Monday, 28 November 2011

Siri Hijrah: Mengubah Sifat Pasif

*Siri bertemakan Hijrah sempena Awal Muharram.
*Post pembangunan diri yang lama tapi diperbaharui. Tak suka tak payah baca huihui.



"Munirah gigi rongaaaaaakkk."

"Kau ni bla bla bla la! Dah la bla bla bla, bla bla bla pula tu!"

Sejak peristiwa-peristiwa lebih sepuluh tahun itu saya lebih suka diam walaupun pada asalnya saya sangat banyak bercakap. Berbanding mengambil inisiatif untuk lebih berhati-hati, saya memilih untuk menjadi pendiam dan pasif. Kasihan.

Setelah meningkat ke alam kolej dan universiti, saya ingin mengeluarkan diri dari lingkungan selamat saya itu. Saya perlu mendedahkan diri kepada risiko untuk beroleh kejayaan dan kebahagiaan (applause!).

Mana mungkin, jika tentera Palestin membina kereta kebal baru, mereka takut untuk mendedahkan kereta itu kepada peluru Israel. Kerana tanpa pengambilan risiko itu, mereka tidak akan tahu potensi, kemampuan dan kehebatan kereta kebal itu!

Kesedaran itu memainkan peranan yang penting untuk berhijrah sebagaimana telah tersentaknya Ponyboy (Novel: The Outsiders) ketika kata-kata Johnny menggerakkannya, seolah-olah berkata, 'Bangun! Bangun!!' Umat Islam tidak boleh pasif dan tertindas dengan kezaliman duniawi lagi. Personaliti lemah harus diubah, pengalah harus menjadi gagah! Atas kesungguhan dan matlamat yang betul, anda perlulah benar-benar bersemangat ingin mengeluarkan diri dari pentas tertutup anda dan keluar beraksi di Royal Albert Hall hui hui for islam.

Untuk memperbaiki kelemahan, kenalpasti kelemahan sebagaimana kamu mengawasi musuhmu. Takut? Dan... mengapa?


1. Takut sebab kurang ilmu.


Bayangkan seorang mechanical engineer nak menjual sejenis mud additive bernama Tulik yang berteknologi tinggi untuk proses cari gali bahan asli di laut. Produk ini hebat, berpotensi mengurangkan tempoh cari gali sebanyak 30% dari tempoh asal! Namun anehnya ia belum pernah didengari oleh mana-mana syarikat cari gali Malaysia termasuklah syarikat hebat Petromail. Masalahnya sekarang, bukannya engineer tu tidak menerima produk itu, cuma dia tidak yakin dengan kemampuan dirinya. Dia hanyalah lulusan mechanical engineering (ehem), tidak ada asas mengenai ilmu mencari dan menggali minyak peninggalan dinosaur itu. Minggu pertama baru nak belajar tentang drilling itu apa, takkan minggu kedua dah kena berdiri di hadapan pakcik-pakcik Petromail untuk meyakinkan kelompok yang dah berada dalam bidang ini selama puluhan tahun! Memang tak confident la Upin.

Contoh lain yang lebih mudah, anda adalah lulusan universiti yang baru bergelumang dengan perniagaan menjual popiah Kak Sal yang bermula di tepi jalan SS14. Popiah Kak Sal sangat famous di kalangan penduduk SS14 dan SS18. Malah ada penduduk SS17, SS16, PJS 9, PJS 10 dan USJ 1 pun datang jauh-jauh setiap petang untuk membeli popiah Kak Sal.



Setelah Kak Sal dipujuk-pujuk oleh mereka untuk membuka cawangan di dalam Sunway Pyramid, anda ditugaskan oleh Kak Sal untuk menyebarkan risalah mengenai kehebatan popiah Kak Sal di sekitar escalator dekat Kedai Crispy Popiah. Anda berasa tension sekali kerana dilocate di situ sedangkan semua orang merebut-rebut Crispy Popiah. Anda perlu usaha lebih daripada biasa untuk meyakinkan pelanggan atau Kak Sal akan memarahi anda kerana tiada jualan nanti. Tapi bagaimana nak promot kepada mereka, otai-otai popiah itu sedangkan anda adalah lulusan veterinar yang tidak pernah makan popiah!

:D

Sebenarnya, masalahnya bukannya produk Tulik atau Popiah Kak Sal itu yang tidak bagus, cuma kita yang belum cukup kenal dengan produk itu. Mungkin kita belum ada kesaksian (shahadah) terhadap produk itu. Kesaksian akan keberhasilannya. Mana tidaknya, segala testimoni yang diketahui hanyalah di kertas-kertas dan luahan mulut saja. Belum cukup taaruf, tafahum dan takaful agaknya.

Cara yang terbaik untuk membuang ketakutan itu adalah dengan mengenali produk itu dengan lebih mendalam. Engineer itu sepatutnya pergi ke drilling site untuk melihat sendiri bagaimana Tulik berfungsi serta mencatat/merakam bukti yang patut. Dan Popiah Kak Sal perlu dirasa tastenya dan dikaji isinya, supaya boleh dibandingkan dengan Crispy Popiah itu.

Apabila dah cukup kenal, maka pada ketika itu barulah kita yakin untuk menggerakkan diri dan orang ramai untuk berubah!

Save me from the darkness..!

Dan untuk mengubah diri sendiri atau orang lain menjadi lebih baik daripada sebelumnya, kita haruslah berusaha menambahkan pengetahuan, kefahaman, serta keimanan kita terhadap islam itu sendiri supaya islam yang kita nak tonjolkan ini dapat diluahkan dengan begitu yakin sekali - tulus ya mulus. Jiwa-jiwa haruslah sentiasa dipersiapkan dengan ilmu/iman/amal supaya kata-kata dan perlakuan mudah mengalir keluar dari hati dan meleleh masuk pula ke hati yang lain.

2. Takut sebab kelemahan diri.

Sesetengah orang telah dikurniakan anugerah ujian yang sangat tinggi daripada Allah, iaitu keunikan jasadi atau personaliti. Disebabkan kekurangan ini, sesetengah daripada kita sering sahaja berasa rendah diri lalu ingin bersembunyi di belakang orang yang tinggi (ehem) apabila panggilan volunteer aka. fastabiqul khairat dilaungkan. Itu normal, malah berlaku di kalangan para nabi.

Ingat kembali kisah Nabi Musa as., yang mempunyai masalah pertuturan dan memohon diutuskan saudaranya Harun sebagai pembantu sepertimana yang dikisahkan di dalam al-Quran.

Dia berkata, "Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku, dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku- Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepada-Mu, dan banyak mengingat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat kami." (Taha: 25-35)

Bagi mereka, pertolongan dan perlindungan itu adalah daripada Allah semata-mata. Tidak pula Nabi Musa as. menjadikan kelemahan baginda sebagai alasan untuk tidak melakukan perubahan untuk diri sendiri dan masyarakatnya. Tidak pula baginda meminta Allah mengutus Nabi Harun as. menggantikannya sahaja. Lebih mesra, cepat dan betul.

Kak, saya rasa bagi akhawat lain dulu kot. Saya ni ada stage fright sikit la. Belum cukup prektis lagi.

Saya bukan tak nak, tapi memikirkan adik-adik nanti dapat pengisian cair nan tidak berkualiti dari saya, baik cari ukhti yang pengisiannya dah mantop yang dah 29 kali bagi isk. hisk isk.

Booking la ukhti high level tu awal-awal. InsyaAllah dia leh datang dari UK tu. Kita tak layak argh nak bagi pengisian cam dia.

Level saya sampai sini je tau.

Siapa yang menentukan kelayakan anda untuk memberi penyampaian? Pendengar? Atau pun diri sendiri sebenarnya? Nabi Musa as. malah diejek oleh Firauni tentang masalah pertuturannya apabila ia berkata kepada kaumnya,

"Bukankah aku lebih baik dari orang (Musa) yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?" (Az-Zukhruf: 52)

Namun, kita tahu Allah pasti akan memenangkan orang-orang yang benar. Segala kekurangan kita akan ditop up oleh Allah melalui kredit tentera-tentera-Nya yang ada di langit dan di bumi.


3. Takut sebab disyaitoni (dihantui) masa lalu.

Apabila nak berubah, memang tarikan masa lalu akan menghantui diri. Soalan-soalan seperti 'Layakkah aku?', 'Mampukah aku?', 'Apa kata orang?' dan 'Bagaimana jika aku berbalik?' menari-nari balet dalam otak masing-masing.

Firauni sendiri pernah mengungkit kesalahan Nabi Musa as. yang secara tidak sengaja membunuh seorang pemuda Mesir dengan tumbukan padunya.

"Bukankah kami telah mengasuhmu dalam lingkungan kami, waktu engkau masih kanak-kanak dan engkau tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu. Dan engkau telah melakukan (kesalahan dari) perbuatan yang telah engkau lakukan dan engkau termasuk orang yang tidak tahu berterima kasih." (As-Syu'ara: 18-19)

Eeee. Kau dulu bukan ke sumpah menyampah kat orang pakai lelabuh ni?

Apsal dia tu macam baik sangat je sekarang. Ustazah pun tak macam tu. Kolot terlebih.

Hek eleh. You pun dulu siap pergi date segala bagai, apsal tiba-tiba nak sound gua.

Ko pakai lelabuh cam ni, dulu ko pun cam kitorang gak. Chill la beb.

Kesilapan masa lalu tidak akan membuatkan seseorang yang benar-benar yakin dan kuat semangat menjadi goyah dengan sedikit kata-kata menusuk kalbu daripada orang lain. Ini kerana Allah telah pun berfirman (kepada Musa dan Harun as.),

"Janganlah kamu berdua khuatir, sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan melihat." (Taha: 46)

Kesimpulannya, marilah kite mengeluarkan diri dari zon selesa ini demi kemaslahatan agama dan diri sendiri di akhirat kelak. Nak berubah itu seperti sedang trigger ketakutan sendiri. Payah, tetapi lumayan. Parah, tapi usaha untuk buat juga kerana kita tahu keperluan untuk menjayakan tanggungjawab masing-masing.

Macam tugas Si Engineer ejen jualan Tulik ataupun staf Popiah Kak Sal, susah tapi rasa nak buat juga kerana itu tanggungjawab mereka seperti yang diperturunkan oleh bos besor mereka. Tak ada hasil maka tak ada bonus atau elaun. Di tangan yang lain (On the other hand), Petromail akhirnya akan menuju kerugian kerana asyik gunakan teknologi lama tanpa menyedari dunia telah pun maju dengan Tulik. Promosi dia je tak sampai Malaysia sebab engineer Malaysia tak yakin dengan diri sendiri(?) Huehue.

Dan macam mana kita nak majukan industri ibu tunggal macam Kak Sal, kalau kita merendah diri dengan produknya yang kelihatan kolot tapi sebenarnya penyelamat daripada segala kolesterol tambahan dan MSG. Mananya tak geram Kak Sal pada anda.



Tak ada hasil tak apa lagi. Jangan sampai tak ada usaha.

No comments: