Monday, 21 November 2011

All Out

Berhenti.

Inilah masanya untuk kita berhenti menjadikan segala perkara di sekeliling kita ideal dan sempurna untuk membantu kita di jalan dakwah. Dan kita tidak akan menyedari hakikat ini sehingga kita diajak untuk menilai sejauh mana all out kita terhadap jalan ini dibandingkan dengan gesaan kita kepada perkara luaran untuk berubah mengikut apa yang kita perlu.

Aku sangat sedih memikirkan tumuhat yang sangat lemah dalam diri serta kurangnya ketamakan untuk berebut urusan jual beli dengan Allah. Dan aku, bagaikan langit dengan bumi dengan ikhwan itu yang sanggup menginfakkan satu-satunya harta -basikal buruknya demi dakwah. Aku dapat membayangkan, betapa tinggi dan penuhnya kemahuan dalam hatinya untuk berkorban, berebut dan memberi habis-habisan dalam urusan ketaqwaan instead of mengharapkan dia dikurniakan lebih bantuan untuk lebih maju/laju dalam dakwahnya.

Orang yang tinggi imannya seperti ini sentiasa dimotivasikan dengan harapan yang sangat manis dari Tuhan mereka. Harapan semoga segala dosanya diampunkan serta dimasukkan ke dalam syurga itu menjadikan mereka tamak untuk berebut darjat tertinggi di sisi Allah sehingga keperluan diri dan keduniaannya tidak menjadi prioriti lagi dalam pemikirannya.

Dan kita ini, belum juga memberi dengan sepenuh hati dan sehabis baik dalam dakwah malah mengharapkan pula 'benda luar' menjadi sempurna supaya kita boleh meluncur dengan lebih laju.

Ini masanya, untuk kita berhenti merengek kehausan hati kerana kurangnya program yang diadakan oleh murobbi. Atau berkeluh-kesah kerana pengisian oleh murobbi jarang-jarang sampai ke hati. Atau berharap mutarabbi lebih terbuka dan thiqah terhadap diri kita. Atau juga, mengharapkan seseorang yang dirindu-rindu dihantar cepat oleh Allah supaya baitul muslim yang dibina dapat menghasilkan du'at yang saling melengkapi untuk terus laju di jalan dakwah. 

Dan disebabkan tumpuan kita pada kekurangan hal-hal luaran beginilah, kita sering gagal untuk meletakkan obsesi yang sangat tinggi terhadap janji-janji dan ganjaran di sisi Allah. Maka kita gagal untuk memberi yang sebaik-baiknya disebabkan kita tersilap menjadikan hal luaran sebagai alasan atau escapism untuk menunda tumuhat kita.

Aku sepatutnya menyedari hal ini lama dahulu. Namun, mungkinkah hati ini telah tertutup disebabkan pengharapan dan pergantungan pada benda-benda luaran sehingga potensi yang ada pada diri terkubur dan berkarat ditelan masa? Pada masa ini, mungkinkah tarbiyyah selama bertahun-tahun ini dibazirkan begitu sahaja?

Ya Allah, kurniakanlah kami ketaqwaan dan tumuhat itu agar kami beroleh martabat di dunia supaya diganjar dengan darjat tertinggi di syurga.

No comments: