Monday, 7 November 2011

Belum Tibakah Masanya...

Once upon a time.


Saya teringat suatu peristiwa beberapa tahun lalu di Masjid al-Husna, apabila kami ditanya dalam sesi taaruf beramai-ramai dalam bulatan gembira besar. Selain soalan-soalan asas seperti nama, tempat belajar, asal etc., soalan terakhir yang perlu dijawab adalah,

"Apa pengorbanan terbesar yang pernah anda buat (untuk mencapai redha Allah)?"

Saya terkedu. Soalan sebegitu jarang ditanya/dijawab kerana kita sering menyembunyikan amalan masing-masing untuk menjaga kelurusan niat. Namun, apabila soalan itu ditanya, saya mula terfikir-fikir dan merenung, apakah dia pengorbanan terbesar yang pernah saya lakukan itu walaupun pada setiap masa saya tekankan bahawa kita sentiasa diuji di jalan ini?


Pengorbanan sejati

Saya mengagumi sebuah kisah mahsyur, apabila seorang suami meninggalkan isteri dan bayinya yang dicintai di tengah-tengah padang pasir yang tandus atas perintah Allah swt. Si isteri bertanya dengan wajah yang sayu, "Mengapa kamu meninggalkan kami di sini?"

Siapakah yang mampu menatap wajah yang dikasihi merintih sebegitu melainkan seorang hamba yang benar-benar mencintai dan meyakini Tuhannya lebih daripada kecintaannya kepada isteri, anak dan dunia?

Ia melihat suaminya yang mulia itu diam dan bergerak pergi, kemudian ia bertanya, "Adakah ini diperintahkan oleh Allah?" Lalu suaminya mengiakan. Ia berkata, "Jika begitu, Dia tidak akan menyia-nyiakan kami."

Makkah al-mukarramah


Siapakah yang mampu meridhai suatu ketetapan sesukar itu melainkan seorang hamba yang mencintai dan meyakini Tuhannya lebih daripada kecintaannya kepada suami, anak dan dunia?

"Sayang anak tangan-tangankan. Sayang isteri tinggal-tinggalkan."


Bilakah masanya kita...?

Pengorbanan ini begitu besar. Kita semua pada waktu ini masih lagi tersangkut dengan jihad yang kecil-kecil. Kita masih belum berjaya mencintai kerana Allah semata-mata berbanding kerana hawa nafsu kita.

Cinta yang kita cuba dapatkan masih lagi cinta yang berperang di arena niat dan mujahadah menuju Allah, maka adakah kita mampu 'tangan-tangankan anak' dan 'tinggal-tinggalkan isteri' walhal perang ini masih belum dimenangi?

Saya teringat perbualan Allahyarham Ustazah Yoyoh dengan wanita Palestin, Ummu Mus'ab. Ia ditanya oleh wanita Palestin itu,

"Kamu hafal al-Qur’an?" tanya Ummu Mus'ab."Belum sampai 20 juz," jawabnya. Kemudian ditanya lagi berapa usia ustazah. Ustazah menjawab 41 tahun.
Lalu soalan seterusnya menyentap hati Ustazah, "Apa yang kamu buat selama ini sehingga di usia 41 tahun, masih belum menghafal Al Quran?" tanya Ummu Mus'ab. Tiada jawaban atau alasan yang bisa di ungkapkan.

Maka, mari menyoal diri sendiri. Pada usia kita yang mencecah puluhan tahun ini, belum tibakah masanya untuk kita berusaha sehabis baik dan memberi pengorbanan terbaik kerana Allah? Sejauh manakah keimanan kita terhadap Rob kita dan ketetapan-Nya yang ghaib itu?

Dan usaha kita untuk menghargai dan mengikut pengorbanan mereka di sekeliling kita... Takkan sampai merasai menjadi ayah atau ibu nanti baru nak menghargai pengorbanan dan wahnan 'ala wahnin mereka? Takkan sampai rasa susah didik "anak-anak" nanti baru nak hargai susah payah pengorbanan naqibah? Takkan bila dah ada dalam kesusahan baru nak hargai pengorbanan dan pertolongan sahabat?

Barakallah untuk ukhti yang bakal diijabkabulkan bersama kakashi hatinya yang ditetapkan oleh Allah di syurga cinta. Sebuah perpisahan kerana Allah yang diputuskan dahulu ternyata bukanlah sebuah pengakhiran tetapi suatu permulaan untuk berputiknya sebuah love story yang boleh tahan 'sweet' sesweet bunga sakura he he. Lihat naruto, janji Allah itu benar. Testimoni sebenar tentang sebuah pengorbanan kerana Allah :)

Yuk! Semoga aidiladha tahun ini mendorong kita untuk lebih berkorban dan bersyukur kepada-Nya.
Allahuakbar wa lillah ilhamd.

No comments: