Tuesday, 20 December 2011

Jalan yang Panjang

Post ini agak panjang. Sumpah anda akan rasa nak muntah jika anda anti dengan perkataan berikut -usrah, dakwah, akhawat, ikhwah. Sila baca blog lain.


Allah...

Dah sangat rindu pada akhawat. Padahal baru semalam berpisah isk hisk.

Ada beberapa tingkatan dalam setiap sesuatu.

Dalam taqwa misalnya, ada yang biasa-biasa sahaja. Malah, tidak meyakini Allah Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Nampak benda jatuh tak bersebab je, kata hantu. Tapi bagi orang yang memiliki taqwa yang sangat tinggi kepada Allah, ia begitu yakin bahawa rambut di kepalanya tidak semestinya masih ada apabila ia bangun dari tidur pada keesokan harinya. Anda bayangkan diri anda botak tiba-tiba esok hari.....

Begitu juga dalam merasai cinta. Cinta tidak akan jatuh selonggok di depan mata anda. Cinta juga tidak datang mendadak di dalam dada. Ia mengalir perlahan bagai salju di dalam jiwa dan bergerak semakin laju dan deras. Pada masa dahulu mungkin sahaja kita pergi ke usrah dengan rasa berat. Hanya kerana rasa bersalah kepada kawan-kawan dan akak itu maka kita pergi. Kemudian, kita jatuh cinta dengan usrah itu, cuma kadang-kadang terasa berat sekali nak pergi apabila ada halangan seperti exam atau function. Jenuh anda mengulang ayat 'infiru khifafaw wa thiqalan' untuk bermujahadah.

Tidak lama kemudian, rasa cinta yang bertambah membuatkan kita menjadi komited dengan usrah. Walau apa pun perkara yang berlaku kita akan tetap datang setiap minggu. Kadang-kadang kita sanggup turun dari kampung menaiki bas semasa waktu cuti semata-mata nak menghadiri usrah. Kita sedia mengorbankan wang dan harta demi usrah.

Namun selepas itu kita menghadapi tanggungjawab yang sangat berat tatkala mengetahui matlamat hidup kita yang sebenar. Kita terpaksa bermujahadah melawan sikap dan kesukaan kita, semata-mata nak mengajak manusia kepada Allah.

Kemudian, kita tidak perlu bersusah dengan perasaan berat itu kerana kita sudah jatuh cinta dengan dakwah. Kita menginfaqkan jiwa dan harta pada hujung-hujung minggu walaupun hanya sebagai tukang potong bawang atau driver. Kita berebut segala-galanya dengan rasa suka dan cinta...

Cinta... bertambah dan bertambah.

Itulah sebabnya orang-orang di jalan ini mempunyai tahap dan latar belakang yang pelbagai. Namun, betapa idealnya tarbiyah Allah terhadap kita sehingga kita mampu bersatu walaupun 'level' kita berbeza-beza. Cinta manusia mungkin ada tahapannya tetapi cinta Allah itu infiniti.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana manusia lain boleh hidup dengan aman tanpa mendekatkan diri kepada Allah. Terkadang ingat, terkadang lupa. Kalau teringat, ia lantas bersyukur atau beristighfar. Kalau terlupa, entah bagaimana ia menguruskan hidupnya dengan kelupaan itu?

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana manusia boleh hidup melebihi 20 tahun tanpa mengetahui matlamat hidup dengan pasti. Malah ia tidak tahu mengapa Allah menciptakan manusia. Lalu, apalah yang ia lakukan selama 20 tahun ini?

Sungguh aku mensyukuri bahawa Allah memilih aku untuk berada di jalan ini. Walaupun orang memandang kita dengan pandangan orang baik, alim, kerana dia dari sekolah agama, ia tidaklah sesempit itu. Kalaulah manusia tahu bahawa islam itu tidak tersempit pada solat, hukum-hakam sahaja.... Rasa keislaman dan kekhusyukan itu masih di sini (pegang dada) walaupun sedang bekerja dalam pejabat, walaupun sedang bermain di tengah padang, walaupun sedang berjalan sendirian.

Pulangnya kami dari pertemuan besar di Morib itu, kami berbual-bual seperti biasa sehinggalah terdengar perkataan-perkataan yang aneh dan tidak familiar seperti 'zauj' dan 'ikhwah'. Ketika itu baru aku tersedar, kedua-dua mereka telah pun mendirikan rumahtangga sedangkan aku betul-betul terlupa mengenainya! 


Ini kerana semasa zaman kami dahulu, kami tidak pernah menemui makhluk bernama 'ikhwah' kecuali para ustaz sehinggalah pada hujung tahun 2010 ketika aku menyertai kibar. Itu pun tidaklah nampak kelibat makhluk itu setiap masa melainkan cuma dengar suara sahaja. Ketika itu barulah aku kata "Waah..inikah... ikhwah...?" seperti orang kali pertama nampak KLCC, padahal orang-orang oznz dah 'bosan' dengan perkataan itu.


Berkibar-kibar



Aku teringat perbualan seorang ukhti kepada ukhti yang lain tentang kepentingan Baitul Muslim semasa kibar dulu. Mendengarnya, jadi lucu, tahan ketawa tapi dalam hati berharapan juga agar Allah menemukan aku dengan satu. Adeh.


Namun, tatkala dibasahi dengan cerita baitul muslim dua orang itu sepanjang Morib ke PJ, entah kenapa aku merasa perasaan aku kini begitu berlainan dengan apa yang aku harapkan dahulu. Aku terasa bahagia untuk mereka. Titik. Hanya setakat itu.


Mungkin kerana dahulu aku mendambakan pernikahan dengan makhluk bernama ikhwah kerana aku ingin rasa hebat kerana dapat kahwin dengan ikhwah? Astaghfirullah, tak matang langsung.


Mujurlah peningkatan usia di jalan ini mengajar aku walaupun di luar kesedaran sendiri, aku meyakini janji Allah. Rasa bahagia dengan kehidupan ini dan tidak rasa cemburu atau sedih. Malah, aku mengalu-alukan adikku untuk bernikah sebelum aku (which is dia tipu sebenarnya. kurang asam punya adik).


Wow! Indahnya perasaan ini. Inikah rasanya memandang sesuatu sebagai tak ada tapi ada, ada tapi tak ada? Loving this stage :)

Betapa banyak perubahan yang berlaku sepanjang kita berada di jalan ini sehinggakan kita tidak menyedari masa berlalu dengan pantas. Apabila aku mengenang kembali saat pertama kali aku jatuh cinta dengan jalan ini, aku jadi ketawa sendiri dengan semangat dan kenaifan saat itu.

Ya Allah, semoga aku masih kekal di jalan ini dalam keadaan berlari berpimpinan tangan dengan mereka. 

4 comments:

Nazihah said...

assalammualaikum auni!!!!!!

lama tak menjengah ke sini.. bile baca ayat first post ni rasa mcm ada unsur inche gabbana plak hehe..
dan.... ler tak delah panjang mana pun haha..

may this love develop more and more sehingga kita tidak menginginkan apa2 selain redha Tuhan kita =)


p/s: dtg sini ada hajat tersirat haha.. nk bgtau blog baru (again hehe).. http://u-n-a-i-s.blogspot.com/

Munashah said...

Waalaikumussalam Ziha! :D

Ehe he. Aura dia kuat sangat. Ala-ala Ukay dalam watak yang lebih segar :)
http://muntalaq.wordpress.com/2011/12/01/kalau-saya-tak-ada-post-apa-apa/

Ziha awat tak balik awal join family day. Kata buka sekolah 19hb :(
Saya sokong blog awak. Boleh tahu update Cikgu Ziha ni selalu :)

Nazihah said...

saya bertugas warden 17-18 tu huhu.. sempat pegi pagi tu pun curi2 peluang..

Munashah said...

haahla lupa ziha ada pagi tu. sebab pagi tu agak kelam kabut so saya lupa saya telah bersalaman dengan warden ziha. tak sempat berbual panjang pulak tu isk isk..