Monday, 6 June 2011

[Sambungan] Aku, Dia dan Niqab ini


Soalan:

1. And the reason not continuing to wear the niqab?


Sebenarnya jawapan dia sama saja macam yang diberi di FS tu he he. Boleh tak?

Berdasarkan jawapan saya, saya tidak mahu 'justify' apa-apa mengenai keputusan saya menanggalkan niqab. Cuma, tidak semestinya jika ambil jurusan kejuruteraan di universiti antarabangsa akan menyebabkan pemakaian niqab mengganggu pelajaran. Itu terpulang kepada setiap individu.

Mungkin ada jawapan sedikit di sini, apabila saya menulis begini:

"...Seperti perasaan saya semasa memakai niqab dulu. Secara simboliknya niqab itu adalah hijab saya daripada jahiliah. Dengan sehelai niqab itu, jahiliah menjauhi saya dan saya juga secara intensifnya menjauhi jahiliah. Namun, telah tiba masanya niqab 'tercabut' dari wajah kerana kepentingan perkara yang lebih penting untuk dipentingkan. For the sake of lot of things especially for me and islam, I decided to leave niqab for a while for evaluation period, even when I went back to Sunway. Saya tidak tahu selama manakah 'a while' itu atau sejauh manakah 'leaving' itu. Hakikatnya, saya harap tidak jauh sebab saya juga sangat merindui niqab itu. Bukan secara fizikalnya tetapi niqab atas nama hijab dan pemangkin pemulihan hati. Dalam masa ini, saya ingin muhasabah kembali diri, menilai kembali segala niat-niat saya ke atas niqab, serta saya ingin melihat keadaan hati dan hidup saya dengan dan tanpanya. Saya ingin menyemak semula, adakah saya ikhlas selama ini atau telah terjatuh ke dalam ruang suka-suka (na'uzubillahi min zalik)."

2. So, based on your reasoning does this mean after you graduate you're going to wear the niqab again?

Jawapan ni pun sama juga sebenarnya macam dalam FS tu he he. Macam ayat di atas tu, saya berhenti berniqab bukan sahaja kerana tuntutan pelajaran, juga untuk menilai kembali niat-niat saya ke atas niqab. Buat masa sekarang, saya tiada niat untuk memakai kembali niqab kerana jika saya pakai niatnya akan jadi begini, "Saya pakai kerana dulu saya pakai." Maka, ia sudah jadi seperti adat, dan nilai niqab itu akan jatuh menjadi budaya dan kebiasaan. Saya tak mahu begitu. Saya ingin layan niqab sebagai sesuatu yang mulia. Dan saya akan kembali berniqab dengan penuh keikhlasan jika Allah izinkan masanya.

Cuma nak tambah sikit, kalau husband (baca: future husband he he) izinkan, insyaAllah. Jika Allah permudahkan untuk pakai balik maka insyaAllah.

3. What's the reaction that you got when you first wear the niqab? From family, friends and acquaintance.

Boleh juga baca di sini, in case untuk dapatkan lebih gambaran.


Akhir kalam, maka dengan ini berakhirlah kisah niqab ini untuk saya ceritakan. Saya tidak gemar bercerita lebih mengenai niqab ini kerana bagi saya pengalaman berniqab ini tidak menjadi bonus buat saya pun. Saya tidak mahu 'menjaja' pengalaman ini kerana ia bukanlah suatu tebusan untuk saya selamat di akhirat kelak.

Allah hanya menilai taqwa hamba-Nya...

Jzkk.

p.s. Jika ragu-ragu, 'Dia' itu adalah Allah s.w.t. :-)

5 comments:

Anonymous said...

cinta yang hakiki membawa langkah kita ke atas mana jua jalan aslkan ia semakin hampir kepada yg dicintai.
subhanallah.. :)

Munashah said...

Menarik ayat anda. Terima kasih :-)

Semoga kita semua berada dalam keampunan Allah.

najiehah najwa said...

kak auni, menarik bace entri niqab...sy juga nak blaja dr kak auni..sy msh baru lam tarbiyyah..nak tanye kak auni sikit tp bukan pasal niqab cuma lebih kurang...camne lak kalu kita ditempatkan di kawasan yg kurangnya tarbiyyah dan ramai melayu.bila kita sorg je yang berpenampilan yg org cakap ala-ala ustazah, mula la ada yg mengata..sy takut utk menghadapinya jika benar hal ini akan berlaku..camne kak auni atasi?dulu masa kat sunway xpenah ada org kutuk depan2..dan sy x rasa inferior,sedih etc la mungkin sebab kurangnya org melayu...tp camne lak kalu tempat 2 majoritinya melayu...

najiehah najwa said...

camne nak jd kuat cam kak auni nie..sy nak blaja la dr kak auni..nak tanye kak auni sikit..soklan die lebih kurang niqab..camne lak kalu kite dicampakkan di tmpt yg majoriti melayu dan kurangnya tarbiyyah di sana(sy x harap cam2), n then kite je yg berpenampilan yg org ckp ala2 ustazah..org kutuk dpan2 kdg pgl ustazah, alim, warak..camne kite nak atasi perasaan sdh,inferior..huhu..camne nak bergerak lam tarbiyyah...

Munashah said...

salam najiehah najwa,

walaupun akak bukanlah the best person untuk jawab persoalan awak ni, akak cuba mana yang mampu :-)

sebenarnya awak tak perlu risau kalau rasa berseorangan sebab memang fitrah islam tu dibawa dalam keadaan asing oleh orang-orang yang asing. kiranya awak berada di track yang betul. awak berbeza dan dikutuk hanya kerana awak berada di pihak baik maka itu bukannya sesuatu yang perlu awak sedihkan.

yang perlu awak sedihkan ialah keadaan orang sekeliling yang tak boleh terima awak (dlm kata lain tak boleh terima benda baik). maka awak seboleh-bolehnya pandang mereka dengan perasaan kasihan sebab mereka belum faham sebagaimana yang awak faham. kasihan menjadi kasih. maka iAllah awak tak rasa sedih.

ujian kesusahan ni tanda Allah sayang pada awak sebab bila diuji awak akan lebih ingat pada Allah, jiwa awak juga akan lebih kental. maka awak bersyukur awak diperlakukan begini oleh manusia. jauh lebih baik daripada awak hanyut terikut sekali dengan arus jahiliyyah di tempat baru.

dan ingat, la yukallifullahu nafsan illa wus'aha :-)
Allah tak akan biar awak ditinggalkan di tempat yg kurang tarbiyyah dan dikutuk-kutuk kalau awak tak mampu hadapinya. Allah telah pilih awak. pasti mampu yosh!

ustazah...alim...warak...adalah perkara yang baik kan. ucapkan alhamdulillah bila dilontar dengan kata-kata tu, nescaya kutukan akan jadi doa :-)

yang bagusnya, tarbiyyah akan lebih mudah untuk situasi orang dagang seperti awak. pandang sesuatu dari sudut yang positif :-)

jangan sedih. la tahzan innallaha ma'ana.. cayuk najihah!

(maaf panjang pulak)