Wednesday, 25 June 2008

Lost


Masih ingat pada karya Le Aouniue ini.
Cemburu, bila agaknya idea begini akan muncul lagi. sigh~
(T_T)!

Tuesday, 24 June 2008

Gulungan Kasih Buatmu Bonda

Bonda,

Anakanda bonda ini sedang merinduimu. Anakandamu ini juga sedang merindui suamimu dan anakanda-anakandamu. Semoga hari-harimu bonda selancar aliran air mata si penaubat. Anakanda masih lagi membayangkan apakah yang bonda sedang berbuat, menguruskan pekerjaanmu di dalam atau di luar. Tambah-tambah lagi anakanda sering rindu pada teratak kita itu. Segala sudut dan perabot kepalang anakanda membayang, seperti mencipta suatu pementasan. Anakanda berharap bonda tahu yang anakanda ini amat mendoakan perjalanan harimu bonda indah belaka. Tanpa onak yang mengajar tangis perit. Tanpa semua itu bonda.

Apakah perkara yang lebih perit buat seorang anakanda selain melihat diri bondanya terhiris terluka? Demi bonda, anakanda sanggup berbuat apa sahaja asalkan cinta kasih bonda memekar semuanya.

Anakanda ini sihat tapi sunyi bonda. Di kejauhan ini, dagang apakah yang lebih hempedu dari dagang seorang anakanda. Anakanda mahu melompat pulang ke negeri kita tapi itu bunuh diri dan haram hukumnya berlari dari jihad. Pekerjaan anakanda belum bermula. Jihad anakanda baru berpucuk. Anakanda bukan berdepan dengan perang pedang, bonda. Perang anakanda ini perang melawan syaitan dan yang jahil-jahil semuanya. Barangkali sejuk hati bonda mendengarkan semua ini kerana anakanda tidak menghadapi mati. Namun bonda, perang ini amat besar kerana menyeteru hawa nafsu. Perang ini mengajak anakanda kepada Tuhan Yang Maha Perkasa Maha Pencipta. Perang ini yang mengajak umat berbalik pada Yang Maha Besar.

Bahkan ketahuilah bonda yang perang inilah yang menyuruh anakanda cinta kepada bonda.
Kalau bukan kerana perang ini tidaklah kukuh cinta anakanda ini kepada bonda. Tidaklah tertulis warkah rindu ini buat bonda. Yang Maha Pengasih Maha Penyayang itulah yang menyuruh semuanya dalam kitab kecil itu bonda. Yang bonda ajarkan pada anakanda dulu.

Maka redhalah bonda pada anakanda di jalan ini. Apa yang anakanda berbuat hanyalah kerana habibnya anakanda pada pertemuan akhir nanti. Anakanda mahu bonda memiliki anakanda yang soleh semuanya supaya bonda melangkah tegak padu ke syurga nanti. Ketaatan anakanda pada bonda usah diragu bagai menusuk lembing ke sisi kiri jasad. Selagi anakanda kuat di perang ini, selagi itulah bonda harus berasa lega dan fakhrun.

Janganlah bonda tidak meredhai anakanda. Redhailah, bonda. Redhailah anakanda. Anakanda mencari keredhaan Allah, yang juga datang dari keredhaan bonda. Lihatlah bonda, dunia ini indah kepalang jika berwajah permaisuri, ditatang satu negeri, bernikahkan anak hartawan, terhormat di tempat awam. Namun, semuanya berbalik kepada keredhaan Allah jika mahu pengakhiran yang saadiah. Maka bonda fahamkanlah mengapa gerangannya degil sungguh anakanda pada jalan ini. Semoga bonda sekeluarga dirahmati Yang Esa.

Akhir kalam, semoga bonda mendoakan perjuangan ini, sebagaimana istiqamahnya doa anakanda buat bonda.

Salam rindu,
Anakandamu.

Friday, 6 June 2008

Hari Lahir Ziha - 4 Jun 2008

4 Jun
Planning untuk mengadakan sambutan hari lahir mengejut untuk Ziha agak menjadi. Sambutan mengejut ni sudah menjadi trend di kalangan kawan-kawan. So, kena selalu fikirkan cara baru supaya Si Birthday Girl tak dapat detect apa. Tahniah buat Suraya sebab berusaha membawa lari Ziha ke Sunway Pyramid dan on the same time kami buat preparations di sini. Terkejut juga Ziha ye. Harap-harap sambutan ni akan diadakan selalu. Sebab tomyam sangat sedaaap juga.

Semangat jaga api

Kek coklat..

Hadiah untuk Ziha

Makan-makan.

Semoga Ziha bahagia selalu, berjaya di dunia dan akhirat serta dapat mencapai matlamat yang diidamkan. Ukhwah fillahi abadan abada. Selamat Hari Lahir. =)