Monday, 25 February 2008

Raja Cinta

Orang putus cinta
Seluruh dunia hulur tangan
Kirim simpati

Yang tidak pernah bercinta
Tidak diambil tahu
Hal hatinya,
Hal rasanya.

Dia lebih banyak luka dan laku
Dibisa cinta
Benar dia raja.

18 Disember 07
07:28 a.m.

Di Sebalik

Angin jernih menyapa pipi
Unggas berbicara harmoni
Neon kelam mengganti hari
Inti senja disapu pergi

Nun dirgantara manik berkerdip
Utuh pohon mengikat jalur tua
Runduk padi mencium bumi.

Fajar rakus menerjah pagi
Alam menari tarian pelangi
Tiun murai mendodoi pribumi
Ikal rambut pohon tempurung
Nyanyian penyair bergema rawa;

Memuji pencipta
Olahan cinta sempurna
Hiba menakung embun
Adanya di bibir mata
Mendongah ke tirai langit
Ada wajah dosa dan pahala
Daun setawar gugur bercambah

Zuriat alam melepaskan talinya
Ah!
Intaian mata di bilahan kapak
Ngauman rimba sayup lagi
Alam ini miliknya sendiri
Longgokan cinta dan naluri.

smap labu
2004

Penutup

Lahirnya jiwa;
Putih
Sesuci gadis di gunung salji
Dicelup atau tercelup
Dengan palitan warna.

Jingga
Terpandang redupnya senja
Aku mula sedar diri
Birunya laut gelap di dalam
Makin dalam makin berilmu
Aku baru jatuh cinta pada hijau
Sedangkan berzaman ku pertahankan alam
Aku pernah mencium basahnya tanah
Jatuh bangkit kembali
Masakan aku takut pada merah darahku?
Dicelup atau tercelup.

Yang terhasil pekat hitam
Diganti putih lain
Selepas penutup.

Kedah
31 Disember 2006

Sunday, 24 February 2008

Hentian Raya

Aku orang kaya
Menunggu dalam mercedes
Sebelah hentian raya

Perhentian minyak dan habuk
Kotor dan buruk
Bagi sesetengah orang
Lautan kehidupan
Dengan ikan rezeki
Dan sekarang pengalaman.

Anak india hisap rokok
Anak melayu rambut merah
Bangla melepak
Mak cik terpinggir
Adat adab runduk budaya.

Bukan angin kebiasaan
Tapi mata pemandangan
Mengajar untuk menginjak.


Parit Buntar
08 Jan 08
04:24 p.m.

Thursday, 21 February 2008

Cerita Ringkas

Kenapa munira? =P
Percaya tak kalau sy kata ada org panggil sy dgn nama munirah? Kalau anda kwn2 sy, mestila anda tergelak sampai terguling sbb macam tak sesuai dengan sy. Namun, faktanya ialah mmg ada org yg panggil sy mcm tu. Waktu kecil2 dululah... Sekarang ada certain2 org je yg still panggil camtu, bila blk kedah.Nabilah dah masuk mrsm. Mak kata hari2 dia telefon. Biasalah tu, adat muda menanggung rindu, lumrah hidup mmg begitu.. Resah gelisah ingin bertemu, merindu merindu selalu.. rindu merindu.. keluar lagu dikir barat la pulak. Kesian pula kat Nabilah tu sbb sy prnah merasai perasaan dan pernah melalui situasi yg sama dgn dia (dah masuk universiti pun rindu family lagi).

Alhamdulillah, timetable semester ni nampak stabil. Cuma ada kelas pada jumaat petang. Yang penting, ada wktu solat, kelas tak straight 4-5 jam. ok la tu.

Teringat kata-kata ustaz kat ta'lim last week. Manusia tak pernah berasa puas dgn apa yg mereka ada. Cthnye, handphone. Setiap tahun rasa macam nak tukar kepada phone yg lebih canggih. Sedangkan camera, gprs etc. bukannya digunakan sgt. Tu ustaz yg kata. Masa tu barula tersedar yg kata2 ustaz mmg betul. Tapi nak buat mcm mna, sy dh tukar pun ke handphone baru. "Istighfar byk2. Betulkan niat. Sucikan hati."

Smlm buat surprise kt hanum. Seronok betul. Mujurlah tak diketuk oleh budak bilik lain especially A-201. =) Pagi tadi pulak, perform dikir barat. Agak menggelabah tp berazam nk buat lebih baik utk sabtu ni.

ohoho..ngantuk dah.

Saturday, 16 February 2008

Memori Labu


Benua Diam
(Muhammad Haji Salleh)

kata tidak pernah berperan
sebagai penerang,
dia penghuni setia benua diam.

sekarang, di waktu
penyakit memutuskan suara
wajahnya lebih bersih
dari cermin muda,
dan dia tidak berjuang
untuk menyusun pendapat.

ada cara lain menenun hidup,
warna mata dan irama telinga juga
cukup untuk hayat.

semuanya lebih mudah -
angguk atau geleng
sekuat teriakan kehendak

labu
14 April 1996


Saya suka sajak ini. Mungkin kerana ia ditulis di Labu, tempat saya bermukim selama hampir lima tahun semasa sekolah menengah dulu. Mungkin kerana saya seolah-olah merasai apa yang dirasai oleh Muhammad Haji Salleh kerana saya pernah berpijak di bumi itu. Saya rindu pada SMAP Labu. Sajak ini kadang-kadang menjadi pengubat rindu. Entah kenapalah saya asyik terbayangkan saya berjalan di trek merentas desa kat kawasan perkampungan depan tu setiap kali saya baca sajak ini. Terbayang diri saya melintasi kawasan tanaman sayur-sayuran yang disirami air yang terpancut-pancut sampai kami semua pun terbasah sekali. Sepanjang jalan di kawasan itu juga dicacakkan tayar-tayar lama menjadi penghias jalan. Tenang sungguh. Dan sampai di suatu kawasan, saya berlari bersama komuter yang lalu. Dan saya terbayang lagi saya lalu di pohon bamboo yang besar dan cantik gile. Macam taman negara. Rindu betul pada memori itu.

Apa yang membanggakan diri saya sendiri, saya sempat menitipkan sajak di bumi labu itu. Ketika hampir-hampir SPM, tengah study kat kelas. Cuma ianye ditulis lewat 9 tahun dari sajak kat atas ni. Sekurang-kurangnya, ilham kami adalah sama.

Cengkerik vs insan

cukup nyanyianmu makhluk Allah
usah kau bermegah lagi
suaramu nyaring tak berlagu
nyaringmu menandingiku
merduku elok daripadamu.

usah kau hentikanku pujangga
merdumu bertempat
usullah aku yang tiada berkira
henti bila berlarinya rembulan.

itulah lemahmu makhluk Allah
mana engkau pada siangku?

fikirlah pujangga,
aku bukan si bodoh termangu
siang bernafkah-nafkahan
malam berdamba-dambaan

kau lemah
aku pun lemah
aku lemah
kau pun lemah
sama-sama lemah
lemah sama-sama.

smap labu
rabu, 12 0ktober 2005

Kurang puitis sebab pemikiran masih baru..

Masih ada peluang. Dunia masih luas. Selagi kita berjalan di bawah lembayung islam dan iman, insyaAllah akan dapat sahabat yang solehah yang boleh bimbing kita. Especially saya yang susah bangat nak istiqamah ni. Teringat pulak kata-kata Ust. Ismail semalam. hu hu. Istiqamah.

ops, esok ada latihan dikir barat la. Nak tidur la. Ngantuk.

Wednesday, 13 February 2008

Created New Blog

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Alhamdulillah, sy telah pun mewujudkan satu lagi blog dan sy harap, kali ni sy akan istiqamah dalam mencatitkan bibit-bibit kehidupan sy aka diari di dalam blog ini. Selamat Datang kpd anda semua dan tq sebab sanggup membaca repekan otak sy ini. InsyaAllah, sy akan cuba mengimarahkan blog ini dengan sebaik mungkin. Kisah-kisah sy, insan-insan istimewa dan peristiwa penting serta penjelasan yang tak dapat diluahkan melalui mulut akan dimuatkan di dalam blog ini. Walaupun blog ini tidak secanggih mana sebab sy buta teknologi, sy masih berharap anda semua meluang masa dan tenaga untuk membacanya. Maka, tamat sudahlah ucapan sy ini. Sekian, terima kasih.

Sekarang sy berada di Sunway walaupun cuti semester masih bersisa dalam 2 minggu lagi. Berat juga rasanya hati nak meninggalkan keluarga di kampung tambahan lagi rumah belum dicat. Kesian mak dan ayah. Siapa nak cat agaknya? Sekarang yang tinggal di rumah pun, Nabilah, Afiqah, Arif. Itupun Nabilah akan mendaftar di asrama beberapa hari lagi. Maka tinggallah Arif sesorang bila Afiqah (Bee) pegi sekolah. Lama-lama, rumah jadi kosong dan sunyi, kata mak, sayu.

Sekarang, sy dah jatuh hati la dengan kaler pink dan kaler coklet. Dulu tak suka. =)

Oklah rasa mcm nak tidur pulak.