Thursday, 12 January 2012

Once Upon A Loser


(Lagu kegemaran masa sekolah labu labi.)

Tadi (semalam) semasa dalam perjalanan balik dari berjumpa adik-adik, terdengarlah di radio akan lagu yang dah lama tak dengar. Lagu ni memang lagu kegemaran masa sekolah tapi lepas dapat tarbiyah dah tak dengar lagu ni, lagho, simpan dulu untuk akan datang kononnya (ha ha).

Bila dah terdengar lagu ni, memang rasa rindu sangat dengan zaman sekolah. Dah sebelas tahun sejak kali pertama jejak kaki ke sekolah labu labi. Masih teringat wajah sekolah, suasana outing -yang hampir separuh masanya dihabiskan dengan hanya beratur di ATM BSN di Terminal One.

Ditakdirkan Allah baru-baru ni, saya terjumpa suatu e-surat yang saya taip selepas SPM, ditujukan kepada kawan baik saya, Farhah. Rasanya sampai sekarang dia tak pernah baca lagi pun surat tu. Bahasanya entah-apa-apa tapi isinya memang lucu (hanya kami yang faham kebanyakannya).

Saya letak sedikit isi kandungan surat tu di sini. Dan mengekalkan originaliti bahasanya untuk lebih 'feel' akan suasananya (Allah, saya pun terkejut dengan gaya bahasa saya ketika tu), tapi saya letak nota dalam tulisan berwarna merah.

Peringatan: Ini adalah saya, err, enam tahun yang lalu. Maka faham-fahamlah. Janganlah pula selepas ini jika ternampak saya anda berasa mual-mual seperti wanita hamil :(


**********************


Mende ni aku karang pukul 2.38 pagi. Susah nak tido. Tetibe teringat kat kawan aku Si Farhah. Time ni la aku mengimbas balik kenangan aku ngan Paah.. Hey, Paah.. kau dengar tak? Aku harap ko baca ni.. Hey, Paah.. macam mana kite kenal ar.. tentula kenal sebab satu form.. kenal lagi rapat masa form 3 kan.. Mula2 masuk 3 Haitham (diserap masuk kelas nombor 1 berdasarkan result akhir tahun form 2) memang menakutkan.. takde kawan.. lagipun aku ni bukan budak baik. huhu.. tetibe lak duduk sebelah ko, Paah.. mula2 aku cam tak selesa je, rupe2nye jadi kamceng lak. mana taknye.. hobi kite same.. pukul 10 malam jer, lesap le kite dari kelas.. pegi mane? huhu.. tak ramai yang tahu.. haha.. (sebenarnya kami pergi main melompat-lompat kat tiang tepi kelas.) sampai ada sekali tu kite tak kluar masa pukul 10, ada dua tiga orang pelik.. (ayat seorang budak putera: eh, dah pukul 10. takde orang nak keluar ke?) kalo nak tau, itula tebiat budak yang baru biasakan diri ngan budak2 pandai… tambah lagi kat kelas tu kite duduk dekat ngan Ku and J-lah, mak aii.. (Ku dan J-lah penduduk asal kelas Haitham, duduk di depan kami, juga bercakap dalam loghat utara) bercerite sakan.. Hey, Paah.. ingat tak istilah ******* dan *******? (yang ni di-censored sebab seriously tak ingat apa maksudnya) amende ar. huhu. yang tu waktu form 4 kan.. aku selalu sgt lepak kat bilik ko.. mase tu la wujud krisis kite ngan kak ehem2 sebab ape tah.. (seorang akak form 6, tak tahu konflik sebab apa, akak tu pun menggunakan kuasa vetonya sebagai kawan pengawas untuk mengadu kepada warden) tak pasal2 aku plak yang kena panggil jumpe puan ayu lepas perhimpunan.. (ini kali pertama dan terakhir dipanggil. saya tak suka buat kesalahan di sekolah walaupun lewat keluar gate asrama) ade ke patuuuut.. ish3.. cobaaaaan.. tapi tak serik2 jugak aku pegi bilik ko yek.. Hey, Paah.. kite ni kan macam Spongebob ngan Patrick.. huhu.. elok2 jer kite sekelas time form 4. kalo dah pukul 2.30 kite dah tak pandang cikgu mok (cikgu add maths) yg tgh mengajar tu.. tengok tingkap aje.. (rasanya sebab tunggu orang yang diminati lalu he he) cikgu mok ni.. name aku panjang2 boleh lak die singkatkan jadi ayuno fatin.. klakar tol.. masa form 4, group kite blatih nasyid kat tepi ampaian blok c. ntah semak mane la yang kite pilih.. punyela tak nak bagi orang dengar.. huhu.. (setiap tahun ada pertandingan nasyid di Aspuri) Hey, Paah.. lagu ciptaan kite tu ko ingat lagi? lagu al-____ ‘04? (tak ingat al- apa) Aku suke btol la ngan korus dier.. kreatif btol la ko ni.. asalnye aku tak minat ngan nasyid2 ni, berjangkit drpd ko la.. paling best nyanyi depan ustaz Abdullah, ngan cikgu2 lain.. (zzzzz) poyo btol.. kite ni punye le pulun tetambah lagi jadi budak Ilham lak.. (majalah tahunan sekolah. angkut DSLR sana sini.) waktu nadwah (Nadwah Kepimpinan Islam SBP) dulu, buat lawak bodoh ngan peserta dari sekolah sains pokok sena tu.. pastu pegi borak2 ngan budak mtd. (err, tak ingat) ey.. takde keje btol.. kalo waktu prep, tangga la jadi tempat kite.. (tempat melepak untuk menyanyi nasyid, ada echo) ye ar.. malassss nak study. ko la yang malas.. aku rajin jek.. huhu..apela cite kawan kite Si Kai tu.. jarang2 dpt cntct.. Hey, Paah.. kite ni macam budak hitam.. walaupun tak cukup 10, dua pun jadi la.. sape yang kawan ngan kite jadi la jugak budak itam.. huhu.. waktu form 5 dah tak sekelas.. kite pun busy study (kononnye..) naseb baik le bilik berdepan.. ada Ku ngan J-lah lagi.. Tambah ngan Amy, Nana, Rabiah kekadang.. menyembang aje.. naseb baik aku ngan J-lah, ko dengan Ku.. kalau aku ngan ko, J-lah ngan Ku.. huih.. tak ingat dunnialah.. at least budak dua orang tu mempengaruhi kite nak study untuk spm.. thanks u all.. antara aku ngan ko plak, aku la yang paling malas nak study.. asal 5 minit mengadap buku jek, dah pegi Disneyland.. kelas form 5 ni ok.. at least takde tikus macam kelas kite dlu.. ngah3.. Hey, Paah. Kat matrik tu kalo outing ingat2 le aku.. teringin lak nak makan papa roti tu. (selalu outing semata-mata nak beli ni je) waktu spm, lagi best.. takdela rasa tertekan sgt sebab peraturan dah longgar skit. pegi beraye la.. tgk cd sampai esok pagi. best... (cerita korea, jepun, hindi) alamak.. banyak lak aku tulih.. tak sedar.. kalo nak ikutkan, citer aku ni sampai 10 pages pun tak abis.. aku mengarang ni sebab bosan2 sesangat dah.. mana taknye.. duduk rumah dari dulu sampai skang. (Sebelum dapat offer Mon Mon) org lain dah pegi matrik ngan u.. Hey, Paah.. aku nak tido.. patutle mata sakit, aku tak pakai spek.. thanx to u aku berjaya sampai ke tahap ni.. ok la.. thanx tu kawan2 lain jugak.. Hey, Paah.. aku sambung lain kali yek.. kalo ko gelak suruh org tampar belakang ko yek.. (satu-satunya cara nak hentikan gelak beliau) bye.. salam.. ngantuk.. 

**********************

Mengapa mengada-ngada menayangkan surat ini di sini? 

Saya boleh sahaja menghantarkan surat ini kepada Farhah tapi saya merasakan surat ini juga sebenarnya ditujukan kepada saya kembali. Yang menghantarnya adalah diri saya sendiri pada enam tahun lepas. 'Dia' ingin mengajak saya menilai kembali betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang Allah terhadap 'diri kami' sehingga merubah 'dia' menjadi 'saya' pada hari ini.


Berubah yang saya maksudkan itu bukanlah dengan mengatakan bahawa semua yang saya lakukan dulu buruk dan dosa semuanya. Ia lebih kepada perbandingan gambaran kehidupan sebelum dan selepas memahami matlamat hidup which is hanya diketahui setelah mendapat tarbiyah.


Dan melalui surat ini saya dapat mengingati secara spesifik perasaan dan impian saya pada masa itu, lalu dapat juga mengenang perubahan-perubahannya. Ianya berakhir dengan hanya satu kesimpulan -perancangan Allah terhadap hidup kita memang cantik. 

  • Saya bukanlah budak baik semasa sekolah. Mungkin sedikit ganas dan peminat Encik Gotcha tetapi tidaklah sosial dan menggeletis (pada level kefahaman ketika itulah). Err, kan?
  • Masa SPM saya tak sempat pun study untuk Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (PQS) kerana tertidur pada malam sebelumnya. Sebelum masuk dewan rasa dah give up dan main selak saja buku teks untuk capture apa yang mampu. Allah memang sangat baik terhadap saya. Soalan peperiksaan memang exactly topik yang saya captured tadi. Bayangkan 4-5 pages berbanding puluhan pages. Betapa rendah kebarangkaliannya. Allahuakbar! Alhamdulillah dapat A1 untuk PQS.
  • Betapa loser-nya hidup saya sebelum dapat tarbiyah. Seriously main-main, malas belajar T_T
  • Saya bersyukur Allah meletakkan saya di bumi Sunway. Di situ saya jumpa tarbiyah. Di situ saya berubah menjadi lebih baik daripada dahulu. Bekalan nama 'sekolah agama' sahaja memang tak cukup untuk kita.
  • Saya tahu pelajar putera benci kepada saya. Sekarang tak tahulah (ho ho). 
  • Saya menggunakan kata ganti diri 'saya' bermula di kolej kerana tidak sengaja, akhirnya 'terperangkap', terbiasa, tak dapat nak ubah jadi 'aku' kembali. Alang-alang nak menjadi lebih lemah-lembut. Itu sebabnya kalau jumpa kawan sekolah 'saya' jadi 'aku' balik.
  • I am annoyed dengan cinta monyet. Annoyed dengan diri sendiri.
  • Saya sangat menghargai semua guru dan kawan-kawan saya di sekolah labu labi. Tanpa mereka, saya bukanlah diri saya yang sekarang ini.

Benda yang dah berlaku itulah yang terbaik untuk berlaku. Allah juga telah menyatakan,


"Dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan." (Ad-Duha, 93: 4)


Yang bermaksud, Allah tak pandang pun kita yang dulu-dulu tapi bagaimana keadaan diri kita sekarang. Sangat rugi kalau dulu kita hebat, kelas pertama, pengawas, atlet sekolah, pergi ke peringkat antarabangsa etc. tapi end up sekarang kita tak bahagia dengan apa yang kita lalui. Malahan kita lihat kawan-kawan kita dulu yang keputusannya tak adalah baik sangat dan perangainya sengal-sengal, tapi sekarang dia lebih bahagia dengan kehidupannnya. Muhasabah kembali mengapa...


School might be something but not everything. 
True failure is when you're not able to explain why God created you.  


Gambar selepas PMR bersama J-lah, Farhah, Haliza, Ku dan Fairuz. Farhah tak habis-habis dengan gambar UNIC dia :-P

Farhah currently di tahun akhir dalam bidang 'Veterinary Medicine', J-lah currently dalam bidang 'Medicine', Ku pula sudah tamat pengajian dalam bidang 'Dentistry'. Doktor belaka. Den jo yang minat Besi.

Losers live in the past. Winners learn from the past and enjoy working in the present toward the future. (Denis Waitley)

I used to be a loser like you, then I took an arrow in the knee. He he.


p.s. Buat mereka yang ingat saya 'sesopan' ini sejak sekolah, sila cover sikit mulut anda yang terlopong itu.
p.s.s. Ya. Dulu saya dan Farhah memang suka menyanyi. Sekarang peti suara dah rosak he he.

No comments: