Friday, 1 April 2011

Dolce & Gabbana


Sesuatu perkara yang bagus apabila anda belajar di Monash University adalah anda akan semakin alert dengan dunia eksklusif. Kebanyakan pelajar di sini datang dari golongan yang berada, sama ada dalam atau luar negara. Mungkin hanya kami - pelajar tajaan yang perlu berkira-kira ketika berbelanja.

Hari ini setiap kali saya keluarkan dompet dari beg tangan, saya akan ketawa sepenuh hati (ketawa dalam hati, muka tahan senyum). Dompet saya. It's Dolce & Gabbana but left as D&G sebesar-besarnya di bahagian hadapan dompet. Pada huruf D&G sepatutnya dihiasi dengan batu-batu palsu yang kelihatan macam diamond (lupa apa nama batu jenis itu), tapi oleh kerana ia adalah bahan second hand, maka kebanyakan batu dah hilang.

Kawan-kawan saya selalu mengusik saya yang suka membuat kejutan dengan barang-barang baru. Minggu ini, beg lain. Esok, dah datang dengan beg baru. Saya harap, mereka tengok di sebalik tabir kisah kehadiran barang-barang itu di rumah.

Di rumah, emak kerap keluarkan semua barang-barang dia termasuk baju (5-6 almari), beg dan tudung. Saya terpaksa memilih kerana emak menggesa, mungkin kerana dia tahu saya tidak pandai shopping. Dia seorang wanita cantik yang pandai bergaya (Saya harap emak tak baca ini). Dia berniaga pakaian. Maka, dia sangat up-to-date dengan fesyen.  Kadang-kadang emak bersusah payah memanjat ke sana ke mari untuk mengeluarkan 'harta-harta' baru dan lama dia demi nak lihat anak dia lebih cantik dan bergaya. Saya tidak sampai hati kalau tidak memilih satu.


Dan dari situlah datangnya Dolce & Gabbana.

Kebiasaannya barang-barang saya adalah jenama murah sahaja. Lambakan jenama ini terlalu banyak, saya tidak perlu mengingatnya. Saya tidak pernah terfikir untuk mengambil tahu tentang kewujudan barang-barangan berjenama (melainkan semasa membuat assignment subjek Marketing sepanjang semester lepas).

Kawan saya hampir menumpahkan air atas Dolce & Gabbana saya itu lalu terjerit kecil kerana takut merosakkannya.

"Dolce & Gabbana!" Jeritnya.

"Bukanlah. It's D&G."

Kemudian, saya teringat pesanan emak saya, 

"Kak, D&G tu stands for Dolce & Gabbana tau." 

Saya pandang muka kawan saya dan berkata, "Oh, ya. Betullah Dolce & Gabbana." 

Sengih.

Ouhs, mengapalah kita kena ada pengetahuan am tentang jenama barang!

Siapa tadi yang kata nak beli Auntie Anne's pretzel?

No comments: