Wednesday, 16 March 2011

Hasbi

Pematah-pematah semangat ini hanyalah satu frictional force yang amat kita dititikberatkan dalam pengiraan. Bukannya kerana kita memang benar-benar hendak mengambil tahu tentangnya, tetapi kita mengambil kira sebarang assumption sebagai langkah berjaga-jaga demi mendapatkan hasil pengiraan yang terbaik. 


 

Masalahnya, pengiraanku kali ini terhenti sebentar pada nilai frictional force ini. Value-nya amat besar, sehingga objek itu begitu payah hendak bergerak. Aku mula berkira-kira sama ada mahu mengulang kembali jalan kerja atau menyemak semula assumptions yang telah aku tetapkan.

Allah sudah tetapkan perkara ini akan berlaku begini dan begitu. Kita ini hanya ada bekalan taqwa ke arah itu. Kalau baik pengurusannya maka baiklah hatinya. Kalau buruk maka begitulah peritnya. 

Dalam perjalanan mencari jawapan bagi soalan force ini, kita ini bermatlamatkan jawapan yang betul sahaja. Bekalan kita ilmu dan kesungguhan. Walaupun kita ini ditempelak sebentar dengan nilai frictional force yang besar itu, kita harus bagun dan berusaha menyiapkan pengiraan yang belum siap itu.

Di sini... Pada saat ini... Mungkin aku yang tidak cukup islam untuk bergerak selari bersama makhluk Allah yang lain.

Aku yang kurang keislaman, lantaran masa bergerak begitu pantas bagiku. Aku bagaikan tidak keruan tetapi masih duduk termangu memikirkan apa yang akan terjadi. Masa itu adalah makhluk Allah yang sudah pasti keislamannya. Kalau aku yang tidak terkejarkan masa, maka apakah ada alasan lain selain mengatakan aku yang sebenarnya kurang tunduk dan patuh kepada Allah?

Akukah yang kurang keislaman ketika aku melihat manusia mengejek aku? Mereka cuba membeli kasihku dengan tokok tambah kesempurnaan, walhal aku berharap mereka mempercayai aku untuk berkongsi diri mereka. Yang ada hanyalah takuk diam, diam dan diam. Soalan 'Apa positifnya? Apa negatifnya? ' telah tenggelam bersama kapal pengalaman. Mungkin penghinaan yang bersalut kasih ini yang sesuai buat aku yang kurang islam.

Hari ini memberikan 'soalan tutorial' begitu payah.

Aku amat terluka dengan kehadiran frictional force itu, lalu pada siapakah dapat aku sandarkan?

Apabila aku melentokkan kepala pada bahu dunia, ia beralih lalu kepalaku terhantuk ke lantai. Ini semata-mata kerana dunia hanya mengharapkan aku datang dengan penuh ceria sambil menunjukkan jawapan pengiraan. 

Maka siapakah lagi yang tinggal untuk memimpin tanganku sepanjang pengiraan ini?

...

Cukuplah Allah bagiku, Dia sebaik-baik Pelindung...

6 comments:

Anonymous said...

Dear wajhi,

Biar saya tolong jawab sebahagian soalan tutorial ini. Ini bukan frictional force, tapi fuzzy system.

Tahun-tahun ini, saya tidak pernah mengharapkan kamu datang dengan ceria. Biasanya ia sukar kerana kita biasa diam dengan ceria. Yang saya harap setelah tahun-tahun ini ialah kamu datang dengan hati terbuka tidak disalut apa-apa.

Ini juga masa yang sangat menguji dengan pelbagai kekonfusian falsafah dan keimanan bagi saya. Ia bukan ejekan tapi menduga apa sebenarnya di sebaliknya. Asif saya ini sangat tebal sifat manusia yang tak dapat dicover-cover..

Saya boleh beri bahu untuk kamu bersandar, tapi kamu akan terhantuk sehingga berdarah. Sebaik-baik sandaran hanya pada Allah.

Saya harap kamu tahu saya selalu sayang kamu. Cuma saya yang kurang islam ini juga selalu diam dengan terguris dan tidak setuju.

Masalahnya ialah komunikasi (ingat DBM).

Saya dedicate lagu Opick; 'Hanya Hamba Allah' untuk kamu =)

Munashy said...

Dear qalbi,

Saya tidak memahami fuzzy system, mungkin itu sebabnya cerita saya mengenai soalan tutorial ini begitu general menyebabkan qalbi terasa di qalbu.

Hakikatnya, saya tidak ada masalah dengan qalbi, kerana apa yang qalbi tulis itulah apa yang saya rasa.

Force asing yang telah datang ketika ini.

Syukria banyak2 untuk bahumu yg sentiasa ada utk saya... :-)

ifbt1 said...

Subhanallah....

seronoknya baca post auni ini....

Munashy said...

ifbt1: Semoga Allah merahmati saya dan awak. Apa cerita, career woman?

ifbt1 said...

jazakillah auni...takde ape2 cerita.insyaAllah satu hari nnti nak melawat auni dan housemates di sunway

Munashy said...

Lai.. Lai... :-)