Tuesday, 3 January 2012

Target Masa Hadapan 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Sungguh saya tak punya idea nak menulis sejak dua minggu yang lepas. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana banyak peristiwa besar gedabak jatuh dari langit tiba-tiba, menyebabkan saya terfokus di situ. Heu heu alasan basi. (sorok muka bawah langsir)

Agaknya masih tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru buat diri sendiri dan anda, semoga azam dan niat dimuhasabah dan diperbaharui. Dan saya juga belum lagi menyemak dengan teliti senarai target 2011 dan 2012 saya yang dilekat di tepi meja itu. Dan ohoi, nampaknya sekarang ada yang bakal dianakpanahkan (menukar target ke tahun lain dari asal). Guess what...

Ya, saya telah berjaya memberi penyampaian tentang topik di luar target saya pada minggu lepas! Hoye! Alhamdulillah (chicken dance). Adik-adik Johor memang tabah hebat mantap. Walaupun kena naik bas jauh-jauh, kemudian naik ktm, kena jalan kaki lagi, tak ada kakak yang sambut ke ribaan pun... Malam esoknya bersesatan jalan kaki sebelum berjumpa dengan akak muharikah itu. Bersempit-sempit pula. Namun, mereka masih bersemangat. Tabik spring kepada mereka.

Ditambah pula dengan kakak yang wajahnya dikatakan tiada perasaan ini (mungkin kerana wajahnya begitu cool sekali) maka perjalanan adik-adik begitu kurang ceria mih mih. Mujurlah ada akhawat Brunei yang dengan takdir Allah akan berjaulahan ke Ganu bersama Uqy, datang menyinggah untuk bersharing. Maka, lega sedikit kakak pyare ini. Ditambah pula dengan ukhti yang lagi seminggu nak due mujahidnya itu, datang dengan saratnya itu dari Johor kerana mahu meninjau adik-adiknya (apatah lagi kerana di bawah jagaan saya yang... ha ha). Ukhti memang hebat!

Mereka memang hebat!

Memang betullah. Medan amal mentarbiyyah lebih hebat dari medan kata-kata. Di alam maya ini kita pom pam pom bersyarah macam bertih jagung. Beratus-ratus orang boleh loike penulisan kita. Namun, di medan amal yang realiti manisnya pasti lebih terasa berkilo-kilo kerana cabarannya lebih memberi pengajaran. 

Dan di medan kata-kata ini kita merasakan kitalah yang terbaik. Tetapi seringkali kita jatuh terpeleot dengan kritikan dan pujian manusia. Sedangkan di dalam dunia realiti, beratus-ratus lagi akhawat yang heroic sekali berjuang di medan dakwah tanpa seorang manusia pun menyedari pengorbanan yang telah mereka lakukan. Haish!
Saya semakin faham alhamdulillah.

Dan waktu itu, Allah mengurniakan saya sesuatu yang sangat tidak disangka-sangka. Semasa berjalanan riang, rezeki datang bergolekan! Bak kata ukhti yang wajahnya seperti artis itu - 'Semasa tengah berdakwah, jodoh datang mengejar-ngejar!'  (ha ha apakah?)

Merindui ukhwah yang masem-masem manis itu.

Oh sungguhlah terkeluar tajuk. 
Sedang bersemangat nak realisasikan target ohoho.

p.s. Sungguh malas nak upload gambar (sebenarnya memang takde)
p.s.s. Mak terbaca target-target berkenaan tapi mujurlah tidak faham kerana dipenuhi istilah-istilah tarbiyah esp. BM itu ha ha.

No comments: