Monday, 30 May 2011

Aku, Dia dan Niqab Ini.




Reason for wearing the niqab in the first place?




Kali pertama saya berniqab ialah pada pertengahan tahun 2008. Keputusan untuk memakai niqab telah lama dibuat. Saya teliti dahulu kesan yang akan terjadi sekiranya saya pakai niqab - dari sudut keluarga, universiti, pelajaran dan rakan-rakan. Setelah lama memendam niat, akhirnya, semasa kami ramai-ramai berjalan untuk menziarah seorang ukhti, saya ambil keputusan untuk berniqab. Waktu tu, saya berniqab guna hujung tudung saya sahaja. Kali pertama muncul di universiti dalam keadaan berniqab ialah ketika mengambil peperiksaan subjek Materials untuk tahun pertama engineering. Mula-mula saya masuk ke dalam dewan yang sangat besar tu, kebanyakan orang terdongak memandang saya dengan keadaan takjub dan hairan. Saya pun dengan malu-malunya mengambil tempat saya di belakang sambil cuba tidak menghiraukan mata-mata yang menatap sepanjang kaki saya melangkah melalui meja mereka.


Kenapa berniqab?


Orang bertanya kepada saya, kenapa kamu berniqab? Untuk meneliti hal ini, terlebih dahulu saya perlu gambarkan latar belakang kisah saya sebelum berniqab, supaya lebih faham penjelasannya.
Semasa awal-awal menjejakkan kaki di Sunway College, saya bukanlah sebaik mana seperti di sekolah dahulu. Bak kata orang, kurang kefahaman dalam didikan agama di sekolah dulu, ditambah pula dengan sindrom culture shock, menyebabkan Islam saya ni on dan off. Tengok wayang sampai 1 pagi pun pernah, keluar dating pun pernah! Saya bukan nak membuka pekung di dada atau menyebarkan aib-aib diri di dalam blog saya. Saya cuma ingin memberi peringatan kepada diri sendiri supaya bersyukur dengan nikmat iman dan islam yang saya ada sekarang. Saya harap ia dapat beri pengajaran kepada orang lain.


Waktu tu, saya cuma fikir untuk berbuat apa sahaja demi mengejar 'kebahagiaan'. Entah 'kebahagiaan' apa yang saya cari, saya pun tidak tahu. Enjoy-lah dalam mana-mana parti pun. Alih-alih hati akan pulang dengan keadaan yang kosong. Saya tidak tahu cinta dan kebahagiaan apa yang saya cari. Saya mampu buat itu dan ini. Saya ingin kelihatan cantik, sopan, etc. (wekk) tapi akhirnya saya rasa tak bahagia.


Akhirnya, saya diperkenalkan dengan tarbiyyah. Waktu tu, saya baru kenal erti Islam yang sebenar. Subhanallah waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa indahnya perasaan pada ketika itu. Saya banyak diperkenalkan dengan hakikat-hakikat kehidupan. Saya juga baru menyedari bahawa selama ini saya penyembah hiburan, cinta palsu, kecantikan dan apa-apa sahaja di dunia ini (namakan saja semuanya).


Waktu saya mula nak berubah, susah juga. Nak cuba elakkan pergaulan bebas macam dulu pun susah, sebab orang lain tak faham yang kita nak berubah. Nak cuba tundukkan pandangan pun masih dalam proses tatih-tatih lagi. Lama-lama rasa menderita sebab hati yang nak berubah ni terpaksa hadapi banyak cubaan dan rintangan persekitaran.


Disebabkan nak jaga keadaan hati supaya tidak kembali kepada cara hidup lama, saya nekad berniqab. Walaupun saya tahu akan banyak kesan kurang baik yang akan menimpa, saya tak kisah. Asalkan dapat kuatkan diri dan hati. Saya juga nak denda diri saya untuk berkorban sikit, supaya tidak berbangga dengan kelebihan yang Allah bagi yang tidak kekal ni. Saya nak ajar hati saya ni, supaya cintakan akhirat dan tak berbangga-bangga dengan kelebihan dunia. So, wajah yang termasuk ke dalam hal duniawi ni pun saya korbankan. (Bukan nak kata muka ni lawa. Hidung tak mancung pun. Lesung pipit pun tak ada.)


Saya juga nak ajar diri saya supaya lebih menundukkan pandangan. Sebab mata manusia ni kalau sekali pandang macam panah Legolas. Tajam menusuk ke hati manusia lalu timbullah fitnah.
Sepanjang waktu pakai niqab tu, walaupun adalah juga ejekan dan tohmahan, saya rasa tenang dan dekat pada Allah. Ada rakan dari Arab Saudi namanya Sabrina. Dia bagi niqab dia pada saya. Alhamdulillah waktu tu bahagia sangat. Allah permudahkan urusan saya untuk berhijrah.


Apa yang penting untuk diingatkan, wanita yang berniqab tidak lebih darjatnya berbanding muslimah yang lain. Malah saya berniqab kerana saya tidak sekuat muslimah yang lain yang saya kagumi kerana mampu menahan dugaan jahiliyyah tanpa perlu memakai niqab.


Niqab pakai tangan pun boleh.


Astaghfirullah 3x. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya pada masa dahulu, sekarang dan akan datang.


p.s. Post ini berikutan soalan seorang ukhti (mungkin) dalam inbox Formspring saya. Jzkk.
p.s.s. Oleh kerana post ini terpanjang sangat, mungkin ada sambungan, untuk kisah berhenti berniqab dan keperluan berniqab selepas habis belajar. :-) 

2 comments:

zahraannur said...

Assalamualaikum wbt....

Salam ziarah. Moga tenang dengan jalan yang dipilih..:)

Munashah said...

W'salam.

Jzkk :-)