Wednesday, 13 April 2011

11th April (Part 2)



Nur Qalbi.


Seandainya,
Cahaya dilentur
Lalu menapis habuk semalam
Maka terpancarlah
Wajah setia di hujung kota.



Seandainya,
Cahaya disuluh
Pada marhalah cinta wajhi
Aku bangun
Menuntut takungan cerita
Dari tangan kebijaksanaan.


Andai benar
Pemukiman sejarak usia
Mengubah corak dan warna,
Maka biarlah
Aku tidak berderia
Serba-serbi tidak berasa.


Semoga berada di bawah naungan rahmah Allah.
Nur Wajhi
(11 April 2011)
(63)

No comments: