Sunday, 24 July 2011

Fasa-Fasa Hidup

Bismillahirrahmanirrahim.



Aku telah mengakhiri satu fasa hidup dalam jalan kehidupan aku. Alhamdulillah. Dunia universiti sudah berakhir. Kini, aku berada dalam situasi yang sama seperti keadaan aku selepas SPM dahulu. Dalam suasana pertukaran fasa, seolah-olah duduk menunggu di dalam bilik menunggu yang dikhaskan untuk saudara-saudara kepada wanita yang bersalin. Mata hanya menatap skrin yang memaparkan nama-nama wanita yang sedang dan yang selamat bersalin. Penantian yang tidak pasti masanya tetapi diisi dengan nafas-nafas pengharapan.

Namun, dalam tempoh waktu selepas SPM dahulu aku adalah manusia yang belum mengenal erti kehidupan. Ketika itu aku masih tidak memahami mengapa aku perlu menjadi hamba Allah. Aku tiada tujuan yang pasti untuk terus belajar. Hanya ikut arus manusia. Aku masih ingat di dalam kelas Bahasa Melayu dahulu apabila Cikgu Samad bertanya, 'Siapa yang tidak mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara?' Aku seorang yang mengangkat tangan. Ternyata aku tidak bercita-cita tinggi. Aku tidak benar-benar pasti bidang pelajaranku. Ia tempoh masa yang menyakitkan. Penuh dengan insomnia dan ketakutan.

Tapi kini aku tidak akan mengizinkan diri aku jadi sebegitu. Tempoh pertukaran fasa hidup ini mesti  dihadapi sebagai orang yang biasa ditarbiyyah dengan tarbiyyah islam. Amat memalukan (malu pada Allah) jika tempoh masa ini kita menjadi orang yang membuang masa berkawan dengan bantal dan televisyen seolah-olah tidak pernah disyarah tentang masa oleh al-Quran.

Tercampak jauh tidak akan membuatkan diri kita menjadi orang yang futur apabila kita faham bahawa perlaksanaan dan memberi kefahaman islam itu tidak terhenti dengan bicara mulut sahaja. Kita mesti menggunakan sumber yang ada secara optima.

Aku bersyukur akhawat tidak mengecop ketidakbersamaanku ini sebagai kefuturan (walaupun aku memang sedikit merudum). Semestinya mereka adalah pemudi-pemudi Allah yang telah dipersiapkan dengan hati yang besar dan mulia.

Kerja

Aku tahu esok siswa-siswi Monash bakal menyambung perjuangan di semester baru. Ya mungkin kebanyakan mereka telah mengusik-usik dengan usikan cemburu kerana telah tamatnya perjalanan aku di sana. Siapa tahu, aku juga sangat mencemburui mereka. Kerana mereka itu sedang bersedia untuk berjuang tetapi aku yang kononnya telah berada di hadapan, sekarang tiada medan pun untuk menunjukkan sebarang persediaan seperti mereka. Ehem.. jangan menyangka yang sudah sampai itu hidup dengan senang. Tapi, walaupun merindui, aku lega aku telah meninggalkan Mon Mon itu. Cuma, hati aku masih ada di sana.

Aku tidak diizinkan untuk meninggalkan rumah sehingga September. Jadi, aku menjadi tidak bersungguh-sungguh mencari kerja. Mungkin selepas transcript sampai di rumah, aku akan mulakan usaha bersungguh-sungguh. Tidak boleh harapkan application di internet sahaja. Buat masa sekarang, aku tidak lagi menganggur kerana sudah mendaftar di madrasah ramadhan :)

Kalau hendakkan sesuatu yang baik, perlu berusaha lebih keras daripada biasa.

Menikah

Ia topik yang sangat biasa didengari. Aku berasa tertekan dengan isu ini kerana mereka memandang remeh akan perkara penting dan memandang penting perkara yang remeh.

"Tidak ada terlihat indah oleh dua orang yang menjalin cinta kasih selain nikah" hr Ibnu Majah.

Tidak semestinya perlu tunggu graduation baru boleh menikah. Jangan fikirkan perkara yang remeh. Semoga ana dan kalian di Mon Mon cepat menikah :)

4 comments:

faza17 said...

salam..wahh da tamat eh..tahniah!!!
madrasah ramdhan tu program ke??

HaYaTi said...

auni, nak sambung belajar ke ape nanti? hehe. takpe2 fikir dulu ye.. saya pun tunggu after raya baru apply kerja dgn bersungguh2....
berbakti pada mak selagi masih ada kat rumah tu tau....
sy nk gtau awak sesuatu...

Munashah said...

farhah: salam, baru baca komen ni padahal hang dah sms semalam ;-)

yati: tengok rezeki macam mana yati :-)) insyaAllah jzkk for the nasihah.
wah nak bagitahu apa ni... jumpa weekend ni :-)

HaYaTi said...

hahaha... mcm nk bgtau dh nk kahwin kan... ahahha.. tunggu....