Wednesday, 9 March 2011

Yang Saya Perlukan (Puisi FYP)




Yang saya perlukan,
Adalah sedikit masa,
Dan secebis tumpuan.

Yang saya perlukan,
Ialah kamu,
Jangan berpaling daripada ini.
Ini bukan puisi.

Yang saya perlukan,
Ialah yang suka dan rela.
Adalah mereka pelajar kejuruteraan.
Katanya, 'Ancora Imparo'.

Yang saya perlukan,
Ialah sebuah video camera,
Kerana ia penting,
Demi merekod sebuah perjuangan.

Yang saya perlukan,
Ialah dua mesin pengering rambut,
Untuk direnung oleh jurutera,
Kerana banyak yang perlu mereka renungkan.

Akhir sekali,
Yang saya perlukan,
Adalah sekarang keikhlasan,
Demi membantu seorang hamba,
Mencari redha-Nya.

Wata'awanu 'alal birri wattaqwa.
Wala ta'awanu 'alal ismi wal 'udwan.
WattaqulLah!
InnalLaha Syadidul 'Iqab.

And cooperate in righteousness and piety, 
But do not cooperate in sin and aggression. 
And fear Allah; indeed, Allah is severe in penalty.

Nota:
Mencari beberapa orang pelajar kejuruteraan Monash dalam semua 1st, 2nd and 3rd level of study (tahun 4 pun boleh), lelaki dan perempuan, untuk membantu research study Juga sedang  perlukan satu video camera dan dua hair dryer (ia tidak akan digunakan). Kakak kamu ada hair dryer tak?

(Jika anda berminat untuk membantu atau anda mengenali orang-orang yang menepati ciri-ciri ini atau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila hubungi saya - mesej/emel etc. Mudah-mudahan dengan membantu saya, anda akan memperolehi sesuatu yang berharga.)
 
:-)
Robbana yusahhillana. 
 
p/s: Booth mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya dibuka di Monash pada jam 10 pagi - 2 petang sehingga hari Khamis di Building 6 (kawasan booth). Selamat mendaftar!

Jangan lupa kunjungi booth MIS sepanjang C&S week dan beri support anda. Walaupun kita sama-sama sibuk, luangkanlah sedikit masa untuk beri support kepada komuniti MIS.

4 comments:

Anonymous said...

kak, ape aktiviti MIS sem ni? sem lepas senyap je

Munashy said...

Setakat ni dalam perancangan inshaAllah buat Interfaith Dialogue dan ada election utk committee baru. Aktiviti lain masih dalam perbincangan.

Sem lepas byk masalah sikitlah dik. Committee ramai yg final year. Then tak sempat nak buat election. Maka tak aktif sgt.

Harap2 lepas ni ramai committee baru, lebih aktiflah MIS ni. Kalau tak aktif juga, bolehlah buat revolusi ala-ala Tunisia, Mesir, dan Libya. :-P

Thanks for asking!

Anonymous said...

kak, xde suggestion nk wat talk mcm yg xifu naser bg dlu tu ker?

Munashy said...

Sebenarnya ada banyak cadangan esp yang besar2 mcm talk, lawatan etc. Okay je. Vice Pres kita byk contact org luar.

Masalahnya, tak dapat nak work on it sebab MIS tak cukup tenaga kerja. Sem lepas ada byk kekosongan jwtn. iA semester ni kita boleh usahakan.

Bila AGM MIS nanti (iA 23hb), lontarkan byk2 soalan dan cadangan ya esp pasal talk tu. Dan alang2 tu volunteerkanlah diri untuk jadi commitee :-)