Monday, 20 June 2011

Jatuh

Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.

Aku bersyukur ya Allah atas segala pemberian-Mu yang sangat banyak. Sehingga hari ini, aku semakin berasa malu kerana kurniaanmu yang sangat istimewa ini. Aku tidak berasa layak untuknya.

Sungguh cantik aturan-Mu terhadap perjalanan hidupku.

Aku masih berasa tidak layak untuk ini. Berilah aku kekuatan dan petunjuk agar aku boleh melakukan segalanya di atas dasar cinta kepada-Mu.

Di sinilah ujian datang supaya aku memilih untuk menjaga kemaslahatan agama atau hati manusia.

Aduh. Terjatuh dalam senyuman.

Semoga hati-hati ini kekal mencintai-Mu selama-lamanya. Amin...

No comments: