Sungguh sedih melihat kamu.
Kamu tinggalkan kasur empuk, dan menghadap peluh serta air mata.
Kamu berdiri mana di bumi Allah, kamu tidak bertemu rumah.
Kamu beramai berkeliling dunia, kamu tidak berjumpa teman.
Kamu menelan, dan selebihnya kamu simpan ke dalam laci kesepian.
Namun, empangan sekuat mana pun tidak mampu menanggung kesedihanmu.
Seketika itu semua orang muncul dan mengejek.
Bukankah pelik kamu dituduh tidak bersyukur?
Kamu bersedihlah.
Harapnya tiada siapa akan ketawa.
Aksara al-
Wednesday, 4 July 2018
Monday, 11 June 2018
Sangkar
Bila orang cuba perbaiki keadaan, mereka cuma mengingatkannya kembali kepada benda-benda yang sudah rosak. Dan perkara tu bukannya semakin membaikkan. Malah, memburukkan.
Dan menyedari bahawa mereka cuba memenuhi segala keinginan yang terkadang dia sebut bertahun-tahun dulu, membuatkan dia tahu bahawa selama ini mereka mendengar, cuma mereka tidak peduli. Semakin tidak membaikkan.
Kalaulah mereka mengerti bahawa cara terbaik untuk menyelamatkannya ialah melalui cara melepaskannya menjalani hidup sendiri.
Bila dia bicarakan, mereka tidak mempedulikan.
Bila dia diamkan, mereka menganggap dia akur.
Bila dia mengikut, mereka cuba mengawal.
Bila dia menjadi diri sendiri, mereka tuduh dia sudah berubah.
Sampai suatu tahap, dia pula rasa yang mementingkan diri sendiri kerana ingin menyelamatkan diri sendiri?
Entahlah.
Wednesday, 23 September 2015
Cemburu atau entahlah.
Saya lihat kamu wahai peraih,
Sibuk dengan kerja dan dilema.
Mengapa engkau peraih,
Bersungguh menepati abadi?
Sedang aku hanya melihatmu peraih
Dan engkau pula yang aku puja?
Kalau kita merentas padang pasir,
Kita berbahagia bertemu air,
Dia mengajak kita berpindah.
Engkau akur mengikut
Aku pula rebah.
Aku ingin menjadimu peraih.
Dia juga ingin kupuja.
Sibuk dengan kerja dan dilema.
Mengapa engkau peraih,
Bersungguh menepati abadi?
Sedang aku hanya melihatmu peraih
Dan engkau pula yang aku puja?
Kalau kita merentas padang pasir,
Kita berbahagia bertemu air,
Dia mengajak kita berpindah.
Engkau akur mengikut
Aku pula rebah.
Aku ingin menjadimu peraih.
Dia juga ingin kupuja.
Subscribe to:
Posts (Atom)