Saturday, 9 April 2011

Muhasabah: Bahang Boikot


Bahang revolusi di Tunisia, Mesir, Libya dan negara-negara lain telah sampai juga di universiti ini. Sepanjang minggu ini, kafeteria telah diboikot oleh kebanyakan pelajar yang tiba-tiba bangkit memperjuangkan hak masing-masing.

Banyak meja kosong semasa waktu makan tengah hari. Di hadapan pintu masuk library pula diletakkan  beberapa board besar yang ditampal dengan kempen-kempen anti-kafe.



Kafe yang sesak.

Bahang 'revolusi kafe' ini sepatutnya membuatkan kita di Mon Mon bermuhasabah. Jika mereka ini mampu bersatu untuk menegakkan hak keselesaan dan kesenangan masing-masing semata-mata, apatah lagi kita yang telah bersatu untuk mempertahankan hak agama dan aqidah kita.

Sepatutnya boikot kita lebih power dan berkesan.

Tapi di Malaysia orang beria-ia memboikot hanya di saat berita-berita Israel menyerang Palestin dipaparkan di media massa. Selepas terasa aman sedikit isu itu, maka kita pergi makan dan guna barang-barang Israel macam biasa. Marah kita cepat reda. Bagus betul!

Sedangkan wang-wang yang kita sumbangkan itu adalah saham kepada negara haram itu untuk membina penempatan yang diberi secara percuma kepada rakyat Israel. 

Israeli settlements in occupied Palestinian land.

Rumah haram ini bukan setinggan atau rumah teres, tetapi banglo dan apartment mewah bertingkat-tingkat.


Pemandangan 2011

“This is not disputed territory. It is occupied Palestinian territory and on-going settlement expansion is illegal under international law, an obstacle to peace and a threat to a two state solution.” 

UK foreign secretary, William Hague



Israel destroyed nearly 40 Palestinian homes and 90 shops in the occupied East al-Quds (Jerusalem) in 2010, as part of a systematic plan to change the demography of the holy city in favor of the Zionist population. 





2009 - Israel announced plans earlier on Monday to build nearly 700 new homes for Jews in areas of the occupied West Bank it considers part of Jerusalem, a city it has excluded from a limited moratorium on settlement construction.


 2009
 2009



Selain daripada Amerika, dari mana mereka dapat duit untuk bina puluhan ribu penempatan mewah ini?

Youtube - In Focus 2011 - Israel Settlements, video yang bagus untuk memahami isu Tebing Barat.





Dengan bantuan kewangan musuhnya sendiri, umat Islam yang membeli McDonalds, Nestle, Coca Cola dan L'Oreal. Dan hanya Israel yang mampu membina banglo mewah tiga tingkat di kawasan tanah haram dalam sejarah dunia ini.

Maka, tahniahlah kita!

p/s: Dalam banyak-banyak produk Israel, telah disepakati yang kita wajib boikot 4 produk - McDonalds, Nestle, L'Oreal dan Coca Cola. Sumber kekayaan zionis la'natuLlah.

p/s/s: Kini: Mungkin perlu boikot US jugak. (Sini)

3 comments:

Anonymous said...

what do you feel when you see a fellow muslim buying all the stuff mentioned on the post?

Anonymous said...

apa itu Mon Mon?

Munashah said...

We do not condemn people who do not know or forgot or forced to consume those things. We even are not qualified to judge, because that rights belong only to Allah.
And about my feeling, I do feel bad because I didn't do my responsibility to educate people who do not know.

I use Mon Mon for 'Monash'.