Saturday, 2 July 2011

Althafunnisa Eh?


Hari ni aku terjumpa seseorang yang aku kenali 6 tahun lalu apabila kami sama-sama menyertai satu aktiviti rekreasi daerah. Allah takdirkan kami naik bas yang sama. Sebelum naik bas, emak pertemukan kami dan bertanya padaku, "Ingat lagi tak siapa ni?" Aku pun jawab dengan laju. Aku sendiri kagum dengan ingatanku kali ni. Aku tak mudah ingat nama orang, terutamanya yang aku jumpa dalam tempoh yang singkat sahaja.

Pasti ada ingatan istimewa mengenainya.

Sudahkah aku cakap yang dia itu seorang lelaki?

Hei, hei. Nak jealous lah tu. Sudahlah. Aku cuma nak uji level husnuzon (sangka baik) pembaca terhadap aku.

Sebenarnya, setelah aku jumpa 'pak cik' tu, ingatan aku terus terbawa ke peristiwa 6 tahun lepas, semasa aktiviti rekreasi tu. Yang aku katakan istimewa adalah program itu, bukannya dia.

Waktu tu aku pergi dengan abang sulung aku. Waktu tu memang tak ada kerja sebab baru habis SPM, maka aku sertai aktiviti di Pulau Pangkor ini atas saranan ayah dan emak. Itu pertama kali aku sertai program bersama orang umum. Bukan program sekolah lagi. Berdebar-debar.

Masa perkenalkan diri malam tu, semua orang kena jadi kreatif. Ada yang berpantun. Ada yang baca berita -> abang aku. Aku takut sangat sebab tak pandai nak buat excited macam mereka. Tak ada idea. Nak berlakon malu sebab ada lelaki sekali. Nak menyanyi lagilah tak boleh.

Tiba-tiba terlintas satu idea gila dalam kepala aku ni. Masa mula-mula aku cakap yang aku akan bacakan petikan ayat quran, semua orang macam buat aksi kagum dengan bunyi 'fuiyo' dan 'wuish'. Waktu tu, aku tahu yang ini memang bukan idea yang baik sebab aku risau orang akan ejek aku lepas tu (ini adalah contoh pemikiran negatif). Padahal tak ada salahnya.

Aku terus baca sajalah petikan surah Luqman yang kita hafal dari dalam buku teks masa di sekolah dulu. Tak sangka lepas tu semua orang nak lantik aku jadi penghuli (penghulu perempuan kot).

Ha ha.

Waktu tu aku sedar rupa-rupanya orang ramai memang masih mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada orang yang ada ilmu agama ni. Mawi pun boleh menang AF kot masa tu.

Lepas program tu banyak pula dapat SMS dan bantal teddy bear serta pasu bunga. Grrr.. inilah dia kelemahan dikenali umum. Bayangkan macam mana nanti program apa, Solehah? Bantal teddy bear tu aku tak nak ambil sampai macam nak gaduh-gaduh ngan pak cik berkenaan. Akhirnya, abangku yang ambil kononnya bagi pihak aku. Tapi aku masih lagi tidak dapat menerima kewujudan bantal itu di rumah lalu bantal teddy tu aku hadiahkan kat sahabat aku. Dapat pahala.

Namun, aku sangat hargai program tu sebab masa tu aku buat aktiviti abseiling, kayaking dan snorkeling buat pertama kalinya. I feel tough and confident.

Tapi tapi, aku masih tidak dapat menerima kisah pasu dan bantal teddy tu. Brrr...

Aku selalu menginginkan orang lain melihat aku sebagai seorang individu. Ada personaliti sendiri, minat sendiri dan perwatakan sendiri. Aku memang gembira orang kaitkan tutup aurat dan baca ayat quran segala itu dengan muslimah yang lemah lembut dan sopan etc. Namun 'Latif' dalam Islam bukanlah semestinya gemalai bak Puteri Gunung Ledang. Latif ada ketegasannya, ada kegilaannya, ada humornya.

Aku agak susah untuk suka kartun muslimah comel dengan mata bulat ala anime yang membuatkan hati berdesir-desir. Aku juga tidak minat letak gambar baby dan kucing dalam fesbuk. (Tapi sekarang macam dah suka sikit. Adakah aku semakin feminin. Yeay!)

Whatever.

Yang ni boleh tahan juga. Kiut juga ha ha.
Yang ni? Grrr...


Sejak kecil, aku ada idea-idea sendiri yang aku nak buat. Aku nak kayuh basikal dalam hujan. Aku nak tidur atas tanah sambil tengok bintang. Aku nak buat terjunan bungee. Aku nak berdiri di cliff sambil jerit pada laut. Aku nak duduk di bahagian belakang lori. Aku nak explore semua muzium di dunia. 

Grrr... itu hanyalah impian-impian serangan pemikiran orang kafir agaknya, supaya aku lalai memikirkan masalah umat tetapi menyusun mimpi-mimpi indah sendiri. Selfish kan. Syuh impian! Syuh!

But please, lihat manusia sebagai seorang individu, bukannya klasifikasi kumpulan atau jamaah. Aku percaya kebanyakan orang ingin dilihat sebegitu. Kalau manusia dan ikan paus disamakan atas nama mamalia, maka telah banyak yang kau terlepaskan.

p.s. Aku suka Anna Althafunnisa.

2 comments:

HaYaTi said...

saya pulak tak suka watak Anna Althafunnisa. Beliau meninggalkan sang suami cmtu je.... sgt tak bagus...

Munashah said...

betul tu. kita buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi (lagu p.ramlee) ^_^