Reviews

Konspirasi Yahudi by Sabaruddin Hussein


Sinergi by Hilal Asyraf
Sinergi merupakan novel karya Hilal Asyraf yang pertama saya baca. Kekuatan karya beliau ini adalah merupakan watak dan plot cerita itu sendiri. Ia mengenai kisah suka,duka dan cabaran yang dilalui watak utamanya Irfan serta Asid di dalam komuniti pelajar Malaysia di Jordan. Apa yang menarik hati saya ialah sikap mereka terhadap Disaster 5, kumpulan pelajar baru yang bermasalah yang akhirnya berubah dengan ke'tegar'an komuniti ini mendekati mereka. Secara peribadinya, saya memuji novel ini kerana ia memberi kesan, membuatkan saya banyak bermuhasabah, mengajar kesungguhan dakwah dan tarbiyyah, serta membawa perubahan dalam diri saya.

Negeri 5 Menara by A. Fuadi
 Semasa di kedai buku, saya amat tertarik dengan buku ini kerana 'cover'nya yang menarik dan mengundang perasaan ingin tahu dalam diri saya. Apabila mula membaca, saya berasa geli hati kerana cara penulisan novel ini mengingatkan saya akan novel Harry Potter. Namun, isi yang amat bermakna, lucu dan penuh pengajaran di dalamnya membuatkan ia serta-merta terpisah daripada Harry Potter, malah, lebih baik daripada novel itu. Saya sangat mencemburui Alif, satu watak yang bersih dan ikhlas setelah mengikuti perjalanan hidupnya di sekolah pondok dan kejayaannya menjadi seseorang yang ternama di Washington. Di sini, misteri kehidupan di sekolah pondok telah didedahkan, dan ia sangat mengagumkan!