Wednesday, 15 June 2011

Ini Barulah Diari


Sepatutnya malam ni malam yang memenatkan. Sudah mulai ingin demam. Aku dah travel dengan 4 buah bas hari ni. Namun, tak adalah tragis sangat. Masa yang aku duduk dalam setiap bas adalah berkadar songsang dengan bilangan bas. Paling lama, bas pertama. Hampir 5 jam. Aku duduk di sebelah auntie berbangsa cina.

"Auntie mau ke mana?" Aku menyapa auntie itu.

"KL," balasnya cepat. Auntie berbangsa india di sebelah pun senyum kepadaku. 1Malaysia.

Memang bas ini menuju ke KL, fikirku. Aku bermaksud tempat yang lebih spesifik. Rumah anaknya kah. Rumahnya sendiri kah. Rasa mahu menggaru kepala.

Kenapa aku tidak teruskan bertanya? Aneh.

Perangai introvert aku ni hanya dikenalpasti setelah aku sedar yang aku ni mempunyai kehidupan sosial yang sangat teruk. Malu nak bertegur-sapa dengan orang. Malu nak pergi beli makanan. Sikit-sikit suruh adik beli. Malu untuk bertentang mata dengan orang ketika berbicara. Malu untuk menyuap makanan atau disuap orang atas nama kemesraan.

Kalau orang berasa aneh kenapa aku tinggalkan mereka maka inilah sebabnya.

"Duta! Duta!" Jerit pemandu bas. Aku menyelak langsir untuk melihat keluar. Hentian Jalan Duta. Di sisi kiri auntie cina dan india telah pun turun.


Stupidnya aku dahulu. Nak beli makanan pun takut? Nak tegur makcik di sebelah pun takut? Nak senyum pada orang pun takut? Nak makan dengan orang pun malu? Nak pandang muka orang pun segan? Sedara datang rumah pun langkah seribu? Apa ke peliknya perangai kau ni? Sangat childish dan pengecut.

Oh, bas sudah sampai di Mon Mon. Hanya beberapa minit perjalanan dengan bas berwarna oren.

Aku masih takut kepada kuku yang tajam, tetapi aku begitu merindui untuk memegang seorang bayi.


p.s. Kalau tidak faham, ini adalah bahasa pembangunan.
p.s.s. Ini adalah post ke-200. Sepatutnya bermakna.

No comments: