Friday, 4 March 2011

Teks Ucapan Ala Firaun

Pada suatu hari, pak guard di pintu masuk bahagian tempat letak kereta berbayar Mon menahan Ayub apabila ia melangkah masuk ke dalam universiti. Ayub merupakan pelajar cemerlang, berakhlak mulia dan kaya. Namun, disebabkan kebaikan yang ada pada Ayub, ada sesetengah pihak yang cemburu dan hasad kepadanya. Antaranya Dafi dan Barak.



"Awak tidak boleh masuk ke dalam kawasan Mon selagi awak tak menolak keganasan dan kekejaman," kata guard berbaju biru itu.

Ayub kaget.

Siapa yang melakukan keganasan?

Ayub cuba mendapatkan penjelasan akan tuduhan guard itu. Namun, guard itu tetap berdegil. Malah, ia berhubung dengan guard-guard yang lain melalui walkie-talkie berkenaan hal Ayub. Disebabkan tidak dapat masuk ke dalam Mon, Ayub ketinggalan kuliah subjek Controlnya. Ia hanya duduk di kerusi biru dekat dengan Autopay Station.

Tiba-tiba, supervisor final year project Ayub lalu di situ. Ia ternampak Ayub yang duduk sahaja di situ lalu menegurnya kehairanan. Ayub pun menceritakan kepada supervisornya tentang apa yang berlaku .

Setelah itu, supervisor pun merasa marah kerana ia amat mengenali Ayub melebihi anaknya sendiri. Masakan Ayub dituduh sebagai pengganas? Ia pun menggesa guard supaya menarik balik kata-katanya dan meminta maaf kepada Ayub.

Selepas itu, pensyarah subjek Professional Practice dan Industrial Noise juga lalu di situ. Mereka turut merasa marah kepada guard apabila mendengar cerita itu daripada supervisor final year project. Lalu, mereka pun mengeluarkan bukti dan hujah kukuh tentang kebaikan Ayub untuk menjawab tuduhan guard itu.


"Dari mana awak dapat tuduhan ini? Awak tidak kenal Ayub maka jangan pandai-pandai," tegur pensyarah Control yang lalu di situ setelah kuliahnya tamat. Ayub sempat meminta maaf kerana tidak menghadiri kuliah tadi.

Guard kini dalam keadaan serba salah. Ia menggaru-garu kepala tetapi wajahnya dikekalkan pada riak yang sama seperti awal tadi. Tidak ada juga tanda-tanda rasa bersalah kepada Ayub.

"Bukan saya yang kata dia penjahat, encik. Yang kata dia penjahat itu Si Dafi dan Barak tu. Saya cuma kata yang Ayub mesti hilangkan tuduhan daripada Dafi dan Barak sebelum layak masuk Mon."

Pensyarah-pensyarah saling berpandangan dan berasa jengkel.

Ayub menggigit jari kerana ada yang tidak dapat difahami daripada ayat guard itu.

Ia teringat, ini macam kisah Firaun dalam Al-Quran, surah al-Mu'min ayat 29 apabila ia berkata kepada kaumnya yang ia telah sesatkan, "Aku hanya mengemukakan kepadamu, apa yang aku pandang baik; dan aku hanya menunjukkan kepadamu jalan yang benar."

Err.. 



Ni pun sama juga, jenis guard dan firaun juga. "My people love me! They will protect me!"

No comments: