Friday, 18 March 2011

Terpekak

Maaf, post ini mengandungi istilah-istilah engineering yang penulis pun kurang bijak untuk terjemahkan dalam Bahasa Melayu.


Ini merupakan result laboratory subjek Industrial Noise yang dijalankan minggu lepas. Bahan experimen adalah diri kami sendiri, apabila kami dikehendaki mengenalpasti level bunyi (unit dB) terendah yang mampu telinga kami tangkap lalu memplotkannya mengikut frekuensi yang ditetapkan seperti dalam plot di atas. 

Pada mulanya, saya berasa excited kerana tone terakhir yang mampu saya kesan adalah pada level yang agak rendah (< 30dB). Manusia yang mampu mendengar bunyi pada level yang rendah adalah istimewa, kerana mereka mempunyai pendengaran yang sensitif -selalunya ahli muzik. Perbicaraan seharian manusia selalunya dalam lingkungan 60-70dB. Jika dapat mengesan bunyi serendah 10 dB pun, anda dikira hebat.

Warna hijau adalah zon selamat. Warna merah akan memberi impak 'hearing damage' yang boleh membawa maut. (Sumber gambar)

Saat nak 'syok' sendiri bahawa telinga saya sensitif, saya dapat tahu yang rakan-rakan lain kebanyakannya pun dapat mengesan frekuensi yang rendah. Malah lebih rendah daripada saya pun ada. Negative value of level pun ada! Macam ada superpower. Rupa-rupanya, Audiometer tu yang tak berapa betul. Tak jadilah nak perasan he he.

Yang menariknya selepas itu, dah lah 'title' manusia istimewa ditarik balik, result pendengaran saya pun sangat aneh. Kerana bentuk polinomial daripada plot graf untuk telinga kiri sangat tidak konsisten dengan bentuk dari literature.

Sumber: BS ISO 226: 2003 Acoustic

Berdasarkan plot literature di atas, sekurang-kurangnya jika diteliti, plot untuk telinga kanan menepati juga pada frekuensi tertentu (pada 8000Hz plot naik ke atas). Telinga kiri tidak.
 
Rakan-rakan yang lain mentertawakan 'keunikan' plot saya.

Sekarang sudah tiba di bahagian yang susah, iaitu discussion part dalam report, di mana kami perlu justify-kan sebarang sebab yang menyebabkan hearing loss. Antara sebab hearing loss yang kritikal kerana tumor dan genetik. Yang sesuai untuk kami semua mungkin hanyalah head injury. Seorang rakan mengalami kecederaan di kepala semasa martial art tournament-nya, seorang lagi kerana kawan-kawan zaman kanak-kanaknya sering membuat bising dekat telinganya, ada pula yang mengatakan kerana selalu mendengar muzik dengan kuat.

Saya pun menaip bahagian saya:

"Bentuk polinomial untuk telinga kiri Auni adalah tidak bertepatan dengan literature kerana kecederaan semasa kecil di telinganya. Seekor nyamuk telah memasuki telinga kirinya dan terperangkap di dalamnya selama hampir sejam. Kemampuan mendengar Auni mungkin terjejas sejak hari itu kerana bunyi bising nyamuk yang terlalu kuat dan dekat dalam telinganya."

How embarrassing nak tulis macam ni! Macam terlebih honest dan membuka pekung di dada pula ha ha.

Tekan punat backspace....

"Bentuk polinomial untuk telinga kiri Auni adalah tidak bertepatan dengan literature kerana kecederaan semasa kecil di telinganya. Kemampuan mendengar Auni mungkin terjejas sejak hari itu."

Ha ha.

Daripada telinga sensitif kononnya, jatuh taraf jadi kurang upaya.

Saat itu saya tersedar dan bermuhasabah, betapa banyak kekurangan dalam diri saya yang tidak saya ketahui.  Seringkali kita menyangka bahawa kita ini hebat. Padahal kita sendiri tertipu dengan sangkaan-sangkaan palsu semata-mata. Saya mula tersedar bahawa saya ini tidak mempunyai apa-apa yang hendak dibanggakan sebenarnya. Semua yang ada pada kita hanyalah milik Allah. 

Manusia selalu berbangga-bangga dengan apa yang ia tidak ada...

Yang ada pangkat perasan yang ia dipuja. Sampai rakyat kena buat revolusi untuk bangunkan mereka dari ke'perasan'an itu.

Yang ada populariti perasan yang ia dicemburui. Sampai cerita gaduh-gaduh pun nak masuk Melodi.

Yang ada biasiswa perasan yang ia bijak. Sampai dapat result teruk baru perasan yang ia tidak berusaha. (Sayalah tu he he)

Seringkali saya terjatuh dalam lingkup kesombongan dan berenang-renang bangga dalam jahiliyyah. Saya masih lagi memandang orang dengan neraca dunia. Penghormatan yang saya berikan kepada makcik lecturer dan makcik cleaner masih lagi tidak sama. Masih melebih-lebihkan darjat duniawi. Sedangkan mereka sama-sama islam. 

Barangkali iman dan pentarbiyyahan pakcik cleaner di kafe lebih tinggi daripada kita semua. Barangkali pakcik-pakcik pekerja construction belakang sana tu lagi awal masuk syurga daripada kita kerana jihadnya  yang tinggi dalam mencari rezeki.

Barangkali, mereka yang dapat jumpa Allah dulu.

Cukup-cukuplah berbangga. Kau lemah dan kurang upaya. Namun, berangan nak capai tahap telinga sensitif  pula -itu tidak lain tidak bukan sudah tentu untuk berbangga dengannya!

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan terpekaknya saya pada hari itu.

No comments: