Friday, 25 November 2011

Siri Hijrah: Niat

*Siri bertemakan Hijrah sempena Awal Muharram.




Tersyahdu sebentar dengan video ini. Maha Suci Allah.

Hijrah yang berkualiti datang bersama dengan niat yang tulus suci kerana Allah. Itu sebabnya hadith hijrah sesuai diriwayatkan oleh seorang pemuda yang paling-dramatik-tetapi-berkualiti hijrahnya - Saidina Umar r.a.



Melalui hadith berkenaan, ada yang pernah mempersoalkan: salahkah kita berhijrah daripada kekafiran kepada islam kerana ingin menikahi seorang wanita? Sedangkan dalam dunia realiti atau drama, kita semua didedahkan dengan kisah-kisah mereka yang berubah kerana 'jasa' seseorang yang istimewa. Maka, tidak 'sah'kah hijrah mereka itu?

Jawapannya boleh didapati dengan memahami bahasa Arab.


إنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّياَّتِ وَإنمَّاَ لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْياَ يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه

رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ



Dalam hadith tadi, dua jenis hijrah yang diceritakan disebut dengan cara yang berbeza. Yang salah satunya (hijrah kepada Allah) menggunakan perkataan  إِلَى  (menuju) manakala yang lagi satu (hijrah keduniaan) menggunakan perkataan لِ (kerana).

Maka melalui penggunaan إِلَى (menuju), kita mentafsirkan bahawa segala perbuatan yang dilaksanakan demi mencari keredhaan Allah adalah hijrah menuju Allah, termasuklah pernikahan etc. Namun, jika hijrahnya itu disempitkan لِ (kerana) dunia yang ia inginkan, maka hijrahnya adalah untuk perkara tersebut.

Maka indahnya dan untunglah orang yang berhijrah menuju Allah, kerana ia beroleh kedua-dua nikmat duniawi dan ukhrawi. Melalui kisah Sahabat tadi, silapnya beliau yang ingin berhijrah kerana wanita yang ingin dinikahinya adalah niatnya yang salah, bukannya perlakuan ingin bernikah itu. Jika niatnya benar, yakni berhijrah dan ingin bernikah kerana Allah, maka teruskanlah!

Jadi, ketahuilah bahawa semua perbuatan kita perlu diniatkan kerana Allah. Makan, tidur, belajar dan kerja perlulah kerana Allah. Seringkali kita terlupa untuk menetapkan niat sebelum melaksanakan sesuatu. Selebihnya, kalau rasa pelik untuk meniatkan kerana Allah, maka tinggalkanlah perbuatan itu kerana dikhuatiri perbuatan itu dekat dengan dosa. Bolehkah mengumpat, membuang masa dan mengusha kerana Allah?

Ayuh. Semoga beroleh redha Allah.

No comments: