Saturday, 7 May 2011

Checklist : Apa yang perlu dibuat lepas Accident

Ambil tindakan walaupun kemalangan kecil.

Sekali sahaja dentuman berlaku, kebanyakan pemandu dan penumpang akan panik dan mungkin menggelabah menyebabkan mereka tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kekurangan di sini mungkin akan menyebabkan masalah bertambah seperti ditipu dan sebagainya. Jadi, pastikan ada menyimpan satu checklist tindakan bersama anda supaya segala-galanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Keselamatan

  1. Pastikan keadaan diri (dan penumpang) selamat.
  2. Keluar daripada kenderaan dan pastikan keadaan penumpang kereta lain yang terlibat juga selamat.
  3. Ubah kenderaan ke lorong kecemasan (kiri jalan) yang tidak jauh dari kawasan kejadian.
  4. Hubungi keluarga dan kenalan yang berada di kawasan berhampiran. Jika anda berseorangan (perempuan terutamanya), minta kenalan datang menemani di tempat kejadian secepat mungkin.
Tunjuk wajah cool. Masukkan tangan dalam poket untuk lebih cool.

Dapatkan maklumat

  1. Catat masa dan tempat kejadian (untuk memudahkan report di balai nanti.)
  2. Dapatkan nama dan nombor telefon pemandu kereta lain yang terlibat. Minta dia misscall anda untuk memastikan nombor yang diberi itu bukan nombor palsu. Ambil gambar dia jika tidak meyakinkan.
  3. Catit matlumat mengenai kenderaan terlibat seperti nombor plat dan jenis kereta (warna juga). Lebih mudah jika ambil gambar.
  4. Ambil gambar kerosakan kereta anda dan kereta berkenaan.
  5. (Jika ada) dapatkan maklumat saksi seperti nama dan nombor telefon.
  6. Hubungi bengkel untuk tolong tow kereta anda ke balai polis. Keluarkan barang-barang berharga dari kereta. Simpan kad 'abang' bengkel itu.
  7. Pergi ke balai polis. Isi borang berkaitan. Bawa IC dan lesen.
Tow kenderaan ke balai polis dahulu kerana polis perlu ambil gambar untuk reporting.
Isi borang dalam kertas dan komputer. Mudah juga sebab ada templat. Pilih komputer yang mempunyai mouse yang efisyen.

Jangan

  1. Panik.
  2. Berbalah tentang siapa salah dan siapa benar.
  3. Mengaku kesalahan. Cool dulu. Hanya buat statement di balai polis.
  4. Membuat mana-mana perjanjian dengan orang terlibat atau orang workshop tanpa berfikir dengan tenang.
  5. Tinggalkan kawasan kejadian sebelum ke balai polis.
  6. Biarkan barang-barang berharga ditinggalkan tanpa pengawasan.
  7. Terlalu mesra (mudah percaya) dengan orang. Sesetengah orang memanipulasikan cerita di balai polis.
Jangan panik. Tonton Raja Lawak dalam balai polis untuk kurangkan stres.


Persediaan

Bersama anda:
  1. Kad ID insuran anda.
  2. Senarai contacts apabila kecemasan.
  3. Telefon bimbit.
  4. Kamera. Kamera handphone pun boleh asalkan gambar masih jelas jika diambil pada waktu malam.
  5. Pengetahuan tentang isi kereta. Ada atau tidak alat-alat (eg. tayar spare, jumper, car jack) dalam kereta.
  6. Pengetahuan tentang kereta. (eg. tarikh luput cukai jalan, geran kereta, insurans).
  7. Checklist seperti ini. Melainkan anda accident hari-hari dan pakar mengenainya.


Dalam kereta:
  1. First aid kit.
  2. Pen dan kertas.
  3. Sweater atau selimut.
  4. Kabel jumper.
  5. Torchlight etc.

Dalam hati:
  1. Bertenang.
  2. Ingat Allah (berzikir).
  3. Reflect balik hati (muhasabah dan beristighfar). Nak pergi mana. Nak pergi usrah tak apa he he.
  4. Reflect amalan.

Persediaan sangat penting bagi pemandu-pemandu kereta kerana kita tidak mengetahui akan nasib kita dalam perjalanan. Kita mungkin pemandu yang berpengalaman tetapi hanya Allah yang berkuasa ke atas kenderaan kita. Sebagaimana yang kita baca setiap kali menaiki kenderaan, firman Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 13-14:


Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!


Semoga Allah permudahkan segala urusan anda. Pandu cermat jiwa selamat.

p.s. Jzkk kepada housemates, bakal pengantin, abang, encik bengkel, adik-adik di KTT etc. serta orang-orang yang mendoakan.
p.s.s. Pakai tali pinggang keledar!

7 comments:

ifbt1 said...

Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan auni =)

C-kAy ElA said...

salam kak auni..
cane ley eksiden ni??
pape un rase cam bersalah plak sbb akak otw g ktt jumpe ktwg..huhu
T_T

Munashah said...

intan:
Alhamdulillah, bakal pengantin datang dengan kereta merah semalam..

Ela:
Salam Ela :-)
Masalah yang tak dapat dielakkan. Kereta belakang langgar kereta akak so kereta akak terlanggar kereta depan. Disebabkan kereta depan brek mengejut.
Tak ada apa-apalah. Allah dah takdirkan akak berlanggar time tu nak buat macam mana :-)
Akak sedih tak dapat jumpa korang :-(

C-kAy ElA said...

huhu..kitorang plak rase sedih sbb xdpt tolong pape..
xsaba nak jumpe akak!
=)
next time hati2 k!

Munashah said...

Ok Ela! Nanti kita jumpa! \(^o^)/

miss harti said...

Asif auni, xsempat lg nk dtg menziarah.. hari ahad lepas nk dtg dah, tp anti dan tikah x angkat phone pula huhu.. jd cancel la tkt menganggu..

camne kereta? claim insurans ke?

Munashah said...

Asif ziha. Awak ada call eh..
Jzkk.
Nanti saya nak pi Ansar. Rindu awak. <3