Monday, 7 November 2011

Hikayat Peluncur Dirgantara II

Beberapa jam lagi saya akan bertolak pulang ke Petaling Jaya. Memandu 4-5 jam. Berseorangan. Gelap. Jauh. Bosan. Psycho. Saya lalui perkara ini hampir 3 tahun. Dalam kegelapan itu saya akan melalui kawasan perkuburan di kampung saya. Saya akan melalui kubur ayah saya. Saya akan nampak nisan ayah saya (kalau siang).

Sunyi

Kita menceritakan kesunyian masing-masing pada langit, dengan harapan kita dinampakkan dengan sesuatu yang indah lagi menceriakan. Menunggu hiburan daripada Tuhan. (Falsafah Hikayat Peluncur Dirgantara)

Pergi dan pulang dari tempat kerja seorang diri memang membosankan. Setiap hari menyibukkan diri untuk bersegera masuk ke dalam kereta untuk mendengar doa dhuha di radio ikim. Kalau rajin pandang ke kereta di kiri dan kanan untuk melihat gelagat pemandu lain.

Excited lumba dengan train


Di tempat kerja begitulah. Kita duduk bagaikan robot di kerusi itu. Kemudian pulang sambil berfikir menu makanan. Tiba di rumah pada waktu Maghrib.

Di rumah kena fikirkan urusan rumahtangga. Ada beberapa jam untuk beraktiviti sebelum tidur. Tidak seperti ahlul rumah yang lain, kerana mereka adik-adik-pelajar-universiti yang dibebankan dengan 3 hingga 4 reports yang perlu dihantar setiap minggu.

Esok, benda sama lagi...

Oh apakah aku telah terjatuh ke dalam golongan yang duduk dalam kitaran hidup kosong yang tiada matlamat hidup? Zass! Astaghfirullah..

Kerja untuk makan untuk kerja untuk makan?

Loh! Sedang merasa berdosa dengan sekelumit rasa bosan dan sunyi ini. Kerana kerja kita masih banyak. Kita seharusnya disibukkan dan dibingitkan dengan masalah umat yang beria-ia nak "merdeka" dalam segala-galanya, tetapi masih sempat berasa bosan dan sunyi. Apakah?

Tampar angin laju-laju.

Nun ayahku yang berada jauh di dalam sana. Tidakkah kamu terfikir akan kesunyiannya menunggu amal soleh daripada anak-anaknya? Ibumu, tidakkah kamu terfikir akan kesunyiannya menunggu anak-anak datang mengisi kekosongan hatinya?

Nun adik kecilmu di sana. Tidakkah kamu terfikir dia menanti kakaknya menceritakan kisah nabi Musa as. lagi, dan dia sedang merana dengan PS2nya itu? Nun ukhtmu, tidakkah kamu terfikir dia lebih memerlukan, tatkala kamu mengharapkan orang lain banyak memberi kepada dirimu?

Hati yang sentiasa khusyuk dengan ingatan kepada Tuhannya tidak akan berasa malas, bosan atau sunyi.

Diri yang banyak memberi tidak akan merasa kosong dan kehilangan, kerana Allah akan memulangkan segala pinjaman yang baik dengan pulangan berlipat kali ganda daripada yang asal.

Hmmm...

Atau mungkin sahaja aku sedih meninggalkan emak dan adik di sini. Atau sedih mengenang ayah dan kenangan-kenangannya di setiap sudut rumah ini. Atau sedih cuti akan berakhir. Atau sedih kerana tiada lagi teman berbual. Fikir apakah ia!

Graduation

Saya sangat menyesal kerana ingin menyertai majlis graduasi Mon Mon yang akan diadakan sabtu ini di Sunway. Satu sebab, emak saya pasti ingin menghadirinya tetapi ia tidak larat memandu jauh. Lalu, emak dan adik ingin menaiki bas.

Allah, ini bagaikan suatu perkara mustahil yang akan saya lihat. Oh tidak, saya tidak akan melihat perkara ini berlaku. Emak saya menaiki bas? Oh tidak.

Kemudian saya akan menjemput mereka tetapi kami menaiki LRT sambil membawa bagasi. Oh tidak, saya tidak akan melihat itu. Kemudian mereka akan berjalan kaki. Oh tidak. Kemudian, memasuki kawasan Apartment Lagoon P yang lantai bangunannya...Oh sekali lagi tidak! (Menutup mata dan telinga).

Anda semua.... silalah cintai ibu bapa anda. Betapa besar pengorbanan mereka.. isk..hisk...

Tidak seperti yang saya harapkan, ahli keluarga saya yang lain mungkin tidak hadir. Abang saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaannya kerana insyaAllah dia bakal menjadi bapa kepada si kembar tiga! Yang lain semua duduk jauh-jauh di utara.

Selingan: Khairina bakal dapat 3 orang sepupu sekaligus insyaAllah.

Satu lagi sebab, majlis ini tidak akan dihadiri pun oleh orang-orang yang saya harapkan :(
(Ayat orang tak bersyukur). Rasa macam tak nak pergi je.

Alhamdulillah, ini yang terbaik yop. Bismillah.

No comments: