Thursday, 1 December 2011

Marriage is Not an Escapism

Assalamualaikum wbt.
Kehadapan kekasih yang aku cintai.

Ini kali pertama aku menulis warkah ini buat kekasihku. Aku tidak mengetahui apakah engkau berada di langit atau bumi. Aku juga tidak mengenal wajahmu, aku tidak tahu di mana kedudukanmu. Malah aku tidak tahu menahu kapan kita akan bertemu.
Namun aku pasti, engkau ada di luar sana, menanti pertemuan kita. Walau siapa pun engkau wahai kekasihku, sama ada bidadari langit atau pemuda bumi, aku yakin Allah akan mempermudahkan pertemuan kita sekiranya kita benar-benar ikhlas dan ridha akan ketetapan-Nya.
Sesungguhnya kekasihku, aku sering menyampaikan salam rinduku buat dirimu melalui Tuhan Penjaga langit dan bumi yang Maha Penyayang. Semoga Dia mencintaimu, memeliharamu dan melindungimu daripada segala noda dan kemaksiatan serta penyakit-penyakit hati. Jadilah engkau pemuda suci yang memelihara diri dan anggotanya dari kedahsyatan azab api neraka. Aku juga berjanji untuk berbuat perkara yang sama sambil menunggu kekasihku yang ghaib. Sesungguhnya aku mencintai dan merinduimu demi Tuhanku.
Semoga kita bertemu dalam ketaqwaan.
Kekasihmu.

Quoted (ehem). Untuk muhasabah kita yang mudah tergoyah emosi dan rohani dengan pengaruh-pengaruh luaran yang penuh psycho mengenai cinta ini. Warkah ni rasanya bukan ditulis untuk public, tetapi buat mereka yang benar-benar mencari dan melihat dengan teliti :)




Seperti tahun lepas, tahun ni pun nak bercerita tentang topik menarik bersesuaian dengan bulan Disember. Bulan walimah.

Saya tertarik untuk bercerita tentang perkahwinan ini atas 'inspirasi' daripada kisah-kisah yang melanda kebanyakan orang di luar sana. Dan apabila anda mempunyai seorang ibu yang telah siap membelikan baju nikah sebelum anda punya calon atau seorang ibu yang mula menyenaraikan nama-nama setiap kali anda berbual dengannya, itu merupakan di antara sebab yang 'tepat' untuk anda berasa stress dan kacau apabila mendengar tentang perkahwinan. Tahniah! 

Dan silapnya kita kerana tidak menguruskan dugaan-dugaan ini dengan betul, lalu akhirnya boleh terbawa-bawa dengan perasaan "Oh indahkah pernikahan?" yang terlebih-lebih. Hatta jika stress berlebih-lebihan pun akan menyebabkan anda menjadi psycho dek kerana gesaan-gesaan itu yang memaksa, seolah-olahnya anda pernah buat statement dalam mana-mana akhbar menyatakan anda tak berminat mahu kahwin!

Escapism

Yang menariknya, kebanyakan daripada kita menganggap pernikahan itu sebagai jalan untuk melarikan diri daripada masalah. Pernah tak anda mendengar jeritan kecil yang terpacul dari mulut seseorang yang sedang tension study, "Mak! Nak kahwin!" Percayalah, saya pernah dengar. He he.

Kita langsung tidak boleh menafikan bahawa pernikahan itu memang terbukti menyelesaikan banyak masalah dalam hidup. Jika tidak, masakan dikatakan separuh agama orang mukmin itu lengkap dengan pernikahan. Namun, dengan pernikahan tidak mungkin semua perkara selesai semudah pertunjukan silap mata seperti di atas (ini ialah hint). Perlulah bayangkan cabaran dan tanggungjawab yang semakin bertambah selepas pernikahan. Setelah pernikahan, keluarga mesti dipimpin oleh seorang ketua kerana ternyata menguruskan kehidupan berdua adalah lebih mencabar berbanding kehidupan berseorangan.

Seorang teman berkata, "Kahwin sajalah!" ketika saya sedang pening merancang kewangan diri.

Sebagai seorang perempuan, adakah kita benar-benar yakin pernikahan itu mampu mengurangkan beban kewangan kita? Jadi, adakah niat pernikahan itu tersempit pada kepentingan diri kerana nak ditanggung dengan duit suami? Mana nilai ketulusan dalam perhubungan itu?

Dan jika kita terlalu mengharap kehidupan kita bakal menjadi mudah kerana mendapat bantuan daripada pasangan, fikirkan apa musibahnya jika pasangan kita juga berfikiran sama. Kedua-duanya saling mengharapkan tindakan masing-masing sehingga akhirnya hancurlah perhubungan itu.

Sepatutnya ikatan itu dimulai dengan niat yang ikhlas semoga hadirnya diri kita dalam hidupnya dapat menjadikan kita dan dia saling melengkapi dalam perjuangan ini, bukannya dia melengkapi hidup kita semata-mata!

Get it?

Post macam bagus oleh orang yang macamlah dah 50 tahun hidup di dunia, kan kan? - Allahua'lam.

No comments: