Tuesday, 6 December 2011

Spontan Seorang Muslim



Spontan seorang muslim itu adalah spontan sebuah akhlak mulia. Kerana dalam fikiran dan ruhnya mengalir adab-adab islami yang dipupuk dengan ilmu dan iman. Perlakuan spontannya adalah perlakuan penuh dengan ihsan. Ia adalah autogenerated akhlak.

Kalau melatah pun sebaik-baiknya keluar ayat-ayat yang baik seperti puji-pujian, ayat al-Quran atau hadith, bukannya 'Oh Doraemon!' atau lebih buruk, carutan. Orang yang melatah dengan carutan adalah orang yang di dalam mindanya terinstall readily kata-kata carut marut itu. Macam empangan, apabila pecah, keluar lajulah semua yang diempang. Tak bolehlah nak salahkan air yang kotor kalau kita empang air yang kotor.

Lalu jagalah hati masing-masing. Kerana keadaan hati akan dizahirkan oleh jasad -perlakuan dan kata-kata. Jika hati kotor maka tertayanglah segala kekotoran itu melalui akhlak walaupun kita telah berusaha menyembunyikan apa yang ada di dalam hati kita. Dan itulah sebabnya wajah orang-orang mukmin itu bercahaya dek kerana pancaran hati yang bersih itu. Wajah yang bercahaya adalah autogenerated, tidak boleh dibuat-buat oleh make-up atau kertas pasir.


“…dan barangsiapa tidak diberi cahaya oleh Allah, tidaklah ia memiliki cahaya sedikit pun." (An-Nur: 40)



Begitu juga dengan keikhwahan dan keakhwatan. Cahaya keakhwatan itu bisa hilang apabila hati kita semakin lalai dengan perkara duniawi. Apabila cahaya akhawat itu hilang daripada diri, susahlah doa rabitah daripada akhawat lain untuk sampai kepada kita. Ruh-ruh bersih akhawat lain juga akan sukar untuk mengenalpasti ruh kita yang lalai sebagaimana Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat mengenal orang beriman dalam perang.

Dalam keadaan peperangan itu, mereka tidak mampu berhenti sekejap untuk mengenalpasti wajah -ini pihak aku atau ini musuh aku. Namun, ruh mereka saling mengenal kerana tautan aqidah, ruh yang pure dan bersih. Buktinya, dalam sejarah perang tiada orang mukmin pun yang tersilap dibunuh oleh saudaranya.


Tolerance

Dalam kejuruteraan, engineering tolerance sangat penting in designing structures contohnya. Kalau kita lihat pada lukisan-lukisan kejuruteraan, jika diameter sesuatu ukuran ditetapkan sebagai 20cm, di situ juga akan diletakkan nilai tolerance, sebanyak +-0.002cm misalnya. Jadi, ketika mesin-mesin membuat bahan tersebut, ukuran diameternya masih lulus jika ia berada di dalam julat 19.998cm hingga 20.002cm.







Macam air tin yang dijual di kedai-kedai, tidak semuanya menepati 250ml seratus peratus. Isipadu air pun ada ukuran tolerance-nya seperti yang ditetapkan dalam industri.

Akhlak seorang muslim ada tolerance-nya. Kita ada tolerance yang nilainya tidaklah ditetapkan secara mutlak tetapi bergantung kepada ilmu dan iman masing-masing. Wajah kita tidaklah perlu terlalu 'serius' atau terlalu 'ceria', tetapi bersederhana. Kerana kita adalah ummat wasata (ummat pertengahan), tidak terlalu extreme perlakuannya dalam mana-mana bahagian. Seimbang.

Allah ada memberi tolerance dalam banyak hal.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan beberapa kewajiban, maka janganlah menyia-nyiakannya. Dia telah menentukan batasan-batasan, maka janganlah kalian melanggarnya; Dia telah mengharamkan beberapa hal, maka janganlah kalian jatuh ke dalamnya; Dia telah mendiamkan beberapa hal kerana kasih sayang-Nya kepada kalian dan bukannya kerana lupa, maka janganlah kalian mencari-carinya."
(hadith hasan riwayat Daruquthni)

Ketika akhawat sedang seronok rehlah di air terjun, tolerance berseronok bolehlah diaplikasikan. Tipulah kalau nak 'hu hu' sahaja, tetapi janganlah sampai ke tahap 'wakaka'. Takkanlah sedang bermain pun nak bermuka serius (kerana kerja kita masih banyak ek)?

Dan perlakuan spontan misalnya, dikala seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai dan sedang dibawa arus deras, takkan akhawat yang melihat kejadian itu perlu lari ambil sarung tangan dulu dan berkata kepadanya, 'Sekejap sekejap ya, saya pergi pakai sarung tangan dahulu.' Apakah? Elok sahaja sarung tangan siap dipakai, lelaki itu sudah pun hanyut ke laut.

Ketidakfahaman pada konsep tolerance ini menyebabkan kita telah banyak terlepas perkara-perkara penting.

"Macam mana? Dah jumpa sarung tangan?"


Perlu ada tolerance. Dan perlu ada ilmu, supaya sungai akhlak tu boleh disalurkan dengan sempurna.

"Hai orang-orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah, dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan para nabi dan orang-orang beriman yang bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan : Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (At-Tahrim: 8)

2 comments:

nursempurna said...

mantop la..siap bagi rumus engineering lg..:)

Munashah said...

Itu sajalah yang diketahui. Nak letak rumus Biotech kang buat teori sendiri pulak hu hu.