, ketika ana dan cikgu berbual, nahnu dapati nahnu berasal dari kampung yang sama. Maka keluarlah loghat-loghat ana. Sebelum masuk waktu isya', ana, Ziha dan Yaya memperkenalkan diri di hadapan musolla dan sempat pula ana mempromot mini robot yang ana buat semasa di tahun pertama di Uni. Bila ana sebut 'mechanical engineering', kedengaran bunyi 'uuuuuuu'. Bila ana sebut 'tak ramai perempuan', keluar bunyi 'uuuuuuu' lagi. Kemudian, antara soalan-soalan yang diinterview oleh hunna adalah result SPM, Monash Uni tu di mana, pengalaman, jawatan di SMAP dulu dan sebagainya. Seperti diinterview semula oleh MARA.

Setelah selesai solat, adik-adik form 4 kerumun ana, suruh ana bercerita. Tentang perkembangan hidup selepas SPM, engineering dll. Seronok berborak, ia berakhir apabila Cikgu Halimah datang dan menyuruh ana balik mandi. Keputusan akhir juga telahpun dibuat, malam ini akan diadakan tayangan 'Ayat-Ayat Cinta' di laptop ana bertempat di bilik warden. Ketika tayangan itu berlangsung pun, ana melayan student form 4 lain di koridor. Hari itu berakhir pada jam 2 pagi. Tidak termasuk students yang datang nak melihat robot ana itu. Ia berfungsi dengan cahaya. Yang datang tengok kena bawa torchlight.

Sempat ana berkongsi cerita ana di SMAP Labu. Kalau dulu terasa tempat ini sangat tertutup, tidak bebas. Sekarang tidak lagi.

Keesokan harinya, bilik warden itu tidak habis-habis dilawati oleh student pelbagai peringkat. Form 3, form 2, dan form 1. Dalam masa yang sama, tayangan cerita 'kasut' sedang berlangsung di laptop ana di musolla. Ada juga yang datang melihat robot. Hunna berkenduri durian pula di bilik warden. Ceria sungguh. Mujurlah nahnu ada masa untuk membuat perjumpaan dengan BDK.

Nahnu juga makan di tempat makan khas di dewan makan putera. Makanannya juga khas. Makan bersama warden. Cuma ana sahaja yang makan di tempat puteri. Mak cik dewan makan pun layan ana dengan baik. Ana masih kenal dengan beberapa mak cik yang senior. Hunna gembira bila ana kata ana kenal hunna. Ana jadi teharu dengan layanan di SMAP ini. Seronok, nak datang lagi.

Mengikut perancangannya, nahnu akan datang lagi pada Sabtu hadapan untuk memulakan program. Cuma baru-baru ini ada sedikit masalah, nahnu tidak pasti sama ada ia akan tertangguh atau tidak. Harap-harapnya tidak.



Saturday, 26 July 2008

Layangan Rindu Buatmu Bonda

Bonda,

Anakanda memohon ampun segalanya. Andai perlakuan anakanda membuatkan hati bonda sayat. Anakanda akan bertolak ke bumi Labu sebentar lagi. Rindu sungguh anakanda pada udara sana.

Lampau dulu anakanda tidak ambil pusing akan semuanya. Apa rasa bonda, apa kata bonda. Bukan anakanda mahu bepergian tanpa ridha. Anakanda telah cuba menghubungi tapi tiadalah upaya kalau yang katakan itu qada' dan qadar. Anakanda rindu bonda dan keluarga semuanya. Jikalau ditakdirkan ajal, doakanlah syahid. Janganlah bonda menaruh dendam sedih pada anakanda. Ini jalan kepada Allah. Anakanda ingin teramat menjadi pejuang Mus'ab bin Umair, Abu Ubaidah Jarrah radhiallahu'anhum. Namun, mereka anak-anak yang berjuang walaupun tanpa ridha bonda ayahanda. Bonda tiadalah langsung sama dengan bonda ayahanda mereka itu. Bonda adalah tulang belakang bak Khadijah serta Abu Thalib. Bonda menyokong anakanda. Bonda bertahan pundak memegang anakanda. Jazakillahu khairan, bonda.

Hampir saja anakanda keseorangan namun Allah Azzawajalla itu Maha Berkuasa Maha Perkasa. Kalau dikata kun fayakun. Patah tumbuh hilang berganti. Kerana aral anakanda bertawakal. Allah bantu juga dengan tentera-Nya. Alhamdulillah, bonda.

Semoga bonda bahgia, enak di bawah lembayung iman dan islam. Semoga tenteram, tiada sengsara. Doa anakanda pada bonda tidak pantas untuk berlangsung tanpa perkenan Dia.

Marilah berdoa kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad sollallahu'alaihiwasallam. Semoga kita mendapat syafaat baginda di hari sana.

Fakhrunlah, bonda.
Cinta anakanda untuk bonda umpama birunya langit, birunya laut. Bila bertemu, dunia tampak luas.

Salam rindu,
Anakandamu.

Thursday, 24 July 2008

Bila Terkena Batang Hidung Sendiri

"Kak, tengok berita dengan surat khabar tak?" Tanya mak.

"Awat mak?"

"Yang kes ayah bunuh 2 anak sebelum bunuh diri tu."

"Awatnya?"

"Abang Shaari lah tu!"

"...?"

"Laki Kak Zah laaa!"

"La haulawala quwwataillabillahil 'aliyyil'aziiiiim.." Itu sahaja yang mampu terucap.

Bapa bunuh 2 anak sebelum ditemui mati
NIBONG TEBAL 23 Julai - Seorang pekerja kilang yang dipercayai kecewa dengan keretakan rumah tangganya bertindak membunuh dua anaknya berusia satu dan empat tahun, sebelum ditemui mati di sebuah rumah di Parit Kasa, di sini hari ini.
Dalam kejadian menyayat hati itu, mayat Shaari Hamid, 34, dijumpai tergantung pada alang bilik di rumah berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Berdekatan mayat Shaari ialah dua anaknya, Muhamad Shafril, 4, dan Nor Ameelia Shafiqah, 1, yang terbaring bersebelahan antara satu sama lain dalam keadaan mulut kedua-duanya berbuih.
Laporan bedah siasat mengesahkan kedua-dua kanak-kanak malang itu diracun oleh bapa mereka pada lewat malam tadi.
Utusan Malaysia difahamkan, polis turut menemui beberapa keping nota mengandungi luahan rasa kecewa Shaari mengenai masalah rumah tangganya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, mangsa dipercayai bertindak membunuh kedua-dua anaknya dengan memberikan racun yang dicampur pada makanan atau minuman.
"Dia baru berpisah dengan isterinya kira-kira enam bulan lalu dan sedang dalam proses perceraian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan, Shaari dan isteri, Norhanizah Ahmad, 27, tinggal secara berasingan sejak beberapa bulan lalu dan kedua-dua anak mereka duduk bersama ibunya di Kampung Titi Serong, Parit Buntar, Perak, dekat sini.
Keluarga terdekat mangsa memberitahu, Shaari mengambil kedua-dua anaknya dari rumah mertuanya kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Shafien berkata, kejadian tersebut disedari kakak Shaari yang datang ke rumah tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Kakak mangsa terkejut melihat Shaari tergantung dalam sebuah bilik rumah tersebut lalu keluar mendapatkan pertolongan," jelasnya.
Beliau menambah, pemeriksaan polis mendapati, ketiga-tiga mangsa mati kira-kira tujuh jam sebelum mayat mereka ditemui.
Shafien berkata, polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh dan membunuh diri iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau memberitahu, kesemua mayat dihantar ke Hospital Besar Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.
Sementara itu, Norhanizah yang ditemui di bilik mayat hospital memberitahu, suaminya itu ada menghubunginya Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk mengambil kedua-dua anak mereka.
"Tetapi saya tidak beri kebenaran sebaliknya memintanya (Shaari) mengambil anak-anak pada hari Sabtu kerana saya mahu meluangkan masa dengan mereka," katanya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di Perai, dekat sini.
Bagaimanapun katanya, tanpa pengetahuannya, Shaari mengambil Muhammad Shafril di rumah ibunya kira-kira pukul 11 pagi semalam sebelum mengambil pula Nor Ameelia Shafiqah yang dijaga oleh seorang pengasuh tidak jauh dari situ.
"Saya tidak tahu dia (Shaari) ada mengambil anak-anak dan hanya diberitahu ibu saya dan pengasuh berkenaan, tidak sangka pula dia buat begini," katanya yang sebak.
--------------------------------------------------------------------------------
RASA bersalah, berdosa, takut, sedih...., entah. Mixing feeling. Sudah terkena batang hidung sendiri, terjadi di kalangan kenalan sendiri, baru terasa nak menggelabah. Sebelum ini, banyak kes seperti ini yang berlaku tapi kerap kali aku bermalas-malasan nak ambil tahu. Amar ma'ruf nahi mungkar diabaikan. Tiada perasaan untuk memberi kefahaman agama. Berdosalah aku.
Kes itu, panjang ceritanya. Tidak pula aku sangka sampai begini jadinya kisah ini. Namun, apalah yang nak dilihatkan dengan apa yang dah berlaku. Bukan penting untuk menilai siapa yang salah. Yang penting, apa yang kita sudah lakukan. Masyarakat jadi begini? Salah siapa? Muhasabah.
Di mana kita? Kita yang FAHAM?
Di mana aku...? Apakah akan dituntut di hari sana.. Na'uzubillah.
Wahai rijal wannisa', marilah. Jangan hanya tunggu sampai terkena batang hidung sendiri nanti baru nak terjaga.
------------------------------------------------------------------------------
"Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang sempurna, Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu), Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan..."
(An-Najm: 39-44)

Tuesday, 15 July 2008

Niqab ini

Alhamdulillah, sekarang saya dah pun memasuki hari kedua untuk semester baru. Walaupun baru saja beberapa lecture yang dilalui, kami semua dah dilambak dengan kerja-kerja. Lecturers are always expecting the best from us. So, the best we should give. Sebenarnya tak adalah 'we' sangat. Saya keseorangan juga sem ini. Dan seperti yang dijangka, saya mendapati pandangan-pandangan pelik daripada budak kelas kepada saya. Who's she? Was she here on the last sem? Are you a local student?
It started here when I was wearing niqab for the first time. It was on the last sem, during examination period. Orang tak ramai sangat di uni sebab kebanyakannya study di rumah dan datang ke uni hanya bila exam day. Jadi, tak ramai yang tahu tentang hal ini.
Saya tanya pendapat Yati, Atiqah, dan kebanyakan sahabat dan alhamdulillah semuanya menyokong kata putus saya. Mula-mula, saya ragu-ragu sebab kami semua belajar di uni swasta dan international pula tu. Paling mencabar, saya student engineering. Susahlah nak survive kalau pakai niqab. Tambahan lagi, hanya 3 orang sahaja perempuan dalam kelas MEC, saya seorang saja perempuan yang muslim. Yang lain semuanya lelaki melayu, cina, india dan foreigners. Bila fikirkan semua itu, saya ragu-ragu juga. Namun, semuanya berbalik kepada Allah juga...
Bila pulang bercuti di rumah, family pun terkejut juga. Namun, alhamdulillah parents saya memahami (malah, emak dan ayah telahpun memikirkan hal-hal perkahwinan). Ayah tanya emak,

"Kalau dia pakai macam tu, ada ka orang yang nak kahwin dengan dia nanti?"
Emak pula dah berfikir jauh,

"Kiranya nanti tak payah bersanding....."
Semuanya lucu dan tak dijangka. Alhamdulillah juga. Dulu saya ingat mereka akan menghalang sebab dulu emak tak izinkan.
Bila dah pakai niqab, banyak juga tabiat dan pekerjaan yang terhalang. Kalau nak keluar rumah pun susah juga (kadang-kadang tu sebab malas). Tapi, saya suka dengan kehidupan saya setakat ini. Suka sangat. Cuma, kadang-kadang saya takut kalau-kalau saya tidak istiqamah dalam tarbiyyah serta bermalas-malasan, maka nilai niqab ini dipandang rendah. Niqab juga membawa tugas yang besar!
Yang paling takut, perkataan riyak. Apakah saya akan riyak bila memakai niqab ini? Kalau riyak, tak bergunalah amalan. Na'uzubillah.
Walau apa pun, saya akan belajar dengan kegigihan yang maksima. Niqab ini bukanlah penghalang walaupun satu uni memandang-mandang anda. Manusia hanya judge dari pandangan mata mereka. Pandangan mata tak selalunya benar.
Untuk menyelesaikan masalah saya sekarang, beberapa cara telah diambil:
1. Memasak saja di rumah.
2. Rajin-rajin memulakan perkenalan.
3. Layan orang lain macam biasa saja.
4. Tarbiyyah diri dan orang lain.
5. .....dan lain-lain
Cemburu bila baca blog-blog orang yang berda'wah dan mentarbiyyah serta berusrah. Kami masih dalam usul.

Thursday, 3 July 2008

idea



idea nak menulis untuk blog selalu datang mencurah2 di kala tengah bosan2, tak de kerja.
tapi bila dah bukak laptop, idea hilang pulak... lari entah ke mana..
ada jugak sekali tu, dah type dah panjang2 bila baca2 balik.. eh, teruk pulak karangan, ntah apa point yang nak ditekankan.. *sigh*

tapi setelah pergi ke 'joint khatibah' mggu lepas, bertanyakan isu blog ni pada kak sofi sayang.
dia galakkan menulis. walau teruk cmna skali pun, tulis saje adik.. sbg latihan. tak kire la orang fahan ke tak.. tapi sbg latihan..
'cuba awak fikir, mana ada dah generasi kita yg berjaya nak tulis buku macam ahli2 ilmu mcm dulu? ada ke? dah takde kan? jadi ambillah ini sebagai langkah utk melatih diri.. dalam arena penulisan'

ada benarnya kata2 kak sofi.. ye mari kite kumpul kekuatan, mari menulis! yeehaa...