Friday, 14 October 2011

Berikutan Ulu Yam, Kereta dan Dia


Aku memohon ampun pada-Mu ya Allah. Allah sebaik-baik Penasihat. 

Sekarang segalanya sudah tidak lucu lagi. Dikala aku keraguan dalam memilih kerana belum jelas benangnya hitam atau putih, aku begitu tertekan memikirkan impak keputusan itu nanti. Adakah aku memilih itu dan ini kerana Allah atau kerana menurut hawa nafsu yang disadurkan dengan alasan murni? Kerana keliru begini, mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena dalam hati? 

Adakah benar-benar boleh meredhainya atau sebenarnya aku tidak kisah kerana tidak cinta langsung? 

Memang benar, pergantungan dan sandaran kepada Allah itu adalah yang terbaik. Aku terasa terpukul dengan dosa-dosa yang aku sangka selama ini adalah perlakuan terbaik dan mulia. Dan keikhlasan tidak akan memijakkan kakinya dalam dunia pura-pura yang kotor dan busuk. 

Aku masih tidak dapat membuat kesimpulan antara pilihan cerita ini. Ia fitrah atau apa?

Semoga Allah memberikan petunjuk. 

p.s. Semakin tidak layak untuknya.

4 comments:

Anonymous said...

What's up with the Ulu Yam one?

Munashah said...

Nothing. Just a trip that was cancelled by me due to fever in a night of real dilemmas :)

Miss Sheikh said...

adik2..seronok bercerita semalam walaupun pertemuan kita ringkas tpi menawan. hohohoho...

lain kali follow what Quran says ya... moga diberi kekuatan utk tempuhi cabaran hidup..betul xnak pinjam keta kak?

Munashah said...

Jzkk akak. Senyuman akak bermakna buat saya. InsyaAllah.
Takpe kak jzkk. Setakat ni saya bermujahadah naik bas dulu supaya lebih tough dan berdikari hu hu. Kalau saya dah pancit nanti saya pinjamlah kete akak he he he.