Sunday, 6 March 2011

Trials of Life

Hasbi Allah. Cukup bagiku Allah. (This is for Allah - tumblr)
 
 My life is not the same
When I'm too concerned by what they say
Why should I? When I have You
To doubt You would be the worst mistake


Deep inside I know
That amidst all the darkness
And everything, which makes no sense
I know that You exist
You are the light

That guides me through my darkness nights
That shows me right from wrong in life
In a world that often lies


Cause I don't need anyone
Nor anything in life
But You

No I don't need anyone
To show me my way
No I don't need anyone
But You

Trials of life upon me
Are more precious than diamonds and gold

Tested with fire I may be
But I know I'll come out stronger in this world


I only want the things
You know is best for me
I'd gladly sacrifice
If that's what You decree
I would break and
Mourn in eternity
Perish into the sea
If that's what You want for me

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf


(Lagu yang indah daripada Sami Yusuf. Lagu yang baik lagi bermanfaat ialah lagu yang mampu membawa kita kembali kepada mesej yang ingin disampaikan, bukannya kepada 'penyanyi' dan keindahan suaranya.)

Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati liLlahi rabbil 'alamin.

Adakalanya, dalam menuju hidup dan mati kerana Allah ini, kita menjadi lemah kerana ujian yang datang bertalu-talu. Ujian itu dirasakan begitu berat sekali. Kadang-kadang kita mengaduh sambil merenung dengan pertanyaan, "Aku telah berusaha demi mencari redha Allah, tapi mengapa aku masih menemui kegagalan?"

Why? Kyon?

Pertama sekali, buang jauh-jauh soalan itu. Kerana soalan itu tidak perlu ditanya sekalipun, apatah lagi mencuba mencari jawapannya. Daripada bertanya soalan itu, mari kita bertanya soalan ini kepada diri sendiri: 
 
'Bukankah lebih bagus jika aku mensyukuri ujian itu sebagai suatu anugerah Allah kepadaku?'

 
Ujian adalah kebaikan
 
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya dgn kesulitan.."

Kerana Allah tidak mengurniakan ujian ini sewenang-wenangnya kepada sesiapa. Pernahkah kita melihat ujian sebegini menimpa orang-orang kafir? Amat sedikit bukan? Jika ada hanya jarang-jarang. Ini bermaksud, semakin banyak ujian yang menimpa diri kita, semakin kuat keislaman, ketaatan dan keimanan kita tatkala kita mengadu kepada Tuhan. 

Semakin dekat dengan Tuhan bermaksud semakin dekat dengan agama dan ad-din-Nya. Kebaikan apakah yang lebih hebat daripada ini?



عن مُعَاوِيَةَ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
  
مَنْ يُرِدِاللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
[ متفقعليه]

“Barang siapa yang diingini Allah dengannya kebaikan, diberikan kefahaman agama.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


Berdoalah! 
 
Dan bukankah kita pernah mendengar tentang kuasa doa?



“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku...”

[Surah al-Baqarah: ayat 186]

Lihat pula ayat ini:

“Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah, 'Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji'...”

[Surah al-Baqarah: ayat 189]

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah, 'Berperang pada bulan itu adalah dosa besar'...”

[Surah al-Baqarah: ayat 217]


Juga dalam Surah al-Anfal: 1, al-Baqarah: 215, dan al-Baqarah: 219. Dalam semua 'trend' ayat begini, semua jawapan daripada Allah dimulakan dengan perkataan 'Qul' yang bermaksud 'Katakanlah', ya'ni perintah Allah kepada Rasul saw. untuk mengatakan jawapan sepertimana suruhan Allah. Kecuali pada surah al-Baqarah ayat 186, jawapannya berbunyi 'Fainni qarib' - 

Maka Aku adalah dekat.
 
Kita dapat melihat sendiri jawapan daripada Allah adalah jawapan secara langsung daripada Allah kepada hamba-Nya. Tiada perantara. Malah tiada batasan masa, tempat. Hanya hubungan 'direct' antara kita dan Allah. 

Maka, apakah kedekatan yang lebih dekat daripada ini?


Sunnah Para Nabi

Tidakkah ujian menjadikan kita semakin yakin dengan takdir Allah? Allah telah menetapkan takdir yang indah semata-mata kepada orang-orang yang yakin dan dekat kepada-Nya. Ujian dan kesusahan ini tidak lain hanyalah sunnah Allah yang ditetapkan berlaku ke atas orang-orang yang mencintai Allah dan agamanya. 

Darjat mereka diangkat melebihi yang lain melalui ujian dan kesusahan. Rasulullah saw. ditimpa kesusahan, kesakitan dan penghinaan dalam dakwah Baginda. Begitu juga para nabi dan orang beriman yang terdahulu. 

Ada yang dibelah dua dari kepala hingga ke kaki, ada yang direbus hidup-hidup, ada yang dihempap batu di atas badannya dan ada yang disakiti isteri dan keluarganya sendiri.


Para ulama sehingga kini ada yang dibunuh, difitnah dan dipenjara. 


Apakah yang lebih indah daripada melalui jalan mendaki yang sukar, seperti mereka? Tidakkah kita rela diberikan ujian yang hanya kecil ini demi mengikuti jalan orang-orang yang diangkat darjatnya?

As-Syahid Syed Qutb. Tersenyum di tali gantung.


Suhaib bin Sinan Ar-Rumi meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Betapa ajaibnya seorang mu'min! Kebaikan itu sentiasa bersamanya, tetapi ianya tidak berlaku kepada orang lain kecuali kepada seorang mu'min. Apabila ia mendapat kebaikan, ia bersyukur kepada Allah dan memperoleh ganjaran. Dan apabila ia ditimpa musibah, ia menahannya dengan penuh sabar lalu ia (juga) akan memperoleh ganjarannya."
Aneh betul orang mu'min ini. Semuanya disandarkan kepada Allah. Kerana ia amat faham akan firman Allah: 

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.."
[Surah al-Baqarah: ayat 155]




Ya Allah, 
Kurniakanlah kami kesabaran dan berikanlah kepada kami khabar gembira atas kesabaran kami. 
Ya Allah Yang Maha Pemurah, 
Anugerahkanlah kami kesyukuran dan kebaikan. 
Ya Allah Yang Maha Dekat, 
Sesungguhnya kami tidak memerlukan sesiapa atau apa sahaja, 
Melainkan Mu.


p/s: Sekarang bolehlah mula menyanyi sambil buat report. Sila. Sila.

No comments: