Friday, 22 April 2011

Duha itu Duha-Mu


“Ya Allah, sesungguhnya waktu duha itu waktu duha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah, dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Dengan berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Doa selepas solat sunat Duha)

Apabila kamu membuat keputusan untuk berhenti membuat sesuatu, atau berhenti merasakan sesuatu, atau berhenti mencintai sesuatu, apa yang kamu perlu buat ialah menyemak semula niat kamu mengenainya.



p.s. Selamat bercuti pertengahan semester kepada semua pelajar Mon Mon :-)

No comments: