Tuesday, 10 May 2011

Kesyahduan Dalam FYP Lab

Pemandangan kegemaran

Saya duduk di FYP lab ni untuk buat kerja. Namun, belum berasa ingin mula berbuat apa-apa. Mungkin kerana dari pagi sudah bertungkus-lumus. Sudah habis semua kelas pada jam enam ini maka pada ketika itulah baru terasa lapar.

Suatu perasaan syahdu.

Apabila saya lalai mengingati Allah, saya selalu memarahi diri sendiri dan yakin Allah memarahi saya. Apabila saya lalai pada waktu malam, saya pasti hari esok saya dijadikan muram oleh Allah. Apabila saya lalai pada siang hari, saya pasti waktu malam saya dijadikan sunyi oleh Allah.

Maka saya selalu menyumpah diri sendiri.

Namun, Allah sentiasa mendampingi hamba-Nya yang su'uzon ini. Ketika diri ini bertanya-tanya kerana masih tidak percaya, masih ada selimut keindahan itu.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia pasti lambat sampai ke kelas kerana pasti terperangkap di dalam kesesakan jika berjalan kaki. Namun, Allah menghentikan kereta-kereta ketika hamba ingin lalu.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia pasti gagal mendapat markah subjek Noise kerana kerja tertinggal di rumah. Namun, Allah memberi masa untuk membuat semula dengan lancar.

Hamba yang su'uzon ini tahu fikirannya pasti buntu untuk menjawab soalan profesyen. Namun, Allah bukakan kelapangan, lorong-lorong idea dan kesempurnaan, serta pertolongan sampel jawapan untuk dirujuk.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia akan gagal membuat simulink kerana tiada orang nak ajar. Namun, Allah menghantar guru yang serba-serbi memahami dan mengambil berat.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia akan kesedihan kerana banyak urusan dunia yang difikirkan. Namun, Allah ilhamkan akhawat yang dirindui untuk menghantar sms dengan ucapan yang mengharukan.

Hamba yang su'uzon ini tahu ia akan kelelahan setiap hari kerana kereta sudah tidak ada dan perlu mengangkut komputer riba setiap hari. Namun, Allah hantar tangan-tangan pengangkut dengan tahap keikhlasan yang seolah-olah datang dari langit.

Macam cerita Korea, sampai nak menangis kerana terlalu cinta. Namun, saya tahan dahulu kerana mereka pasti menyangka saya tension buat FYP.

Kalaulah saya tidak bersyukur, betapa hinanya wajah ini.

Ya Allah, jangan tinggalkan saya...

p.s. Satu-satunya pelajar MechE dalam lab ini disamping students EE. Selalu usik budak EE dengan usikan nerd kerana asyik duduk dalam lab, menghadap komputer dan software sahaja. Sebenarnya saya kagum :-)

2 comments:

nurul_cahaya said...

Nanti, bila melihat FYP Lab, pasti terbayang-bayang wajah-wajah nerd orang-orang nerd yang bergaduh mengaku tidak nerd ... hurmm ...

Munashah said...

Huu. Saya telah menjadi nerd sejak minggu lepas O_O!