Sunday, 8 May 2011

Hak Dicipta Untuk Dipenuhi !!


 Manusia di luar sana sibuk berdemo tentang human rights. Tak cukup dengan kesamarataan, perintah Tuhan pun sampai jadi dijadikannya rendah berbanding 'hak' manusia. Pernah kita fight untuk hak kita? Pernah kita penuhi hak yang dituntut?

Dan yang paling penting, tahu atau tidak hak itu.
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Hak seorang muslim ke atas muslim lainnya ada enam.' Dikatakan kepada beliau, 'Apakah hak-hak itu, wahai Rasulullah?' Beliau bersabda, 'Kalau kamu bertemu dengannya hendaklah mengucapkan salam kepadanya. Kalau dia mengundangmu maka sambutlah (penuhilah). Dan kalau dia minta nasihatmu, maka berilah nasihat. Dan kalau dia bersin lalu memuji Allah 'Azza wa Jalla, maka doakanlah (semoga Allah 'Azza wa Jalla merahmatimu). Dan kalau dia sakit, maka jenguklah dan kalau dia meninggal dunia, maka hantarkanlah jenazahnya.' "
- riwayat Muslim.
Daripada hadith ini, huraian mudahnya adalah hak-hak muslim itu ada enam. Hak merupakan perkara yang sangat penting, wajib kita menunaikan hak kita terhadap sesuatu perkara. Hak Allah untuk dicintai, dipatuhi dan disembah, hak Rasulullah untuk dicintai dan ditaati, hak Al-Quran untuk dibaca, hak jasad untuk sihat, hak sahabat untuk didampingi, hak akaun bank untuk dikemaskini, hak jiwa untuk diisi, hak itu hak ini etc.

Hak blog untuk diupdate.

Banyaknya hak yang perlu dipenuhi! Sibuk betul seorang muslim.

Hak muslim ke atas muslim ada enam. Oleh kerana saya muslim dan kamu juga muslim, begitu juga saudara Fatih dan saudari Ansar (nama rekaan) yang berada di kejiranan saya ini, hak kita adalah sama. Kamu berhak menuntut ini daripada saya selagi mana kita adalah muslim. Saya juga berhak menuntut ini daripada kamu. Kalau kita saling tidak menunaikan maka kita tidak meletakkan suatu hak pada tempatnya. Itu adalah definasi 'ketidakadilan' atau 'ZALIM'!

1. Ucapkan salam. 

Astaghfirullah. Ini hak yang masih dipandang ringan oleh saya.

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, "Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu.' " - riwayat Muslim.


Sebarkan salam adalah jalan menuju syurga.

2. Penuhi undangan.

Telah banyak undangan yang tidak dipenuhi. Undangan bertamu, majlis ilmu, walimah, itu semua hak mereka yang perlu dipenuhi. Jangan sampai dikatakan, 'Ku tuntut insyaAllahmu!'


Orang yang tertidur dalam majlis ilmu lebih baik daripada orang yang tidak hadir. (Ayat sendiri he he)

3. Beri nasihat apabila diminta.

Saya jadi teringat pada suatu hari, seorang ustaz meminta kami semua menulis nasihat kepada beliau. Saya melihat seorang sahabat pun mengeluarkan kertas untuk menulis. Saya katakan kepadanya, "Nak tulis juga?" Saya tidak mahu menulis kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk dinasihatkan. Malahan ia seorang ustaz dan baru sahaja memberi ilmu kepada kami. Apa perlu lagi nasihat daripada kami yang fakir? Jawapan sahabat itu kemudiannya betul-betul menyentap hati saya - "Tidakkah kamu seorang muslim?"



4. Doakan dia jika dia memuji Allah selepas bersin.

Alhamdulillah. Didikan terhadap adab ini berjalan lancar sesama kita. Pendidikan di Malaysia.



'Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 'Sesungguhnya Allah s.w.t. sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah s.w.t., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah." Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." - riwayat al-Bukhari.

5. Jenguk apabila sakit.

Orang jarang sakit. Orang lain pun jarang juga melawat. Selalu mendengar berita akhawat yang siap bersalin di hospital. Namun tidak pernah menjenguk. Maaaaf.

Orang sakit terdedah kepada perasaan sedih, sunyi dan bosan. Ziarah pasti menggembirakan mereka.

6. Hantarkan jenazah apabila meninggal dunia.

Hmm... Masih jarang berlaku kematian di kalangan kenalan. Kalau ada tidak diberitakan. Seeloknya ziarahlah keluarga si mati dan ucap takziah. Tolong apa yang mampu, bukan tolong makan pula.

 Jangan sedih sangat kak ya.

Rasa terharu sahabat-sahabat datang dari jauh untuk ziarah keluarga semasa ayah meninggal dunia tahun lepas. Jazakunnallah khair jaza.

Jadi, macam kisah ustaz tadi, saya mengambil kesempatan ini, meminta nasihat daripada anda semua. Berilah nasihat kepada saya, saya menuntut hak saya ini kepada kamu. Tidakkah kamu seorang muslim? (Perhaps untuk siapa yang beriman terhadap hadith tadi (?), boleh beri nasihat melalui komen, mesej atau face to face lebih baik) :-)

p.s. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.

3 comments:

nurul_cahaya said...

1. Kita tidak dapat memberi jika tidak mempunyai. Jadi kena selalu berusaha menambah apa-apa yang kurang Y_Y

miss harti said...

selalu rasa nk pengsan bila fikir hak2 yang perlu ditunaikan.. selalu berdoa agar Allah sent menolong diri yang sgt lemah ini utk menunaikan hak2 yg menuntut..

utk sahabat yg telah menemani sy sejak awal langkah ke dunia perjuangan ini, kalau kamu minta nasihat.. maka sy menasihatkan kamu bahawa jangan pernah sekali-kali mencuba meninggalkan medan perang ini.. kerana di luar medan ini ada kerehatan yang selalu melalaikan dan takut2 mengheretmu ke lembah futur.. medan perang itu ada di mana2, bila saja keberadaan mu disitu adalah sbg pejuang.

sy ini mudah lupa. sekali sekala kamu perlu pulangkan kembali nasihat ini kpd sy ya! =)

Munashah said...

nurul:
Benar bangaaaat. Kadang-kadang rasa berasa langsung tidak layak untuk menghuraikan ilmu.

harti:
jzkk! in case awak tak nampak - mata saya sedang berkaca-kaca :-)