Friday, 14 September 2012

I'm back!



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan saya kembali menggunakan jari-jari yang manis ini (hu hu) untuk menaip di atas nama-Nya, yang tanpa-Nya, ribuan perkataan boleh terpadam begitu sahaja kerana ketidakkualitiaannya dan sebaliknya sebaris ayat boleh membuah buku kalau ikhlas kerana-Nya.

Tsumma alhamdulillah wa tsumma alhamdulillahi ta'ala.

Saya sendiri berasa kagum dengan 'kerakusan' jari ini menaip kerana sejak beberapa bulan lalu, saya telah menganaktirikan dunia penulisan, nak membaca artikel di alam maya pun malas, dan dah 3 hingga 4 kali saya terlambat submit penulisan saya ke team editorial MJ (bukan Michael Jackson atau Masjid Jamek).

Dunia saya penuh dengan buku. Saya beri (jual) kepada orang harta ratusan helai untuk mereka kutip hikmah daripadanya. Saya juga membaca buku di dalam tren. Jadualnya begini:

Rumah - K.Lumpur                : Baca al-Mathurat
K.Lumpur - Seri Kembangan : Baca al-Quran
Seri Kembangan - K.Lumpur : Baca buku
K.Lumpur - Rumah                : Baca al-Mathurat

Cuma kadang-kadang jadual tak ditepati seperti mana kata-kata janji di dinding-dinding tren-semakin-efisen :D

Iklan - Ramai orang kata buku ni bagus. Tentang tema surah-surah al-Quran.
Itu sebabnya saya berasa pelik, mengapa saya jadi basau dan longlai bila nak menulis? Bukankah dengan banyaknya membaca, kita akan mampu menulis?

Himmah

Sehinggalah hari ini apabila saya melangkah ke alam MJ atas permintaan akak ketua pengarang aka bos MJ dan bos kedai buku, jari ini ingin meletup kerana motornya tidak sabar menaip. Hanya selepas saya membaca artikel-artikel yang dihantar oleh kolumnis-kolumnis hebat MJ, tiba-tiba jiwa ini terasa bersemangat kembali dan terasa muda semula (padahal memang terasa muda sejak dulu pun. akan diceritakan kemudian).

Baru saya tersedar, kita ingin menulis bukan kerana ingin menyampaikan maklumat dan tulisan, tetapi kita membekalkan himmah (semangat) bersama-samanya. Jadi, kalau nak menulis, tidak cukup jika terasa besar di sini (tunjuk kepala) tetapi juga besar di sini (tunjuk jantung).

Dan hey, saya dah kembali!!

p.s. Kali terakhir update masa jadi engineer. Sekarang dah jadi editor baru nak update. Masa jadi marketing executive tak pernah update :)

No comments: